Assalamualaikum..tolong hide profile saya ye. Ini hanyalah sedikit cerita mengenai pengalaman hidupku. Jadikan la sbg pengajaran buat kita semua. Nasihat saya buat para wanita di luar sana mahupun di KRT, tolong la bangkit.
Jika awk berada di dalam hubungan yang toksik, sila keluar. Sila bangkit! Saya pernah menjanda selama 5 tahun kerana trauma dengan perkahwinan yang terdahulu.
Saya bertahan dalam perkahwinan yang toksik selama 3 tahun dan ia cukup trauma. Dalam perkahwinan tersebut saya dikurniakan seorang anak lelaki. Dan dia lah penyelamat kehidupanku.
Bekas suamiku seorang kaki perempuan dan kaki pvkul. Hari2 saya makan cacian dan makiannya. Hari2 saya hidup dalam ketakutan, memikirkan apa pulak kesalahanku pada harini.
Beritahu keluarga mertua, saya dianggap isteri yg gagal.. gagal melayan suami sampai makan luar, gagal dididik oleh suami maka saya layak dipvkul dan dicaci m4ki. Beritahu fmly sendiri, disuruhnya sabar dan sentiasa berdoa dan solat supaya ALLAH bantu.
Akhirnya saya depresi. Saya jumpa pakar psikiatri dan disahkan menghidap m4jor depress disorder. Cubaan membvnvh diri dua kali, memikirkan untuk membvnvh diri setiap hari. Yg menyelamatkan diriku adalah solatku dan anakku.
Saya berhenti kerja kerena penyakitku. Duitku dalam bank dan tabung haji habis diambil oleh suamiku. Sesungguhnya saya betul2 sehelai sepinggang.
Saya nekad untuk tinggalkan suamiku walaupun dihalangi oleh keluarga mertua dan keluargaku sendiri. Aku tak sanggup hidup seperti ini untuk 5 tahun, 10 tahun lagi. Aku tak sanggup m4ti di tangan suamiku.
Aku pulang ke kampung dan failkan penceraian. Alhamdulilah urusan penceraian dipermudahkan. Bapaku baru sedar bahawa kebahagiaan anaknya lebih penting dari pandangan serong masyarakat mengenai janda dan penceraian.
Ye.. saya mula hidup baru dari bawah, dari duit dalam bank RM0. Kedua orang tuaku banyak membantu dan menyokong diriku dan anakku. Aku bangkit. Aku mencari kerja dan aku menyimpan duit. Dalam masa yg sama, aku naik turun mahkamah uruskan hak penjagaan anakku.
Alhamdulilah keputusan berpihak padaku, anak tinggal dengan ku. Walaupun bekas suami gunakan alasan aku depresi untuk mengambil anakku, tp aku tak pernah abaikan atau membahayakan anakku.
Alhamdulilah setelah 5 tahun menjanda, saya mempunyai kerjaya hebat dan mampu membeli rumah dan kereta sendiri.
Dipendekkan cerita saya kini telahpun berkahwin buat kali kedua dimana suamiku kawan sekolahku, sentiasa menyokong diriku dari aku seorang janda miskin sehingga aku berjaya.
Beberapa kali aku dilamar olehnya namun aku menolak kerana trauma. Tapi lihat kesanggupannya menunggu diriku dan dia tidak pernah meminta duitku, layanku sebagai kawan dan tidak pernah mengambil kesempatan atas diriku, akhirnya saya terima lamarannya.
Kami bernikah dan sekarang dikurniakan seorang anak lelaki.
Ye..saya bahagia. Setelah bertahun2 hidup merana dan tersiksa, saya temui kebahagiaan yang aku minta2 selama ini. Suamiku layan aku bak permaisuri, tidak pernah naik suara atau tangannya. Sentiasa membantuku dalam urusan rumahtangga dan anak2.
Setiap malam aku sujud syukur tanda aku bersyukur atas segala nikmat ALLAH berikan padaku. Tidak pernah sesekali akan terfikir untuk mengecapi kebahagiaan seperti ini. Jadi wanita diluar sana, tolong la bangkit.
Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya, setiap kejadian akan membuatkan kita lebih kuat, lebih kental, lebih matang dan sentiasa mengingati Pencipta kita. Jangan kekal dalam rumahtangga toksik hanya kerana anak, anak sepatutnya membesar dalam suasana yang aman, tenteram dan bukannya toksik. We woman deserve better!