Kisah bermula3 tahun lepas aku berkenalan dengan Ana di alam maya dan Ana seorang ibu tunggal anak 3 dan juga seorang kakitangan awam.

Assalamualaikum admin dan semua Aku suami orang Wife aku seorang kakitangan awam. Beliau seorang isteri yang sgt2 baik. TAK ada cela pada beliau cuma aku je yang Macam tercela.

Kisah bermula3 tahun lepas aku berkenalan dengan Ana di alam maya dan Ana seorang ibu tunggal anak 3 dan juga seorang kakitangan awam.

Wlupn seorang kakitangan awam, ekonomi ana sangat teruk di sebabkan pinjaman2 dia terdahulu bersama suami dia. Masa tu pinjam bank bagi sampai 20 tahun kot.

Ana tahu aku ni laki orang dan aku tidak merahsiakan status aku.
Aku mengenali secara rapat semua anak2 nya.  Yang besar umur 15 tahun yang kedua umur 13tahun dan yang kecil umur 5 tahun.

Yang kecil tu anak angkat dan mereka sekeluarga memanggil aku dengan gelaran Pak uda. Ana tinggal di Utara dan aku di KL.

Aku kerja selalu out station dan aku guna kan kelebihan ini utk curang dengan Wife. Boleh kata setiap minggu aku akan dtg ke Utara utk bertemu Ana.

Malah Kadang2 tu drive jauh2 pi Utara semata2 Nak jumpa Ana. 3tahun aku ulang alik utara setiap minggu hanya kerana ana.

Ana ni seorang yang baik ramah, sopan, senyum sokmo dan tidak tinggal 5waktu. Tetapi hidup nye sgt2 terbeban dengan keadaan sekeliling.

Hutang keliling pinggang, mak dan Ayah sentiasa mengawasi. Ana perlu beritahu dengan siapa dia ber kawan dan punca penceraian ana dulu hanya kerana campur tangan orang tua ana.

Jd hidup ana sgt2 stress. Aku pernah sekali berjumpa dengan mak dan Ayah ana berhajat utk menikahi ana. Tetapi syarat2 mak ana buat aku Jadi tak Boleh bertindak.

Mak ana nak isteri aku yang dtg sekali dlm rombongan meminang nti. Gilo ke. Jd kami buat keputusan bersama utk bernikah Di seberang. Tetapi perlu menunggu sehingga anak2 masuk Asrama.

Dan ana pun berhajat menyambung pelajaran dan perancangan Nikah itu sepatutnya berlaku semasa dia sedang belajar Akan dtg. anak2 ana masih sekolah rendah masa tu darjah 6 dan darjah 4.

Bermcm2 Hal yang berlaku sehingga aku mengabaikan masa isteri dan anak aku.  Tetapi isteri aku seorang yang tenang dan tidak mudah melatah.

Beliau sedar Akan kecurangan aku tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat. Sepanjang tempoh itu aku Ada bagi juga hint2 kt isteri yang aku ni ingin berpoligami.

Dan isteri kelihatan tenang sahaja dan sesekali sinis Pada aku. Aku Diam je. Sepanjang tempoh ana membesarkan anak2 dia, bekas laki dia langsung tak bantu Dari segi kewangan.

Maka itu adalah anak2 mereka. Dan aku lah yang sering dtg membantu ana. Ana ni Cuma Ada dua orang dlm hidup dia yang dia Boleh ber cerita semua ..

aku dan seorang lg Rakan sekerja senior dia. Jd hanya aku dan rakan dia seorang tu sahaja yang menjadi tempat utk ana meluahkan segala2.

Pelbagai kisah antara aku dan ana sepanjang tempoh menunggu anak2 masuk Asrama ni sehingga kami terlanjur dan sering berulang2. Aku sangkakan yang ana benar2 cintakan aku.

Setiap hari kami Akan berhubung. Dah mcm orang tua bercinta plk Kan. Semua kisah2 ana aku tahu dan segala2 berkaitan ana, aku yang lebih tahu Dari keluarga depa.

Apabila syarat mak ana yang berat itu menjadi sukar bagi aku maka kami buat keputusan utk merahsiakan hubungan kami Dari keluarga ana.

Dan sepanjang tempoh itu la aku sering mambantu ana Dari pelbagai sudut. Segala2 nya byk aku yang bantu. Dan kami pun dah nampak yang seolah2 hubungan kami ini Akan berakhir dengan sebuah kegembiraan.

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tghari
Waktu yang Di tunggu pun tiba. Anak2 telah berjaya memasuki Asrama Pada awal tahun tadi.

Dan ana berjaya melanjutkan pembelajaran nya Pada awal march tadi. Baru dua minggu ana sambung belajar.

Utk makluman. Kami memang merancang yang ana Akan tinggal Di rumah yang aku sewa Kan Di sebuah bandaraya nti. Ketika dulu aku Di Kl dan ana Di utara.

Ia sgt2 jauh dan beban Pada aku Dari sudut kos. Tetapi kini ana telah berada berhampiran Di tempat aku dan aku ber sedia utk menanggung semua nya.

Ye lah dengan keadaan ekonomi ana yang teruk tu mana mungkin dia Boleh hidup berdikari tanpa Ada bantuan Dari orang lain.

Keluarga ana semua baik2 sahaja tetapi tidak ambil peduli berkaitan peribadi ana. Dah mkn minum ke orang tu tak Ada sapa yang peduli. Aku laki orang ni lah yang peduli.

Di Jadi Kan cerita , telah hadir seorang yang jauh Dari Sarawak ke rumah mak ana utk meminang ana. Situasi itu berlaku benar2 sewaktu ana mula belajar dan tinggal Di rumah yang aku sewa Kan.

rumah memang aku khas Kan utk ana dan anak2. Jd yang tinggal Cuma ana dan anak yang kecil. Sesekali anak2 yang lain balik Asrama tinggal situ.

Aku ok sebab memang plan mcm tu. aku tinggal tak berapa jauh Dari rumah sewa ana. Jd mudah lah urusan.

Dan yang mem buat aku benar2 kecewa adalah ana menerima pinangan tersebut Ia Di pengaruhi Oleh keluarga ana.

Aku Jadi Kelu. Jem. Apa sudah Jadi ni.  Apabila aku bertanya ana Dari hati ke hati, hurrr Ana mengatakan yang dia tak selesa dengan aku yang sering berlaku zìna.

Apa yang berlaku selama ini hanya kerana ia ingin membalas budi aku yang sering membantu dia. Ana tidak gembira dengan hubungan aku yang Di sorok2.

Ana nak mcm orang lain Ada suami yang Boleh Di ajak pi mana2 dengan mudah. Tunjuk Pada masyarakat, Pada fb

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top