Husband kata mak dia tak bagi dia bayar balik kat saya dan bila saya tanya kenapa mak dia cakap macam tu

Salam admin. Saya nak minta pandangan followers KRT. Tolong hide profile saya.
Saya baru bersalin dalam 2minggu. Anak sulung. Alhamdulillah, anak perempuan. Sihat dan selamat keduanya saya dan baby. Tapi pada masa sama saya rasa dilema. Waktu pertengahan tempoh hamil hari tu, semua urusan bersalin, maksud saya kewangan, saya dah bincang dengan suami. Dr awal kehamilan lagi dah pilih untuk pergi klinik panel swasta. Dah booked doktor pakar di klinik panel yg sama. Kat KPJ. KPJ mana saya rahsiakan sahajalah.

Saya dengan suami dah bincang elok, kami dah sepakat, barang keperluab baby tak kira lah yang beli masa belum bersalin atau lepas bersalin, akan guna sistem 50-50. Separuh duit dia. Separuh duit simpanan saya. Macam tu jugak duit bil hosp. Kitorang decide sistem yang sama. Masa nak discaj, bil keluar rm11k. Total semua termasuk 2 malam kat hosp. Sebab saya demam. Masa nak bayar bil, husbank kata pakai cash saya dulu nanti dia bagi dalam seminggu.

Saya okay je. Bagi dia kad saya dah withrawal setelkan. Balik rumah parents saya untuk pantang. Rumah parents saya dengan parents dia tak jauh mana pun. Dalam sejam lebih sahaja. Lepas seminggu balik dr hosp, saya tanya husb dah transfer ke separuh duit tu? Dia kata belum. Lepas tu saya tanya lagi, dia kata belum juga. Tadi malam, saya terus tanya dia, dia ada masalah duit ke? Kenapa delay lagi? Sebab duit kami memang dah cukup, sebab tu tak risau nak pergi swasta at the first place.

Lepas tu husb bagi jawapan kat saya. Cumanya jawapan dia buat sy rasa sedih dan terhina sangat. Husband kata mak dia tak bagi dia bayar balik kat saya dan bila saya tanya kenapa mak dia cakap macam tu? Mak dia kata biar saya bayar semua kos bersalin ni sebab lepas ni semua belanja rumah, kos nak besarkan anak, pampers susu anak, sekolah anak, dia yg nak kena bayar. Lagi lebih dr kos bersalin. Saya tak kerja. So, biar turn bersalin ni saya bayar. Saya terkejut sangat bila dengar husb cakap macam tu. Jauh dlm hati ni, bukan saya kemaruk sangat duit 5k tu, cuma rasa dikhianat oleh orang yg saya sayang.

Saya memang tak kerja sebab dia tak bagi. Habis belajar kahwin demgan dia. Ikut je mana dia bawa saya. 3 tahun kawen, pernah ikut dia duduk bilik sewa campur cina india kat KL. Tak pernah merungut. Sendiri jaga diri bawa diri. Lepas tu sentiasa banti juga dia masa susah. Tayar motor bocor, duit makan kerja. Sampai lah stabil kerja setahun lebih boleh bayar deposit rumah sewa, beli kereta. Tak pernah saya minta balik. Saya anggap beri bukan pinjam.

Tapi sy ada komitmen lain juga, nak bagi mak ayah. Nak beli barang yang saya nak. Lagipun duit simpanan tu yg mak ayah sy dah lama bagi kat sy sejak saya kecil. Saya simpan elok2. Masa study, saya tak guna berjoli joli holidays semua. Duduk rumah je tengok tv lepak dengan kucing. Makan apa ada kat rumah mak masak.
Masa awal2 hari tu perjanjian okay je, dia pun boleh bayar sebab saya pantau kewangan dia dr hari first kahwin. Bila dia kata macam tu saya rasa macam dikhianati. Kalau mak kau sendiri kata macam tu, kau sebagai suami kena lah timbang rasa. Sebab dah janji nak buat dan selesai sama2. Fair and square.

Sy akui lepas ni banyak lagi dia akan invest untuk kami sekeluarga. Tapi masa depan ni, kita tak tahu. Mungkin ada masanya nanti, dia perlukan pertolongan saya. Duit saya, masa saya, keringat saya? Sedih sangat. Kawan2 saya lain masa bersalin satu sen pun tak keluar, semua harap suami atau family keluarkan duit. Mereka teran je. Cerita kat saya siap bangga. Tak kisah la swasta ke kerajaan. Belanja baby, susu apa semua. Harap suami. Tapi saya x nak macam tu, saya nak sama2 ambil bahagian. Kesian kalau semua nak letak ats bahu dia. Walaupun tak kerja. Tapi saya rasa nak bantu.

Bila jadi macam ni, saya rasa sedih. Dilema. Menangis tengok muka anak. Baru lahir. Jauh lagi masa depan. Takkan saya nak rosakkan hidup dia sebab tak puas hati dengan suami dan mak mertua?
Saya bagitahu kat abang saya pasal ni, tak berani nak bagitahu kat mak ayah. Abang pesan, kena fikir elok2 kalau betul2 nak teruskan perkahwinan ni. Duduk bincang dengan husb, sebab dah nampak clue2 dia mula berkira dengan saya dalam hal kewangan.

Saya dilema. Saya takut. Saya sayamg baby yg baru lahir ni. Saya sayang husb saya. Tapi saya tak nak duduk dalam denial. Saya risau perangai ni akan jadi teruk selepas ni dan saya akan merana.
Sebab saya ada banyak kenalan dan kawan rapat yg berpisah sebab hal kewangan. Ada kawan sekolah saya bercerai sebab suami marah tak bagi duit minyak nak pergi kerja. Nafkah tak bagi. Sebab duit tak cukup. Isteri tak kerja. Macam mana nak bantu? Last nya bercerai. Saya simpati dengan kawan saya. Sampai sekaramg saya selalu dengar luahan dia tentang kisah dia dulu.
Saya tak nak perkahwinan saya sampai jadi macam tu. Apa patut sy buat?

5 thoughts on “Husband kata mak dia tak bagi dia bayar balik kat saya dan bila saya tanya kenapa mak dia cakap macam tu”

  1. I can blast your ad text to millions of website contact forms. One flat rate, never any per click costs. People will read your message just like you’re reading this one that I just sent through your website contact form now. For further details, please email me here: : justbinkn@hotmail.red

  2. Wallace Cardwell

    Don’t let a few negative reviews hold your business back. With my help, you can boost your online reputation and attract more customers with genuine 5-star reviews. Let’s work together to take your business to the next level. Visit: http://www.rankfast.xyz

  3. Ruth Granville

    Get More for Your Money with PPV Traffic! Are you tired of paying for expensive clicks that don’t convert? With PPV traffic, you can get more for your money. We send real visitors directly to your website for less than 1 cent per view, so you can get more views and more conversions without breaking the bank. Whether you’re looking to boost your search engine rankings or drive more sales, PPV traffic is the affordable solution you’ve been searching for. Start seeing real results. visit: http://www.tmast.xyz

  4. Hi there,
    Monthly Seo Services – Professional/ Affordable Seo Services
    Hire the leading seo marketing company and get your website ranked on search engines. Are you looking to rank your website on search engines? Contact us now to get started – https://digitalpromax.co/ Today!

  5. Wondering why SEO matters for your business?

    Visibility Boost:
    Be found by potential customers with improved search engine rankings.

    Organic Traffic Surge:
    Increase website traffic naturally, reducing reliance on paid ads.

    Credibility and Trust:
    Establish your brand as a credible and trusted authority.

    Enhanced User Experience:
    Optimize your site for a seamless, user-friendly experience.

    Ready to unlock these benefits? Let’s chat about tailoring an SEO strategy for your business. Click here for more information https://alwaysdigital.co/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top