Salam semua sahabat,diharap cerita dari saya ni menjadi iktibar dan pengajaran buat semua. Kisahnya bermula seminggu sebelum raya, saya menjadi murung, sedih, sakit, sebab menahan rasa sebak di hati, hanya Allah je yang tahu masa tu.
Saya seorang ibu 20 anak, dan sekarang sedang hamil 5 bulan. Kisahnya bermula sewaktu tengah hari, saya tengok gelagat suami macam pelik hari tu, terus keluar rumah macam tu tanpa maklumkan apa2.
Biasanya, saya jarang call suami, sebab taknak la suami serabut asyik2 call.
Tapi time tu, terdetik dalam hati nak call dan bertanyakan keberadaan suami. Bila saya call suami cakap dia tengah iktikaf kt masjid. saya ok kan je, sebab dia memang bertugas kt masjid. Disebabkan rasa tak sedap hati, saya buka whatsweb yang telah lama saya buat, biasa kalau buka takde apa sangat. Masa tengah buka terkejut saya membaca wsp suami dengan isteri orang secara live. Memang la lepas taip wsp dia padam, tapi saya sempat tengok dan screenshot wsp tersebut.
Kandungan wsp tu memang saya tak sangka suami saya siap ajak perempuan tu pergi kolam air panas sama2 dan ajak video call suruh masuk bilik, berbalas gambar, buat suara manja, memang sedih, kecewa, hampa dengan perbuatan suami. hmm. Saya tau baru kenal tapi memang tak sangka la kan. Tapi, suami tak tau pun yang saya tahu. saya diamkan saja. Tapi memang saya takde mood nak raya,
Tiba hari raya ke 2, masa tu suami tiada di rumah, saya call, mak beritahu suami sedang tidur di rumah. Masa ni waktu zohor, saya tengok ada handphone dia sedang cas, so saya ambik fon suami dan fikir nak pergi rumah mak. Saya pun drive la kereta dan membawa 2 anak untuk ke rumah mak. Tapi tetiba je hati ni rasa nak melencong ke tempat lain, melihatkan anak2 yang dah ngantuk, saya pun bawa anak2 round2 sekitar bandar. Sambil tu,saya buka phone suami, saya lihat ada messengger dari seorang perempuan yang tertulis “free”
Saya cuba balas”free apa” dia jawab free masa untuk mengurut. Masa tu saya tak fikir buruk, saya ingat suami nak carikan tukang urut untuk saya. Masa mesej tu, dia cakap urut ba tin, so saya tanya kat mana, dia jawab kan dah pergi, buat tanya pulak. so, saya pun terkejut, saya balas “tak ingat sebab banyak tempat pergi” dalam hati memang nak nangis, perempuan kot yang urut. Lepas tu saya pendam. saya kecewa sangat2,menangis sampai bgkak mata2. Suami tanya tapi saya tetap tak jawab mengapa. Saya biarkan dia cari sendiri jawapan.
Lama saya memendam rasa, saya tengok dalam fb perempuan tu memang ramai pelanggan dia, selalu upload gambar katil, seluar dalam lelaki atas katil, lelaki sedang baring, baju singlet perempuan. Masa tu memang dah cuak, apa la yang suami aku dah buat. Aku tak tau nak cite pada sape, so aku cite pada kak ipar aku pasal ni, aku dah tak tahan, stress melampau2. kak ipar hanya mampu memujuk. Dia saja tempat aku luahkan kata2.
Melihatkan keadaan aku yang sedemikian, suami aku pun ingin tahu, apa yang aku dah tau, padahal aku tahu, yang dia tahu apa yang aku dah tau..(korang faham tak? hehe) sori berbelik2 cikit. Aku tengok dalam fon, dia dah block perempuan tu. Aku curi2 fon dia, dan aku cuba buke fb dia kt fon aku, aku nak pantau apa lagi yang berlaku. Aku cuba mesej perempuan tu sebagai cust, dia cakap 1 jam setengzh sorang 1 bilik. Aku pun dapatla sebanyak sedikit maklumat.
Petang tu, suami aku larikan fon aku, so dia dah baca apa yang aku ss. Balik tu dia diam, mungkin terkedu sebab aku dah tau semua benda. Aku tak mampu nak nangis dah nak minta penerangan, sebab aku tau mgkin suami aku akn bela diri sendiri, dan minta maaf, itu je yang dia tahu. Ntah macam mana,aku pun dah jadi hati kering sangat, aku tanya kenapa buat tu semua, kenap pergi mengurut dengan perempuan, urutan batin pula tu, kenapa? Suami aku cakap tak pergi pun, cuma tanya tempat je, aku tak percaya sebab kalu takde sebab mesti dia tak block perempuan tu. Dalam komen2 fb, aku tgk rmai lelaki yang booking, klu booking msti melalui msger, bukan wsp atu col..
Aku cuba desak demi desak. kadang aku saiko suami aku, nak suruh dia ngaku. Aku buat drama, aku cakap “sampai hati abang dah bo gel, sentuh dia, peluk dia, baring atas katil, apa abang dah buat ni. “masa aku cakap tu, memang mata dia dah berkaca, tertelan air liur dan kantoi dia pun larikan diri. Malam tu, dia sruh aku urut dia, aku cakap geli, abang dah kotor, jijik, saya tak sanggup sentuh abang lagi. orang dah ratah tubuh abang. saya betul2 jijik. Lepas saya cakap begitu, nampak dia kecewa. saya biarkan.
Esokan tu aku slow talk dengan dia, aku tanya kenapa abang buat semua tu, kenapa abang sanggup bo gel depan orang, saya dah tengok gambar abang. truk sangat. Dia sruh padam gambar yang saya dapat. (padahal tak dapat apa2 gambar pun) Dipendekkan cite, lepas tu baru ngaku, yang yang dia dh bo gel dpn tukang urut tu, tapi tkg urut tu pon dan, Masa ni aku rasa macam sedih sangat, tapi aku tahan buat tak tau, aku selami lagi hati suami, kenapa tak suruh aku je yang urut, dia cakap kesiankan aku yang tengah alahan. aku tak tau la tu cuma alasan.
Setelah kejadian ni separuh kepercayaan aku dah hilang. Sekarang ni aku dah report polis pasal kegiatan yang dikatakan pon dan yang buat tu, hasil maklumat suami, aku dapat semua maklumat aku tak beh bayangkan, kalau yang urut tu betul2 wanita, mesti suami aku dan berzi na dengan seorang perempuan. Aku masih lagi trima suami aku sebab yang urut tu cuma pon dan.. tapi, entah lama mana aku akan bertahan dengan perasaan ni. Untuk makluman, suami aku pergi waktu pagi masa pkp. hmmm aku pun tak sedar masa mana dia pergi.