Salam semua. Tq admin sudi siarkan story saya. Dan saya harap fb dan detail saya di hide dan dirahsiakan. Saya seorang isteri. Masih belum dikurniakn zuriat selama 5 tahun bkahwin. mempunyai seorang suami yang baik dan ambil berat pada saya. Namun disebalik kebaikan dia terselit segala kekurangan dan kelemahannya yang mungkin hari ini saya tidak mampu lagi untuk bertahan hingga saya memasang niat utk berpisah.
Awal perkahwinan dah diuji macam2. Yang tu saya tak dapat ceritakn sebab ianya terlalu pedih untuk saya telan dan terima. Ianya ujga adalah aib suami saya. jadi. saya ceritakan yang seterusnya…
Tahun demi tahun, saya melayani dia sbg seorg isteri spenuh masa. Makan minum pakai dia saya jaga dengan sangat baik. Dan juga “layanan” dilayan dengan sgt sempurna. Tiada yang kurang. Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang baran, suka mencarut, solat pun tak penuh dan suka melengahkan solat (seorang gamer). Disinilah bermula bila saya bergaduh dengan maknya 2 tahun lepas. Saya menjadi mangsa keadaan bila suami saya berkelahi dengan mak nya. Mak mertua saya seorang yang hidup dalam keadaan yang porak peranda, title janda akibat dtinggalkan suami. Apa sahaja yang suami saya beri pada saya, dia tak akan puas hati sedangkan apa yang dberi adalah nafkah.
Jadi disbabkan membenci saya, dia mfitnah saya pada suami atas tujuan agar anak dia dapat meceraikan saya tapi hakikatnya anak dia lebih mngenali siapa saya dan siapa emaknya. Saya memang seorang yang sangat tegas dan tak suka dipijak2 oleh org lain. Saya hormat orang tua. Ayah dan mak saya orang yang berpendidikan dan tak pernah ajar saya untuk bersikap biadap dengan orang tua. Disebabkn kesabaran saya hilang bila difitnah saya terus tengking mak mertua dan disebabkn peristiwa itu tiada apa lgi tujuan saya untukk balik ke kampung mertua. hati saya dah hancur dengan kata2 mak mertua. Namun, tidak pula saya menhalang suami dari balik ke kampung dia dan beri duit bulanan pada mak dia. Tu saya tak campor.
Bukan sahaja mak dia bermusuhan dengan saya, namun adik ipar perempuan pn sama. Smuanya berkaitan dri suami saya sendiri. Tapi yang jadi mangsanya adalah saya. Dan semenjak dari itu saya tahu mak mertua dan adik ipar saya berkongsi crta dan mengata saya tnpa jemu. Bukan tu sahaja, namun dengan saudara mara pun mereka api2 kan dan menceritakn buruk saya dan kalau tselisih dengan mereka pasti jelingan yang saya terima. Saya pun tak tahu apa yang benci sangat dengan saya ni. Saya tak kacau pun hidup dyorg. Suami saya yang suka sangat bergaduh dengan diaorang pasal duitla pasal itula inila tapi saya yang jadi mangsa. Tapi last2 nya bila suami saya baik dengan diaorang balik, saya pulak yang disisihkan. Apalah dosa saya?
Raya tahun ni amat menyedihkan bila suami saya sanggup beraya ke kampungnya dan meninggalkn saya. Dia tahu saya tak akan pulang. Tapi tak salah sekiranya dia memujuk atau bertanyakan pada saya. Dia lebih sanggup balik sendiri dan saya di tinggalkan seorang diri hanya berayakan air mata. Beraya dengan keluarga tak sama seperti beraya dengan suami. Tapi dia lebih memilih untuk bersama keluarga. Ya saya izinkn dia pergi, tapi sebagai seorang suami, tak blh kah dia berlaku adil pada saya. Balik raya apa salah ptg tu dia balik ke saya dan beraya bsama saya? Tapi tak, dia lebih pilih berada di kampung sehingga 3hari lbh.
Whtsapp saya pn tak. Tanya khabar saya atau minta maaf sma2 dlm whtsapp pn tak. Saya tgu je whtsapp dia tapi dia barangkali sedang berseronok. Hari kedua raya saya jatuh sakit dan saya minta utk dia pulang ke rumah bawa saya ke klinik namun jawapan yang dia bg pd saya. “Tgkla dulu. Sebab ada kenduri byk lagi”. Dekat situ saya dah nampak yang makin lama dia lebih utamakn family dia dari saya. Saya sakit pn dia dah tak peduli lg. Saya telan semuanya sorg2. Ayah danmak saya pn agak tkjut dengan perbuatan dia. Tapi saya sebagai isteri kena menutup segala aib dia dr pdengan smua org trutama mak ayah saya dengan jwpn saya ada kerja masa hari raya.
Kalau nak diceritakn, saya rasa cerita saya dah boleh buat novel sebab ini hanyalah suku yang dpt saya ceritakn berbanding berpuluh2 cerita dengan apa yang dia da buat pd saya selama kami berkahwin. Saya dah tak larat nak tanggung smua ni lgi. Dia takpnh bersayaukur dengan apa yang saya dah buat pd dia. Saya tak rasa ada isteri yang bekerja masih mampu bangun pagi2 siapkan makan pagi dan bekalkan tengahri untuk dia, balik kerja sediakn pula makan mlm dia. Setiap hari. tapi sikit pun dia tak hargai. Psl nafkah pn saya terasa. Dia bekerja dan mempunyai gaji lebih dari Rm 4k sebulan. Tolak kereta rumah dan bil msih ada berbaki rm2000.
Tapi belum pernah dia beri kan pada saya duit nafkah belanja. Memang dia beri nafkah makan, pakai/mekap (bukan stiap bulan), tapi mana nafkah belanja saya? Kdg bila saya minta duit walau rm50 mcm2 dia tanya saya nk bli apa. Dia bg saya makan pn bukannya mewah2. Tapi saya takkalut psl makan. Mkn biasa pn takpe. Saya takksh tapi kenapa mesti nk berkira2 dengan saya? Saya pernah cakap kat dia dulu, tak boleh ke kalau sebulan sekali bawak saya keluar pergi makan kat kedai. Tak mewah pn stakat dpt makan apa yang saya nak pun cukupla. Tapi dia hanya cakap tak cukupke makan yang apa saya masak?
Salahke saya minta makan sedap2? Luak ke gaji dia? Bukannya gaji sikit. Kalau sikit saya faham. Tak bolrh ke bagi saya reward memandangkan hari2 saya masakkan untuk dia kecuali time saya tak sihat? Dia selalu merungut duit dia selalu habis tak sampai hujung bulan mesti habis. Macamana tak habis. Rezeki Allah dah sekat sebsb berkira2 dengan isteri. Lainlah kalau saya ni seorang yang pemalas. Yang biarkan rumah tonggang langgang, tak jaga makan pakai dia.
Walau saya kerja saya buat semua tu. Saya cuba berbincg dengan dia pasal ni tapi dia tak pernah nak stuju. Ego. Tak nak tolak ansur. Pada dia apa dia buat tu betul. Apa saya buat tu salah. Saya pun tak faham dengan suami saya ni. Dia ni macam tak layak lagi jadi suami. Sebab tu 5 tahun Allah tak nak beri zuriat. Saya cuba nak ubah diri saya jadi isteri yang lebih baik tapi kalau dah suami saya pun tunjuk contoh yang tak baik macamna saya nak ikot?
Suami tu adalah cerminan bagi isteri dia.. bimbinglah saya. Hargailah saya. Kenapa susah sangat. Kenapa mesti nak ikut keras hati sendiri tanpa kisah kan hal saya. Saya isteri yang perlukan awak. Yang Allah amanahkn untuk awak jaga. Tapi awak buat macam ni seolah saya ni hamba awak. Dahla keluarga awak buat saya macam orang luar, sisihkan saya, awak pulak berkira dengan saya, suka tengking dan maki saya. Jadi apa kesudahannya pada hubungan kita? Saya letih macamni.
Adalah jln tbaik untuk saya minta awak lpskn saya? Saya masih ada cita2 kerjaya semua. Awak tak ada saya pun boleh hidup. Hati saya dah btl2 tawar. Bkn saya minta kemewahan. Saya cuma minta dihargai dan utamakn saya. Sedangkan saya utamakn awak lebih dari ayah mak saya. Tapi kalau sikap awak macam ni percayalah cakap saya tak akan ada mana2 orang yang akan tahan untuk awak selamanya. Kita hidup jangan terlalu mendongak langit. Jangan anggap jadi suami boleh salah gunakan kuasa yang Allah bagi.
Memang syurga bawauh tapak kaki suami tapi kalau suami pn dah tunjukkan contoh yang takbaik, macamana isteri nak ikot. Jangan salahkn saya sebab melawan dan degil. Saya mempertahankn hak saya sebagai isteri. Saya tak pernah nusyuz. Saya jaga aib saya dari pandangn lelaki yang bukan muhrim. Saya jaga hati saya untuk awak. Tapi tulah.. TAK PERNAH DIHARGAI… jangan satu masa bila saya dah pergi, awak baru nak mnyesal. Masa tu dah tak guna lg.. end