Masalahnya yang aku sedih tadi mak mentua aku kata nak bagi pinggan mangkuk lama dia pada aku sebab katanya dia nak beli yg baru

Salam min. Hide fb aku ye. Sempena dah boleh rentas negeri nie aku rasa happy sgt sebab boleh melawat mak mentua aku. Tapi harinie bila pulang dari rumah mentua aku rasa kecewa dan down sangat.

Mak mentua menyuruh aku mencari kerja dengan alasan anak2 aku dah besar. Kenapa hina sangat ke kalau aku tak bekerja? Selama pkp ni walaupun pendapatan suami aku terjejas tapi tak pernah sekalipun kami mintak nak pinjam duit dengan mereka dan adik beradik lain.

Walau kami makan nasi, kicap dan telur saja. Syukur sekarang suami aku dah boleh bekerja seperti biasa. Suami aku kerja kilang saja tapi syukur gajinya cukup untuk menampung kami empat beranak.

Basic gaji suami aku 2k tambah ot dan elaun biasanya akan dpt dalam 3.5k sebulan. Aku rasa itu lebih drpda cukup. Kami juga dah ada rumah sendiri, kereta yg dah habis hutang bank. Nikmat apalagi yg aku dustakan? Aku juga bukan jenis wanita yg suka bermekap sakan.

Aku ala kadar saja. Sebab wlu aku pakai bedak baby je aku tetap comel  (yakinnya kamu, hebatnya kamu hahaha) gurau je k.
Aku ada buat bisnes online jd dropship produk2 dan nak kata untung banyak takde lah juga tapi syukur setiap bulan kami sentiasa ada lebihan duit.

Oh iya aku juga buat semua simpanan mcm asnb, tabung haji dan sspn untuk anak2 aku. Cuma hibah je aku baru nak merisik ejen2. Ehh terpanjang cerita tempat lain pulak.

Tak sebenarnya aku jadi down. Ye memang aku graduan universiti dan aku seorang yg bijak (konpiden level perghh). Pointer aku juga boleh tahan cantik (konpiden tu penting haha).

Tapi aku memilih untuk tak bekerja sebab susah nak cari pengasuh dan aku sejenis ibu yg paranoid. Aku sentiasa risau dan gelisah memikirkan anak aku dalam jagaan orang lain. Aku cuma tertanya2 hina sangatkah aku tidak bekerja dan memilih jadi surirumah sahaja?

Perkara nie bukan sekali dua terjadi tapi sepanjang 8 tahun perkahwinanku, aku menghadap soalan yang sama. Yang kecohkan aku tak bekerja hanya keluarga belah suami. Mak dia, mak sedara dia, sepupu sepapat dia.

Mula2 aku buat tak endah jerrr dengan semua soalan tu tapi semakin lama kerap kali dipersoalkan aku jadi rimas dan muncul rasa nak memberontak. Kenapa mereka tak faham? Aku tak pernah minta tolong walau sesen pun daripada mereka.

Suami aku pun tak pernah minta tolong. Kenapa mereka kisahkan sangat hal aku yang tak bekerja ni?? aku bukannye duduk goyang kaki sahaja kat rumah. Aku buat segala kerja rumah dan jadi pendidik pada anak2 aku. Aku sedih sangat.

Dan seperkara lagi, aku baru menerima 2 org biras baru semasa dlm tempoh pkp haritu. Abg2 ipar aku berkahwin. Semua biras aku muda drpda aku dan mereka ada kerjaya mereka sendiri (umur aku 27thn). Aku tak cemburu tentang itu.

Aku tumpang gembira utk mereka.
Masalahnya yang aku sedih tadi mak mentua aku kata nak bagi pinggan mangkuk lama dia pada aku sebab katanya dia nak beli yg baru. Jd yg lama tu bagi pd aku. Ye aku bersyukur dan sangat berterima kasih.

Aku sempat suarakan pada mak untuk bahagi sama rata pada aku dan biras2 yg lain. Tapi mak mentua aku dengan selamba kata “takpe diorang boleh beli lain, diorang ada keje sendiri ada duit sendiri”.

Jujur hati aku rasa terhiris dengan ayat tu. Adakah selama nie mak bagi aku barang2 sebab dia rasa aku tak mampu beli? Aku dan suami bukan tak mampu beli cuma aku ada perancangan aku sendiri.

Selepas rumah kami siap direnovasi barulah aku bercadang untuk beli perabot dan barangan lain. Buat sementara nie kami pakai apa yang ada dan menyimpan duit untuk renovasi rumah.

Aku jenis tak suka berhutang. Bagi aku takpe biar lambat yang penting akhirnya aku akan dapat capai matlamat aku. Pelan-pelan kayuh kata orang.

Sekarang ni aku nak minta pendapat korang adakah aku yg terlalu over sensitif ataupun sememangnya mak mentua aku bersikap prejudis pada aku?
Tq admin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version