Assalamualaikum krt dan pembaca semua. aku seorang bekas suami pada seorang isteri. Tujuan aku luahkan ini semoga dapat dijadikan iktibar untuk suami yang seperti aku supaya tidak terlambat dan menyesal seperti apa yang aku alami sekarang.
sebelum itu aku ingin memohon maaf atas tulisan atau coretan yang berterabur ini. Begini kisah nya aku berkahwin dengan isteri atas dasar suka sama suka. lama kami berkenalan sebelum aku menyunting dia menjadi isteri yang sah. sepanjang kami berkenalan isteri sememangnya menjaga batas2 pergaulan..
selepas bergelar isteri dia berhenti kerja kerana desakan aku. aku tidak suka dia bercampur dengan lelaki bila di ofis. Aku sangat cemburu bila ada lelaki lain yg cuba berhubung dengan isteri walaupun atas dasar kerja.
selepas isteri menjadi suri rumah isteri mnjalankan tanggung jawab dengan sempurna. segala makan pakai aku di jaga rapi. kadang2 air dalam tub mandi juga disediakan untuk aku bersama bunga2 wangi hidup yang segar. punya lah dijaga nya aku dengan baik umpama seorang raja. cuma aku yang tidak nampak ketulusan dia selama ini..
isteri yang dulu nya aku tgila2 kan sudah aku tidak nampak lagi apa yang menarik di mata aku. aku bingung juga kenapa aku boleh berubah sedemikian rupa tapi sudah pasti ada puncanya. tak lain dan tak bukan kerana seorang perempuan yang aku baru kenali.
aku kerap menipu isteri bila lewat pulang ke rumah. sebenarnya aku berpoya2 sampai terlanjur bersama teman wanita baru yang semenagnya mngambil kesempatan pada aku. aku akui sepanjang berkenalan dengan perempuan itu banyak wang aku dihabis kan untuknya.
barang kemas sahaja sampai 12 ribu. Untuk isteri aku pun tidak pernah aku mewahkan dia dengan sebegitu. yang aku pernah beri hanya rantai tangan yang harga nya 2400 itu pun dia senyum sampai ke telinga.
Kisahnya aku asyik bersama teman wanita sedangkan teman wanita aku walaupun bertudung litup tapi sebenrnya dia bijak mengambil kesempatan. bila dia ingin berjumpa aku dia akan buka tudung kepalanya dan bila trun kereta dia memakai kembali tudungnya itu.
tapi benarlah kata orang sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. istri dapat menangkap perbuatan aku apblila aku yg terlelap sambil pegang hp dan disi tu aku terlupa untuk padam chat convstion kami.
Bila isteri dapat tahu dia menanagis semahunya dan memohon aku untuk lepaskan dia. Aku yang kelam kelibut tanpa berfikir dengan baik dan rasa tercabar ego terus ceraikan dia dengan talak satu waktu itu. kemudian aku terus keluar tinggalkan isteri.
akhirnya ptang itu aku dapat msg dari istri di watsap yang mmhon maaf dan halalkan sgala makan minum dia selama ini dan dia sudah pun pulang ke pangkuan keluarganya…beberapa bulan slepas itu kami setelkan masalah kami dan telah sah bercerai.
waktu ini aku masih tdak terasa khilangan istri kerana aku masih ada tman wanta. Tapi setelah itu aku ditinggalkan oleh perempuan itu kerana kami bergaduh teruk dan teman wanita aku kant0i ada lelaki lain dan perempuan itu tinggalkan aku terk0ntang kanting dan sejak itu barulah ingatan aku teringat kembali wanita yang selama ini setia dengan aku.
tapi apa gunanya lagi wanita yang sanggup bersama aku dahulu telah bkwin dan sudah mempunyai seorang anak. Sampai sekarang aku masih tidak dapat membuka kan pintu hati buat sesiapa hati aku seakan2 dikunci
walaupun emak ingin jodohkan aku dengan orang lain tapi hati ini telah tkunci buat selamanya untuk wanita. Tolong lah macam mana nak pujuk semula isteri aku. Aku tahu aku salah, tapi aku dah menyesal. Memang tak ada ke peluang yang tersisa untuk aku?