Assalamualaikum warga KRT. Apa yang aku nak luahkan ni agak panjang. Rasa lega sikit kalau dapat luahkan dalam ni. Aku tak nafikan adik-beradik yang lain pun sama2 jalankan tanggungjawab dorang kat mak.
Selalu datang melawat, beri duit pada mak dan bawak mak pegi jalan2. Tapi still tak sama dengan aku yang sememangnya duduk bersama mak. Aku ni anak bongsu. Berbanding adik beradik yang lain memang akulah yang paling lama duduk dengan mak ayah.
Tapi aku bersyukur, berkat menjaga mak, rezeki aku tak pernah putus dan urusan aku sentiasa dipermudahkan dengan izin Allah. Alhamdulillah. Husband aku orang utara. Sebelum kami berkahwin, kami dah sepakat untuk menetap di utara tanah air. Maknanya aku kena ikut husband lah.
Jadi bermula dari situ aku pun mula apply beberapa kerja. Beberapa bulan lepas kahwin, aku pregnant dan anak pertama aku dilahirkan setahun selepas kahwin. Tapi ayah aku pergi menghadap Ilahi sebaik selepas aku habis pantang. Susah nak gambarkan perasaan aku masa tu.
Mak lagilah jadi lost. Agak kemurungan pada awalnya. Macam mana dengan plan aku nak tukar kerja dan menetap di utara?? Aku kubvrkan segala hasrat aku. Tak sampai hati nak tinggalkan mak. Mak memang sangat perlukan aku masa tu. Setahun, dua tahun berlalu macam tu je.
Aku masih PJJ dengan husband. Aku, mak dan anak aku sahaja yang tinggal kat rumah ni. Masuk tahun kelima perkahwinan kitorang. kitorang masih PJJ dan aku mengandung anak kedua. Aku sorang2 jaga anak dengan bawak perut lagi masa tu. Kami masih PJJ.
Selama tu juga banyak pakai duit untuk ulang-alik setiap minggu. Alhamdulillah seminggu sebelum lahirkan anak kedua, husband dapat tukar kerja cawangan di sini. Aku bersyukur sangat dapat husband yang sangat memahami.
Akhirnya, dia yang buat keputusan menetap terus di sini. Sama2 dengan aku temankan mak. Sebenarnya mak juga adalah peneman setia aku. Sepanjang kami PJJ maklah yang banyak temankan aku pergi kemana2.
Apa yang membuatkan aku sakit hati ialah bila abang aku sendiri tuduh aku macam2. Betullah kata orang, disebabkan harta yang tak seberapa, adik-beradik pun boleh jadi musuh. Aku tak pernah ada masalah pun dengan abang aku sebelum ni. Kami OK je.
Abang aku start tak puas hati bila dapat tahu mak tukarkan rumah ni ke atas nama aku. Dari situlah segala tuduhan tak berasas dilemparkan. Seolah-olah aku yang menghasut mak untuk tukarkan rumah ni ke atas nama aku.
Padahal arwah ayah sendiri dah pesan dan berniat untuk bagi rumah ni kat aku. Selepas ayah meninggal, kami adik-beradik sepakat rumah ni ditukarkan atas nama mak. Jadi rumah ni hak mak. Pada aku, terpulanglah pada mak nak beri pada siapa dan mak pun masih pegang apa yang ayah pesan.
Lagipun mak dan ayah memang taknak rumah ni terjual. Dorang sayang rumah ni. Aku pun sayang rumah ni sebab banyak kenangan dengan mak ayah kat rumah ni. Memang banyak renovation rumah ni aku yang keluarkan duit.
Bukan sikit duit yang dah aku keluarkan. Dan sejak2 ayah meningg4l segala kerosakan aku yang keluarkan duit untuk repair. Tak pernah pulak abang aku tu sebok nak amik tau part ni. Tapi bila part harta kau boleh jadi menggila.
Datang rumah mak pun macam tetamu. Tapi aku tak kisah pun sebab aku pun duduk rumah ni jadi kewajipan aku untuk repair. Aku dah lepaskan hak aku atas tanah pusaka. Mak pun tak setuju aku nak tarik nama dari geran tanah tu.
Kalau ikutkan memang berat hati aku tapi benda ni pun still tak boleh puaskan hati dia. Dia nak kan hak dia atas rumah ni juga weyhhh..Mak aku masih ada lagi. Dia patut tahu apa yang dimaksudkan dengan hibah, wasiat dan faraid. Aku tak faham apa yang merasvk dia. Betul2 tak sangka. Ye lah.
tanah tu tak tinggi value nya kalau nak dibandingkan dengan rumah ni. Tapi tanah tu ayah aku cukup sayang. Mak pun pada mulanya tak setuju abang aku nak jual tanah tu pada orang lain. Tapi apa keputusan abang aku? Dia tetap nak jual.
Aku dah cakap tak boleh ke selagi mak ada ni tak perlu kot nak timbulkan isu untuk jual. Tapi dia kata siapa nak maintain? Eh tanah tu pun kau dapat free..Bukannya kau beli pun.
Biar je la. Rumah ni kalau dapat kat dia pun penyudahnya jual juga la kan?? Sebab malas nak maintain, tapi duit nak pulak eh? Hati aku sakit sangat2. Tapi takpelah, time will heal. Mula2 aku tak faham juga kenapa ayah berniat nak bagi rumah ni pada aku. Tapi sekarang aku dah faham.
Aku bukan nak mengungkit atau merungut. Memang dah niat aku nak jaga mak dan temankan mak selama hayat dia. Tapi janganlah ada yang menuduh aku mengambil kesempatan dan “panjang akal”. Seolah-olah aku ni menumpang rumah mak tanpa bayar apa2.
Tuduh aku ambil kesempatan. Kalau tak reti nak berterima kasih takpe sebab memang dah niat aku nak jaga mak. Tapi kau janganlah nak tuduh aku ambil kesempatan dan macam2 tuduhan lain. Jangan ingat aku duduk rumah ni free je ye.
Untuk pengetahuan semua, segala belanja dalam rumah ni aku dan husband yang bayar. Bil elektrik, air, astro, internet, bulanan penapis air, belanja dapur dan macam2 lagilah. Almost everything..Anak-anak pun aku hantar ke babysitter.
Kalau aku ni ambil kesempatan dah lama aku suruh mak aku yang jaga. Bila anak aku yang first dah masuk tadika, mak memang cakap biar je lah dia duduk rumah tak payah hantar daycare untuk sesi petang tu. Sebab dia pun dah besar pandai dah berdikari.
Tapi aku tetap hantar sebab aku taknak susahkan mak aku. Apa2 pun aku bersyukur sangat yang mak aku masih sihat dan kuat sebab kalau nak ikutkan umur dia nak dekat 80 tahun. Korang semua doakan mak aku sentiasa sihat dan dipanjangkan umur ya.
Aku dan husband bekerja. Bukan setakat kerja hakiki, ada juga kerja2 lain yang kami buat untuk side income. Sebelum aku kahwin, aku habiskan pengajian aku pada peringkat Master tapi pada masa yang sama aku ada fulltime job juga.
Aku bukan jenis yang suka ambil kesempatan. Aku memang work hard sebab aku ada cita2. Aku tahu apa yang aku nak. Aku akan cuba usahakan sendiri. Tak pernah pulak aku ambil kesempatan atas orang lain untuk kesenangan sendiri.
Aku jenis yang kuat berbelanja tapi aku pun seorang yang pandai simpan duit. Dari aku sekolah rendah memang aku konsisten simpan duit kat bank. Aku bukan jenis yang mengambil kesempatan weyhhh..Aku dan husband ada duit sendiri.
Sebelum kahwin, kami masing2 dah beli rumah sendiri. Jadi bila husband aku pindah sini, dia sewakan je rumah dia kat utara tu. Rumah aku pun sama aku sewakan buat masa ni. Alhamdulillah walaupun tak kaya raya tapi kami bahagia.
Tidaklah mewah tapi boleh dikatakan senang. Tak pernah terdetik pulak aku nak kaut segala harta mak ayah aku untuk kesenangan sendiri. Aku ikhlas jaga mak aku. Untuk pengetahuan semua, mak ayah aku pun bukanlah orang senang.
Kami hidup sederhana. Rumah yang aku duduk ni bukanlah banglo 4 tingkat pun korang. Rumah teres 2 tingkat. Itupun rumah kos rendah.
Aku pun ada cita2 nak duduk rumah sendiri, nak deco rumah ikut citarasa aku. Banyak limitation duduk rumah mak. Citarasa kami tak sama. Aku pun tak boleh nak buat sesuka hati macam rumah sendiri.
Buat masa ni aku kubvrkan semua rasa tu demi untuk temankan mak. Mak memang taknak duduk dengan anak2. Mak nak duduk rumah dia sendiri.
Orang kata hiduplah berdikari, jangan duduk bawah keti4k mak ayah. Tapi kalau aku keluar dari rumah ni macam mana dengan mak aku?? Dia memang harapkan aku duduk tinggal dengan dia.
Setiap kali aku balik rumah in laws atau tido kat mana2, mesti aku akan minta tolong kakak atau anak2 sedara temankan mak kat rumah. Sebab dia memang tak boleh tinggal sorang waktu malam. Kalau waktu siang tu memang dia ok je tinggal sorang2.
Lagipun siang2 aku dan husband pegi keje. Anak2 pun kat rumah babysitter dan daycare. Cuma malam yang dia takut sikit. Dia tak boleh sunyi.
Satu benda je aku nak pesan kat korang, janganlah kita kejarkan harta yang bukan milik kita. Kepada mulut2 jahat yang judge aku kenapa still duduk dengan mak padahal dah kahwin??
Aku doakan satu hari nanti korang akan sedar dan faham apa sebenarnya yang aku lalui dan sepatutnya kau patut rasa bersyukur sebab aku yang ambil tanggungjawab untuk temankan mak. Korang tolong doakan semoga urusan aku dan family dipermudahkan ya..Salam sayang dari aku