Ini perkahwinan aku yang ketiga setelah kehancuran perkahwinan pertama dan kehilangan dalam perkahwinan kedua suami meningal aku cuba dalam percaturan jodoh

Assalamualaikum. Sekadar luahan hati. tak minta difahami tetapi apa yang terpendam tak mampu ditelan lagi. bukan niat membuka aib sesiapa tetapi pahit ini tak mampu disimpan. Aku anak yatim piatu yang terbuang dari keluarga. nasib aku tak pernah baik dalam perkahwinan. Ini perkahwinan aku yang ketiga setelah kehancuran perkahwinan pertama dan kehilangan dalam perkahwinan kedua suami meningal aku cuba dalam percaturan jodoh bila aku ditakdirkan bertemu dan berkahwin dengan suami sekarang.

Bahagia yang aku impikan tetapi seringkali duka yang datang.
Sikap panas baran dan cemburunya membuat aku takut untuk bangun dari tidur. Satu2nya masa yang aku betul2 tenang adalah diwaktu tidurku. makian, hinaan dan cacian menjadi santapan aku setiap hari. adakalanya aku sendiri tidak tahu apa salah ku kerana tanpa aku tahu aku dimaki sesuka hati. Hutang yang dibuat olehnya juga aku yang tanggung.

Mesti tertanya kan. dakah suamiku tidak bekerja? sikap panas baran dan banyak alasan nya membuat dia sering hilang kerja. Aku berniaga kecil-kecilan tetapi hasil berniaga tidak aku kecapi sepenuhnya.. hanya boleh pusing modal dan selebihnya adalah miliknya. Nafkah ku tak diberi malah duitku diambilnya. Untung saja kerana kami duduk dirumah neneknya. Adakalanya aku turut rasa malu bila mereka2 disekelilingku bercakap mengenai suamiku.

kadang2 melihat orang lain makan yang enak2, membeli baju baru dan membeli apa yang mereka suka hati ku terkilan. aku tidak mampu. Aku bukanlah isteri yang suka bmewah dan meminta2. tetapi keinginan tetap ada. Kini. aku tiada mata pencarian ku kerana suamiku tidak membenarkan aku berniaga. Adakah kerana aku siyatim piatu maka aku perlu dilayan sperti hamba? Adakah kerana aku sebatang kara maka aku layak dilayan seperti haiwan? Kering sudah air mata ini. Doakan aku terus tabah ye sahabat2. Doakan aku dapat kerja yang selayaknya dan doakan ada jalan buatku terima kasih ya para sahabat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top