Kisahnya Sebelum aku berkahwin dengan suami kami berdua telah terlanjur berzina tapi Mujurlah aku tidak termengandung anak di luar nikah

Assalamualaikum Semua. Aku nak cerita kisah hidup aku yang aku rasa boleh dijadikan pengajaran dalam hidup. Aku juga sedang mencari jalan penyelesaian terhadap masalah aku. Aku harap korang semua dapat berikan pandangan yang baik untuk aku mengharungi kehidupan aku dan keluarga aku.

Begini cerita aku. Nama aku Anna. Aku berusia 25 tahun kini. Aku sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak dengan suami aku kini. Dalam perkahwinan kami kini aku diselubungi d0sa-d0sa lalu.

Hingga kini tak padam dari hidup aku. Bayangan dosa itu selalu bermain di minda dan fikiran aku. Bila aku teringat akan perbuatan d0sa aku. Aku sangat menyesal dan hendak saja aku kembali pada masa dulu dan aku tak lakukan perbuatan terkuttuk itu dulu waktu usia aku 20 tahun lalu.

Kisahnya Sebelum aku berkahwin dengan suami kami berdua telah terlanjur berzina tapi Mujurlah aku tidak termengandung anak di luar nikah.

Dulu waktu aku sebelum kahwin aku bersekolah menengah agama Ibu bapa aku menghantar aku ke sebuah sekolah agama yang tidak pernah bercampur dengan lelaki. Tidak berkawan dengan lelaki. Apatah lagi bercinta dengan mana-mana lelaki.

Di luar kawasan sekolah agama ada je lelaki-lelaki yang mahu mengorat aku. Ketika aku mahu ke kedai ada saja lelaki yang menegur aku mengorat aku. Aku memakai tudung labuh sekolah agama, jubah atau pun baju kurung. Kadang2 berpurdah. Aku bukan seorang perempuan yang s£ksi. Itulah penampilan diri aku di sekolah dan di luar sekolah.

Pada usia aku 16, 17 Tahun lagi ada je lelaki yang mahu mengorat aku. Aku je tak layan. Aku nak belajar je masa tu. Aku pun seorang yang memilih nak berkawan dengan lelaki yang nampak sopan, baik, tak merokok, nampak soleh macam tu.

Itulah ciri-ciri yang aku suka sebenarnya. Aku pun dalam diam tak layan lelaki yang nak mengorat aku tapi aku ni jenis suka pada lelaki yang ada kateria lelaki soleh.

Pada umur aku mencecah 19 Tahun. Aku aktif berkawan dan bermasyarakat. Aku menjadi sukarelawati untuk sesuatu program sekolah yang melibatkan diri aku dalam program itu.

Aku bergaul dengan semua orang dan aku terlebih melayan pula. Perbuatan aku ini membawa penyesalan pada waktu aku kini. Aku jadi terlebih ramah sejak umur aku 19,20.Waktu usia aku 19,20 tahun waktu itu aku semakin ramah pula jadinya dengan seorang lelaki ini.

Namanya Azman. Dia sangat suka pada aku. Aku pun suka dengan Azman dengan gaya dia nampak macam lelaki soleh. Dia menuntut di sebuah kolej agama di Kedah. Aku menuntut di sebuah kolej agama. Kini dia adalah suami aku.

Aku mula mengenali suami aku waktu aku berusia 19 tahun. Waktu tu Azman umur 24 tahun. Aku berkahwin pada usia aku 22 tahun. Suami aku ketika kami berkahwin umur dia 27 tahun. Yang aku kesali aku terlanjur dengan suami aku sebelum kahwin sebanyak 5 kali sewaktu kami kekasih.

Kami tak dapat mengawal godaan nfsu masing-masing.Waktu dia dan aku cuti semester kami keluar berjumpa melepas rindu lama tak jumpa. kami hanya berhubung melalui telefon bergayut sampai tengah malam, sampai topup sering habis.

Kami saling mengenali tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing. Lagipun waktu tu kami masih belajar. Aku dan Azman selalu keluar bila Azman ada di balik sampai kami berz1na dan terlanjur.

Aku dan Azman naik motor sekali aku membonceng motosikal Azman aku peluk dia rapat-rapat sampai akhir sekali kami terlanjur di sebuah bilik kosong. Azman sudah rancang untuk tidur dengan aku di bilik itu dia sudah sewa bilik hotel siap-siap untuk aku dan dia melepaskan rindu lama tak berjumpa.

Lepas dari peristiwa itu aku sering rasa amat bersalah pada ibu bapa aku. Ibu aku dapat menghidu perbuatan ganjil aku. Ibu aku cek telefon bimbit aku. Cek semua mesej-mesej aku dengan Azman. Ibu aku marah aku, ibu aku cari Azman dan marah-marah ibu bapa Azman.

Ibu bapa aku dengan ibu bapa Azman sampai ke hari ini masih tidak berbaik-baik. Ibu bapa aku menyalahkan ibu bapa Azman tidak menjaga Azman dengan baik dengan merosakkan aku. Ibu bapa Azman pula menyalahkan aku tidak menjaga diri aku.

Bila Azman mengajak, atau mengorat, aku yang melayan, ibu bapa Azman pula menyalahkan aku. Mujurlah aku tidak mengandung. Aku terlanjur ni ibu bapa aku tidak tahu. Aku tidak beritahu mereka. Lepas saja Azman habis belajar di kolej.

Dia terus nak kahwin dengan aku. Walaupun aku tidak habis lagi belajar masa tu Azman tetap nak kahwin dengan aku. Ibu bapa aku dan ibu bapa Azman tidak mengizinkan aku dan Azman berkahwin disebabkan Azman tidak bekerja.

Tidak ada pendapatan nak sara hidup aku. Ibu bapa aku pula teringin aku habis belajar dan nak merasa gaji pertama aku bekerja sebelum aku mendirikan rumah tangga.

Aku tak endah kan ibu bapa aku. Aku tetap nak kahwin sebab aku bimbang, Azman pernah beritahu aku yang dia nak kawin dengan orang lain jika aku teruskan belajar sehingga habis dan bekerja

Aku dah mula bimbang kerana aku dan Azman sudah terlanjur tapi aku tidak mengandung. Walaupun aku tidak mengandung, vag1na aku sudah k0y4k, ada masalah lain pula mendatang kalau aku kawin dengan lelaki lain.

Aku mahu Azman bertanggungjawab. Jadi, kami terus berkahwin juga dengan buat majlis ala kadar. Aku di Pinang oleh Azman sendiri, dan abangnya sebagai wakil bagi tetapkan perkahwinan kami. Ibu bapa Azman tidak menghadirkan diri di rumah aku.

Ibu bapa aku memang tidak suka aku berkahwin dengan Azman kerana layanan orang tua Azman pada aku untuk di jadikan menantu di layan begitu. Tapi aku tetap juga mahu berkahwin kerana aku dan Azman sudah terlanjur.

Kakak sulung aku dan abang-abang Azman yang membantu memberi duit untuk majlis perkahwinan kami. Belanja makan orang yang hadir semua di uruskan oleh kakak aku dan abang-abang Azman. Yang menghulur duit.

Hanya mas kahwin sahaja Azman beri pada aku. Sehingga kini hubungan ibu bapa aku dan ibu bapa Azman tidak berbaik-baik sudah 3 tahun berlalu usia perkahwinan aku. Kami di kurniakan 2 orang anak. Lepas 10 bulan berkahwin.

Setelah anak sulung aku berusia 6 bulan aku mengandung lagi anak kedua. Ibu bapa aku pun tidak merestui perkahwinan aku dan Azman. Sewaktu aku berkahwin ibu bapa aku sudah beritahu aku yang aku tidak akan bahagia kerana berkahwin tanpa restu ibu bapa.

Aku sekarang ini pun memang hidup tidak senang, ada je bertengkar dengan Azman kerana kewangan kami tidak stabil. Aku tidak bekerja, aku suri rumah sepenuh masa dengan menjaga 2 orang anak di rumah.

Sampai ke hari ini saat ini dosa-dosa aku terus menyelubungi aku. Sampai ke akhir hayat aku. Kini aku hidup cukup susah dan miskin. Banyak orang menyedekahkan pada kami barang-barang bayi secara percuma. Tapi memanglah yang buruk-buruk yang terpakai sahaja. Aku selalu menangis.

Susah hidup aku. Azman cuma punya motosikal. Motosikal itu lah yang aku dan anak-anak aku naik 4 beranak. Anak aku 2 orang ni masih kecik sekitar umur 2 tahun dan bayi lagi.

Aku begitu susah sedangkan keluarga aku dan keluarga Azman sebenarnya agak senang. Aku di Pulau kan dan di malukan dengan adik-beradik ipar aku. Adik-beradik aku ada juga menolong tapi aku lah yang malu sangat.

Kini, aku menyesal sangat. Aku rasa mahu je aku balik ke umur 20 tahun aku dulu. Belajar bersungguh sungguh dan menjaga kehormatan diri. 5 tahun lalu. Belajar sampai habis dan bekerja barulah berkahwin. Kini aku nak bekerja susah dengan ada 2 orang anak yang masih kecil. Nak tinggal anak aku tak sanggup pula, berpisah dengan anak.

Aku takut bimbang orang buat anaiya pada anak-anak aku. Ibu bapa aku sudah tua aku tidak mahu tinggalkan anak-anak aku pada ibu bapa aku. Kini aku menyesali perbuatan aku dulu. Aku dengan ibu bapa Azman pun tidak baik.

Ibu bapa Azman tidak terima aku sebagai menantu. Aku dan Azman kini menyewa sebuah rumah kecil dan buruk di sekitar kampung. Sedangkan dulu aku hidup di bandar dengan ibu bapa aku. Hidup aku kini berubah 360 darjah.
Tolonglah bantu aku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version