Kisahnya Isteri pertama saya tidak mempunyai anak dan saya berpisah selepas saya berkahwin  dengan seorang wanita yang bersifat solehah

Nak tanya apa pandangan dan pendapat mengenai rintihan yang saya ungkapkan ini, oleh kerana saya buntu pada keadaan memikirkan pasal anak2.. Saya sudah berpengalaman berkahwin sebanyak 2 kali.

Kisahnya Isteri pertama saya tidak mempunyai anak (mandvl)  dan saya berpisah selepas saya berkahwin  dengan seorang wanita yang bersifat solehah, berpendirian yang agresif dari segi mengejar kerjaya..

Saya berkawan dengan wanita tersebut semasa saya timbalan presiden dalam persatuan permotoran.. Tika saya bersama nya dalam satu program permotoran, saat itu hubungan semakin rapat..

Selama 3 bulan kemudian wanita ingin berkahwin dengan saya.. Saya sudah beritahu padanya kenapa begitu cepat untuk berkahwin sedangkan kehidupan saya masih tidak stabil dari segi kewangan dan kita perlu berkawan dulu untuk mengenali diri masing2 dengan lebih mendalam. Lagipun masa tu saya masih suami orang.

Wanita itu pun beritahu “Insyallah, alah kehadapan ada rezeki tu Tuhan bagi”.. Saya mengambil keputusan untuk terus berkahwin dengan nya.. Saya mendapat cahaya mata untuk anak yang pertama, saat itu lah saya amatlah suka sgt2 krn saya sudah berumur 40 tahun..

Masa tu rezeki saya berlimpah ruah dengan banyak mengadakan event yang dijalankan selama setahun. Dan saya pun bercerai dengan isteri pertama.. selepas itu, mendapat cahaya yang ke-2 hubungan sudah menjadi kurang..

Kami selalu bergaduh lepas tu baik semula, terus berterusan hinggalah sejak akhir-akhir detik2 kekucahan melanda yang berpanjangan.. Saya dikhabarkan isteri saya memberitahu mengandung lagi, saya tetap bersyukur untuk anak yang ke-3..

Pada masa tu saya sedang merancang bersama isteri untuk berniaga. tika bermula situlah perancangan tergendala yang menyebabkan pembalahan besar berlaku hinggalah berbulan-bulan..Saya pergi di rumah mak mertua pun isteri tidak mahu bercakap lalu tarik muka masuk dalam bilik..

Dengan berulangkali isteri bertindak yang sama setiap kali saya datang menjenguk anak-anak dirumah mak mertua, hinggakan tidak bersalaman dengan saya hari raya aidilfitri, jatuh air mata pabila isteri saya bertindak sedemikian.. Lalu tetap bersabar menghadapi ujian ini,

timbul lah pegawai dipejabat isteri menalifon saya katanya isteri saya akan dibawa kemekah kerana isteri adalah anak buah kepada pegawai cuma ingin tahu daripada saya, nak suruh saya sediakan duit untuk bawa saya ke mekah sekali melalui travel ejen kerana tak buleh bawa isteri orang tanpa suami.. Disitulah saya pelik kenapa pegawai tersebut menyatakan mengenai pasal ni,

kemudian itu pegawai menalifon saya buat kali ke-2 menanyakan saya pasal tempahan baju event buat kat kedai mana.. Sedangkan hari yang sama juga isteri saya melahirkan anak yang ke-3, tanpa memberitahu saya mengenai kelahiran tersebut..

Disitulah saya sudah nampak jalan cerita sebenar diatas apa yang berlaku.. Rupa-rupanya si pegawai ni lah punca keretakkan rumahtangga saya berlaku. Isteri saya berhubungan sulit dengan pegawai ini.

Tergamak manusia zaman sekarang yang sanggup pancing isteri orang dan berkesempatan semasa saya sedang mengalami kekecohan dengan isteri sedangkan si pegawai tersebut sudah ada isteri dan anak yang ramai..

Dunia zaman sekarang memang nak sudah kiamat. Sekarang isteri saya asyik meminta cerai, demi anak2 saya tidak akan ceraikan dia.

Itulah cerita pengalaman saya.. Saya hanya mampu beserah pada takdir untuk menentukan diatas segala-gala yang berlaku.. Semoga Allah SWT dapat memberi pembalasan bagi manusia yang menghancurkan rumahtangga orang lain.. Amin Ya Allah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top