kami berdua di kurniakan baby twin masalah bermula sewaktu i pregnant masa tu i tahu dia minat lelaki sebab dia mula jarang balik rumah dan lebih begemar keluar dengan kawan lelaki

Madu aku adalah lelaki. hope admin hide nama. sebab i nak cerita dekat sini supaya dapat dijadikan iktibar sempena bulan ramadan. i kahwin atas dasar suka sama suka. masa ni i tak tahu lagi suami i ni seorang yang minat lelaki cuma tahu dia memang suka keluar dengan kawan lelaki saje. kami berdua di kurniakan baby twin masalah bermula sewaktu i pregnant masa tu i tahu dia minat lelaki sebab dia mula jarang balik rumah dan lebih begemar keluar dengan kawan lelaki pegi holiday, shoping dan spenttime berbanding bawa i keluar.

Masa dia tido i selongkar handphone dia. masya allah rasa nak menangis banyak gila pic lelaki yang dengan video lagi. masa itu, i hanya menangis. i try ajak bincang tapi suami masa tu langsung tak nak bincang. since drpd itu, suami pun tinggal dengan madu (lelaki) tu. sepanjang tempoh pregnant dan melahirkan anak i handle seorang diri dan suami hanya datang seketika. taktahulah macam mana i nak explain perasaan masa tu. dahlah dia abaikan sepanjang mengandung dan tgk anak jenguk sekejab je.

kadang kadang terfikir kenapa Allah bagi berterusan bagi ujian. tapi i kekal positif dan masih berharap suami akan berubah dgn doa. TAPI semakin lama suami semakin hanyut dia abaikan tanggungjawab, nafkah anak dan hampir semua nya i tanggung untuk rumah, kereta, keperluan anak-anak. kadang kadang i menangis sendiri sebab tak tahan dengan keadaan ni. i penat berkerja dan balik handle anak seorang diri. Bila anak demam, dengan anak twin merengek2 dengan tak cukup tidur. Masya allah masa ini, I try pujuk diri dengan sabar, sabar, sabar.

Pada masa yang sama, rasa terkilan. Sebab baby masih kecil suami sanggup abaikan kami dan memilih untuk stay bersama madu. macam mana lagi nk sedarkan suami ni bila diam dia abaikan kami bertiga. bila bersuara dia cakap merimaskan. sampai bila i nak laksanakan tanggung tgjwb dia. segala keperluan A-Z i support sendiri. syukur i tak berhenti kerja lepas kahwin. kalo tak. tak tahulah nasib sekarang. hati i ni luka rasa perit sangat.

Now, I dah tak peduli apa orang nak fikir, sebab orang tak tahu apa yang i alami tak kan nak bagi tahu org suami i suka lelaki. jadi i menjauhkan diri dr family dan semua orang. sebab i fikir dengan cara ni orang takkan nampak kecacatan dalam rmhtangga kami berdua. bila anak tidur, tanpa sedar air mata selalu mengalir. if bermadu dengan prmpn pun isteri dah sakit, apa lagi if suami ni lebih sayangkan lelaki lain dan ke mana mana saja bersama daripada jumpa isteri dan anak anak. Jujur rasanya lebih derita.

pada awal ramadan ni i berbincang dengan suami. Dia bagitahu dia kahwin degan i hanya nak tutup identiti dia saja dan dia warning jangan bagitahu family dia. pada saat itu. i rasa mcm terkedu dan terduduk. selama ini i sabar dan bertahan. dan berdoa agar suami akan kembali kepada kami. tapi saat dia bagi tahu mcm tu. i terus nekad untuk failkan cerai. sebab i rasa tertipu dan sangat kecewa. selama ini i sanggup telan pahit perkahwinan dan pendamkan saja sebab anggap ni dugaan.

Now i rasa i perlu move on. i tak boleh biarkan diri i terus sedih dalam dunia ini. dan i tidak akan menghalalkan dunia dan akhirat setiap sen duit yang i tanggung sepanjang pekahwinan ini dan takdapat maafkan kezaliman dia abaikan kami selama ni. then i balik rumah parents dan bawa anak anak sebab i dah tak boleh nak terus duduk rumah itu. sebab i ceritakan ini adalah untuk pengajaran agar tidak mengalami situasi mcm i.

jujur i katakan lebih derita bila kau berebut kasih syg dgn lelaki drpd perempuan. prmpn di luar sana, if ada yang melalui situasi sama dgn i. i doakan kamu mampu meneruskan perjuangan dlm perkahwinan. dan perempuan2 lain siasatlah latar blkg, jgn kerana rupa kamu memilih pasangan tapi pilihlah mampu menjadi imam dan menunaikan solat. Di bulan ramadan yang penuh barakah ini, mohon doakan i dipermudahkan segala urusan dan kezaliman ini mendapat pembalasan Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top