Akhirnya aku kerap meluahkan perasaan pada rakan pejabat ku seorang gadis yang belum berumah tangga

salam min. saya benggang ni. saya ni seorang suami dan juga ayah kepada 2 orang anak, biasa min 8 hingga 5 petang saya keje. petang tu kalau kain tak basuh lagi saya akan basuhkan min.

cuma jadi masalahnya bab malam min saya ni kaki game Mobile Legend. biasala kalau tak terganggu emosi mungkin saya dah Rank legend 1 dah min sebab isteri asyik membebel ketika game on saya dah jatuh rank epic 1 dah min tak faham saya pompuan ni min rasa nak bagi talak 3 terus masa tu.

kalau laki lepak kedai dikatanya mengg4tal kalau lelaki keluar malam dikatanya merayap tak ingat anak bini, ni saya dok rumah je dok main game… belanja rumah bagi, kerja rumah saya tolong, cuma saya nak dia tak bising je ketika saya main game..

sape tak marah min rank legend jatuh epic 1 satu star plak tuuu… sakitnya hati saya min… dan saya pun sakit hati baca kes isteri komen minat lelaki yang baik cam kitaorang game je dok umah je pon..

persoalannya adakah patut saya salotape mulut isteri saya dan ikat kaki tangan ketika online? Marah ni min. Taip pun guna jari tengah.

Kami bercinta utk tempoh yg sgt lama. Byk dugaan dan cabaran kami lalui. Sehingga akhirnya kami disatukan. Sebelum berkahwin, hubungan kami tidak direstui oleh kedua ibu bapa kami.

Namun, setelah beberapa tahun berkahwin, isteri ku mulai mendapat tempat di dalam hati ibu bapa ku. Berlainan pula nasib ku, dimana kami disisihkan oleh kedua ibu bapa isteri ku.

Beberapa tahun di awal perkahwinan kami, kami diuji dengan pertanyaan saudara mara berkenaan anak. Perkara ini menjadi serius sehingga hampir menyebabkan penceraian.

Isteriku memintaku untuk berkahwin yang lain. Namun cinta ku padanya tetap kekal utuh. Akhirnya pada tahun ke 3 perkahwinan, isteriku disahkan mengandung. Gembira sehingga tidak terkata. Kami membesarkan anak pertama kami bagai menatang minyak yang penuh.

Namun, bumi mana tidak ditimpa hujan. Setiap rumah tangga pasti akan diuji. Kami kerap bergaduh. Sangat kerap bergaduh. Kami tak sependapat dlm byk perkara.

Setiap perbincangan akan diakhiri dgn perbalahan. Kami mula tidur berasingan untuk tempoh yang lama. Masing2 tak ambil port. Kami hanya bercakap sekiranya ada perkara yg sgt penting sahaja.

Akhirnya aku kerap meluahkan perasaan pada rakan pejabat ku seorang gadis yang belum berumah tangga daripada status rakan pejabat bertukar kepada sahabat. Apa saja perkara kami bincang bersama.

Dan daripada sahabat, berubah kepada kekasih. Bukan hanya kekasih biasa, kami sehingga tahap terlanjur. Bukan sekali, tapi berulang kali. Kami hanyut. Lebih kurang setahun lebih hubungan sulit kami berlanjutan.

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk berpisah atas dasar ingin bertaubat meskipun kami masih saling menyayangi.
Si dia meminta ku untuk kembali kepada isteri ku.

Dan dia akan meneruskan hidupnya sendiri. Kerana dia tak sanggup melihat anak ku membesar tanpa bapa. Memandangkan dahulu si dia juga membesar tanpa bapa.

Dan kini, kami sudah setahun kami tidak berhubungan. Masalah timbul disini. Dimana aku rasa berdosa kepada isteriku. Setiap malam, apabila isteriku telah tidur,

aku akan usap rambutnya, cium dahinya, cium tangannya, menangis kerana menyesali perkara yg telah aku lakukan. Aku memandangnya puas2 sehingga aku tertidur. Perlukah aku jujur kepadanya?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top