Assalamualaikum warga KRT.
Mintak tolong min hidekan profile saya ye. Saya nak mintak pendapat dengan situasi yang dihadapi. Saya dah berkahwin selama 18tahun & mempunyai 4 orang cahaya mata. Merupakan sorang mualaf. Masalah yang dihadapi bukan baru tapi bertahun saya bersabar & makan hati atas perbuatan & cara layanan dari insan bernama suami. Dari awal perkahwinan kami sering diuji dengan penerimaan family kedua2 belah pihak kerana berlainan agama.
Pada asalnya kami kuat tempuh segala dugaan bersama walaupun perit untuk kami lalui. Dan Allah memberi jalan kepada kami dengan setiap dugaan yang kami hadapi. Alhamdulillah. Walau dengan semua itu saya & suami bahagia. Lama kelamaan keluarga kami terima kami. Syukur. Suami sorang yang ringan tulang. Memang selalu tolong dalam hal kerja rumah, tidurkan anak & dari segi nafkah semua cukup. Sampaikan kad banknya pun diberi saya pegang.
Gaji suami tak seberapa. Kereta pun tak ada. Rumah kami tinggal skrg pun rumah pusaka arwah ayah saya. Susah2 suami, Saya terima dengan hati yang terbuka & sanggup lalui bersama. Gaji suami cukup2 je beberapa kali kami suami-isteri ikat perut sebab utamakan kebajikan anak2. Untuk menambahkan pendapatan saya ambil keputusan untuk berniaga sambilan online untuk menambah mana yang kurang. Keputusan tu Saya buat sendiri kerana niat menolong meringankan tanggungan suami.
Saya happy bila dapat tambah duit blanja kami sekeluarga walau tak seberapa. Ingatkan boleh kurangkan sedikit stress suami tetapi makin lama saya perasan suami makin berubah. Saya perasan tapi menafikan. Berkali2 saya cuba bawak bincang tapi jawapan suami tetap sama. ‘Tak ada apa2.’ Tambahkan lagi, 9 tahun yang lalu bila saya disahkan ada ovarian cyst. Masa tu boleh dikatakan baru tau rupanya tak berapa ikhlas si suami pada saya. Walaupun Doctor sahkan jenis cyst adalah jenis berair dan dengan ubat mampu mengecilkan cyst tu tanpa perlu sebarang pembedahan.
Walaupun begitu ia memberi kesan yang mendalam pada saya pada masa tu dan sangat memerlukan sokongan dari suami pada masa tu tapi apa yang saya dapat adalah sebaliknya. Suami tak ambik kesah sebab katanya sorang rakan sekerjanya pernah melalui benda yang sama & dikatakan cyst jenis air tak lah seteruk & bahaya. Disebabkan dengar cakap kawannya itu suami seolah2 ambik mudah & tak prihatin dengan penyakit saya tu. Tak pernah tanya sama ada saya ok atau tak. Saya masih bersabar walaupun hati saya hancur sedih masa tu. Saya pulih atas semangat Saya sendiri melihat anak2.
Saya kuatkan diri demi mereka. Hal itu dah lama saya maafkan suami tapi tak boleh saya lupakan. Sejak dari tu hati saya mula berubah setelah sekian lama saya bersabar dengan setiap dugaan kami. Saya masih sayangkan suami saya tetapi luka dihati masih tak sembuh dan saya makin tawar hati padanya. Bila kami bersama takde istilah berpeluk2kan. Sejurus selesai suami akan keluar bilik. Saya pun tak tau Min apa salah saya sampaikan begini cara dia layan saya. Saya dah cuba min. Tapi tak langsung dihargai.
Stress ke suami dengan masalah kewangan sampaikan jadi macam ni?
Untuk pengetahuan semua, suami saya tak pernah bimbing saya dari soal agama. Sedih saya. Bayangkan suami smpi duk perli saya bila saya kata saya selalu doakan keluarga kita. Saya tau saya sorang mualaf tetapi tak bermaknya saya tak geti nak berdoa. Banyak kali saya bagitau saya teringin diimamkan olehnya tetapi smpi ke hari ni 18 tahun kami bersama Saya masih menunggu solat saya diimamkan suami. Tak tau lah akan sampai tak hasrat Saya tu. Saya rasa kosong.
Lately ni saya start contact balik dengan bekas kekasih saya. Dia masih orang yang sangat ambik berat pasal saya sama seperti dulu dan dia sekarang duda anak 1. Perhatiannya pada saya skrg tak berubah macam dulu. Kami banyak share masalah. Bukan untuk membuka aib suami dengan sengaja tetapi lebih kepada meluahkan sebab saya tak ada sesiapa min.
Soalan saya disini, salah ke saya berbuat demikian? Salah ke saya sebagai sorang wanita inginkan kasih sayang & perhatian? Suami saya bukan jenis romantik. Tak ambik berat & beri perhatian pada saya apatah lagi ucap kata2 cinta. Saya buntu. Apa langkah perlu Saya buat. Saya sayangkan suami saya yang saya lalui susah senang bersamanya selama ni. Tapi hati Saya dah rapuh.