Aku telah berkenalan dengan seorang wanita janda anak 2 ( Dan aku sudah ada 4 orang anak) dan terus jatuh cinta dgnnya.. dia sentiasa ambil berat pasal aku terutama tentang kesihatan.
Dia sanggup datang dari jauh untuk berjumpa aku. Kami sama2 jatuh cinta dan dia berjanji dan sanggup mulakan hidup baru bersama aku susah dan senang bersama.
Aku memilih dia untuk menjadi istriku dengan melakukan pengorbanan yang paling besar iaitu meningg4lkan anak2 kesayangan aku dengan tinggal berjauhan.
Kisahnya dimula perkahwinan kami aku bekerja demi dia dan tanggungjawab aku sebagai suami aku jalankan. Hantar isteri ke tempat yang jauh untuk dia bekerja tanpa merungut keletihan walaupun aku juga bekerja.
Setiap pagi dia sediakan aku bekal untuk aku makan ditempat kerja. Walaupun simple. masakan dia aku mkn dgn penuh selera. ini lah masakan isteri dengan penuh kasih sayang yang menjadi ia sedap.
Tidak lama kemudian, dia meminta untuk bawa tinggal bersama 2 anaknya yang masih bersekolah. Aku beri keizinan sebab ia pengubat aku rindu pada anak2 aku yang berada jauh. Aku cuba jadi bapa tiri yang terbaik..
aku hantar anak2 dia ke sekolah.. aku bawa makan di luar seperti keluarga lain. Anak tiri aku yang no 2 berkahwin dan selepas itu yg pertama juga berkahwin.
Aku diberitahu suaminya brkerja pejabat.Tidak lama selepas itu. anak sulung isteri aku datang mengejut mengatakan tuan rumah yang mereka sewa mahu tinggal dirumah itu.
Mereka mahu menumpang tinggal bersama aku dan isteri aku untuk selama 2 bulan sementara dapat rumah sewa baru. Disitu aku mula hairan sebab tuan rumah takkan suruh kosongkan rumah tanpa memberi notis.
Apabila mereka tinggal sekali..aku rasa sedikit hilang rasa tumpuan isteri pada aku. Dia banyak buat keputusan sendiri tnpa meminta izin atau pendapat aku. Aku pulang dari kerja tiada lagi disambut dengan senyuman.
Tetapi jika bersama menantu lelaki, isteri ku ada sahaja yang mahu dibual dan bergelak ketawa malah bergurau. Aku semakin terasa apabila banyak hal dlm rumah mula berubah. Tidak ikut apa yg aku mahukan.
Anak menantu bangun lewat. Tidur masa maghrib..lewat mlm baru keluar rumah. Kerja apa pun aku tak nmpk mereka lakukan. Apa yg berlaku dirumah aku sudah tidak diberitahu..aku tidak dianggap ketua keluarg
Aku sudah tegur pd isteri ku..tp dia asyik menyalahkan aku kembali. Akhirnya aku ambil keputusan keluar dan tinggal dipejabat aku. Apa bila aku keluar dari rumah..
aku lihat isteri aku semakin lupakan tanggungjawab sebagai isteri..dan aku paling sedih apabila isteri ku tidak berbuat apa2 dan biar aku tidur dipejabat beralaskan toto.
2 Bulan menjadi 3 bulan hingga menjadi 8 bulan. Aku tinggal dipejabat. Hari raya yg juga hari lahir aku. isteri aku pulang beraya dikampung tanpa meneman aku yg kesorangan dipejabat.
Aku tidak balik beraya kerana sibuk mencari duit untuk urusan kerja aku. Aku meminta isteri aku teman aku dan beraya bersama. tapi dia balik bersama anak menantu ke kampung.
Aku bertambah sedih. Malah tidak langsung hubungi aku yang kesorangan. Akibat isteri aku lebihkan ank menantu dari aku. aku mula terasa hingga perwatakan aku berubah..
banyak aku pikir hingga aku mula menjadi tertekan. Aku tak cakap dengan isteri aku sebab dia semakin lupa aku.Aku akhirnya memarahi isteri aku dan aku pula disalahkan dengan mengatakan aku mahu halau anak menantu dia.
Ini menjadikan aku semakin tekanan sebab isteri ku terus berubah hingga aku marah isteriku dgn mengatakan dia lebihkan menantu terlalu pelik sedangkan aku suaminya tidak mahu lg senyum bercakap bergurau.
Isteri aku seolah gembira bila aku tiada dan mereka sering keluar tnpa aku tahu. Aku akhirnya balik juga ke rumah..tetapi isteri aku pula keluar tinggal kan aku. Pergi kesemua dan aku kembali tinggal seorang.
Aku dimaklumkan mereka tidak bayar sewa rumah dan akhirnya aku terpaksa keluar dan isteri aku tidak langsung mengajak aku balik tinggal dgn dia dirumah yg mereka sewa dan tinggal bersama ank menantu dia.
Aku akhirnya terpaksa pergi dan isteri aku sendiri tidak mahu jumpa aku dengan alasan dia aku yang tidak terima anak menantu dia. Dan isteri aku juga mengatakan yang dia tidak lagi mencintai aku.
Aku dibiar pergi tanpa rumah dan tiada apa2 lagi pada aku. Hanya cinta aku yang masih ada ku bawa pergi. Semoga isteriku sedar bahawa tempat dia bukan di syurga tapi dineraka kerana aku tak maafkan dia dan aku tidak halalkan titik peluh aku sewaktu mula membina hidup bersama dia.
Seluruh keluarga dia sudah masuk campur dan benci aku. Aku tahu bila campurtangan orang luar.. rumahtangga aku akan mereka musnahkan. Tapi aku tidak melepaskan isteri aku walaupun aku dihalau diugvt secara kasar supaya pergi jauh. Semoga Allah SWT beri mereka kesedaran..