Salam semua warga KRT. Terima kasih kalau sudi siarkan kisah aku. Aku nak share dan mintak pendapat korang semua tentang keadaan aku yang tak keruan ni. Aku baru mendirikan rumahtangga selama 6 bulan.
Tapi jujurnya aku tak pernah rasa bahagia dengan perkahwinan aku bermula bulan ke 2 perkahwinan. Aku pun tak tahu kenapa. Aku selalu dibelenggu rasa bersalah sebab kahwin dengan suami aku sekarang ni.
Aku tahu berdosa bagi seorang isteri berfikiran macam tu tapi apakan daya, aku cuma manusia, aku cuma wanita yang lemah, aku kena mengakui semua ni. Bagaimana aku nak nafikan hati dan perasaan sendiri.
Bukan kata aku tak pernah merintih dalam doa, aku selalu berdoa diiringi solat sun4t taubat dan solat hajat. Aku ikhtiar dekatkan diri dengan Allah, aku bangun tengah malam untuk minta petunjuk dariNya.
Kadang2 aku takut semua ni satu kekhilafan, tapi makin aku dekat dengan Allah, makin jauh aku dari bahagia bersama suamiku. Makin aku menyesal dengan perkahwinan ni. Entah kenapa dia dapat isteri macam aku.
Kisahnya bermula macam ni suami aku bekerja sebagai seorang pil0t di sebuah syarikat airlines di luar negara. Ofcoz lah aku jarang dapat jumpa dia. Aku memang bersyukur sebab dapat suami yang baik, jaga solat 5 waktu, walaupun aku sendiri kadang2 tak faham perangai suami aku.
Suami aku yang betul2 ajak aku kahwin dulu. Yang betul2 bersungguh nakkan aku. Sebelum aku kenal suami aku, aku dah bercinta dengan bekas kekasih aku dalam 2 tahun.
Aku betul2 sayang kan bekas kekasih aku tu aku namakan dia S bagi aku dia lelaki paling sempurna dalam hidup aku dan dia ada semua ciri2 aku nak dari seorang lelaki. Dia pandai jaga hati aku. Dia buat aku gembira.
Aku memang sayang S sangat2 dan aku selalu rasa aku dah jumpa lelaki yang tepat untuk aku sampai bila2. Dia selalu ade mase susah senang aku. Aku bahagia dengan S. Sampai lah suatu hari, setelah 2 tahun aku bercinta dengan S, aku baru tahu rupanya S telah bercinta dengan seorang perempuan sebelum aku.
Rupanya dia dah ade kekasih sebelum aku lagi. Mereka dah bersama lebih 3 tahun cuma kekasih S duduk jauh, jadi aku sampai tak tahu semua tu. Aku tak pernah syak S boleh tipu aku sebab aku boleh rasa yang dia betul2 syangkan aku.
Dia tak pernah melukakan hati aku langsung selain perkara ni. Walaupun korang akan kecam, cakap aku perampas tapi demi tak nak rosakkan hubungan orang lain, aku undur diri. Aku undur diri sebab kekasih S tu msg aku merayu mintak aku tinggalkan S sebab dia tak boleh hidup tanpa S.
Tapi depan kami berdua, S dah mengaku dia lebih syangkan aku dari kekasih dia dan dia pilih aku. Tapi aku takkan rampas hak orang. Aku redha kalau dia bukan jodoh aku. Aku berdoa siang malam biar aku cepat lupakan S dari hidup aku.
Tak lame lepas tu aku jumpa suami aku skrg, terus ajak aku bertunang dan 5 bulan kemudian kitorang pun kahwin. S terus ganggu aku hingga hari perkahwinan aku. Tapi dia taklah sampai rosakkan majlis aku.
Dia cuma cakap dia akan tunggu sampai aku btul2 dah sah kahwin, baru dia akan fikir hidup dia sebab dia betul2 sayangkan aku. Dia tak nak tinggal aku katanya.Aku cuba bagi suami aku peluang untuk buktikan dia ikhlas untuk aku. Aku cuba untuk sayang suami aku.
Mula2 suami aku betul2 baik layan aku. Dia selalu usahakan yang terbaik untuk aku. Aku bukanlah meminta harta benda dalam bentuk kemewahan semata2. Walaupun aku tahu dia mampu sediakan aku semuanya sebab dia seorang pilot, tapi aku tak meminta kemewahan.
Aku cuma minta aku dilayan sebagai seorang isteri dengan penuh kasih syang.Dengan suami aku, aku cepat merajuk. Mula2 suami aku selalu pujuk aku. Dia memang sibuk, tapi dia sealu cuba adakan masa untuk aku. Aku dh mula sayang dia.
Masalah timbul bila lama kelamaan aku dapat tahu keluarga dia mula tak sukakan kehadiran aku dalam keluarga mereka. Suami aku anak sulong dalam keluarga. Mereka rasa aku perampas abang mereka menyebabkan perhatian suami aku tertumpu pada aku sorang.
Sedangkan aku tahu, suami aku bukan macam tu.Dia seorang yang taat pada ibunya dan ayahnya walaupun kadang2 aku kecik hati sebab suami aku terlampau lebihkan ibunya tapi aku redha sebab syurganya disitu.
Mungkin ni semua cuma perasaan aku seorang. Sedangkan mungkin S pun dah lupakan aku. Aku bukan isteri yang curang. Aku tak pernah senyap2 berbaik dengan S atau mana2 lelaki blakang suami aku. Cuma hari2 aku sekarang, aku cuma nampak kekesalan aku sebab pernah tinggalkan S dulu. Aku memang bersalah sebab pilih suami aku sekarang.
Aku salah sebab tinggalkan orang yang betul2 syangkan aku untuk orang yang belum tentu akan pertahankan aku pun. Salah aku ke bila teringatkan orang lain selain suami aku sendiri? Sedangkan suami aku layan aku buruk.
Keluarga dia layan aku macam aku tak wujud. Ya allah, aku dh tak mampu elak sebab hari2 aku sedih bila aku ingat S blik. Macam mana aku nk avoid perasaan aku ni? Semua ni bkn aku mintak. Sedangkan aku berusaha dekatkan diri pada Allah biar aku tenang.
Tapi aku terus rasa brsalah dengan diri sendiri sebab perkahwinan ni dan sebab pernah tinggalkan S dulu. Aku tahu memang takkan mungkin aku dan S dipertemukan balik.
Mgkin dia dh bahagia dengan orang lain skrg ni tapi aku setiap hari terkenangkan semua kebaikan S pada diri aku dulu dan aku asyik teringat macam mana suami layan aku skrg dan apa yang keluarga dia buat pada aku setiap masa terngiang2 di benak fikiranku. Sampaikan satu tahap aku nak sangat jumpa S dan luah segalanya.