Assalamualaikum admin. Saya dengan suami tiada masalah. Kami okey saja. Yang tak okeynya Mak mentua dengan dua adik ipar perempuan. Dahulu kami duduk dirumah Mentua. Awal-awal Mak mentua cakap,”Kalau tak rajin jangan jadi menantu dalam keluarga nie.” Mulanya saya just okey kan sajalah.
Kita rajinkanlah diri kita nie. Lagipun kita duduk menumpang kan. Tapinya, bab kerja mereka sangat berkira. Kalau boleh semua kerja saya buat. Minta tolong potong bawang pun kena jeling. Adik ipar perempuan yang saya gelar N nie lagilah. Setiap apa yang saya masak, macam-macam komplen. Siap cakap keturunan dia tak masak macam nie. Sambal telur pun dia kata pelik. Entahlah.
Mak mentua saya pulak, kalau bercerita dengan orang selalu cakap saya tak reti memasak. Tak kena selera. Pernah tanya pada Mak mentua nak makan apa. Tapi dijawabnya, “Masaklah apa yang ada.” Tapi cerita kat orang macam tue.Bila tak masak, cakap saya pemalas pulak. Saya nie serba salah. Cerita juga pada suami. Tapi suami pun tak boleh buat apa.
Lagi satu, kalau nak kemana-mana tak Mak mentua, dua adik ipar tue mesti nak ikut. Sampaikan family day keluarga saya pun diorang nak ikut. Tapi suami ada cakap yg ini keluarga saya, bukan keluarga kita. Terus Mak mentua jerit,”Dasar anak derh4k4 kau!” Sampai macam tue sekali.
Lepas itu pulak, Mak dengan Ayah saya sponsor kami ke Langkawi. Kami naik flight. Sibuk dua adik ipar nie nak ikut. Suami tanya siapa nak bayar tiket kapal terbang?Ini pun Mak dengan bapak mentua aku sponsor.
Sibuk nak ikut. Bila suami cakap macam tue, tetiba adik ipar perempuan kedua Si F nie menangis. Dan2 buat drama cakap, “Abang L sebelum kahwin tak macam nie. Kenapa sekarang macam nie? Mentang-mentang dah berbini. Ikut bini jer.” Sambil mata dia jeling kat saya. Suami buat tak layan jer.
Masalahnya Lepas 3 hari 2 malam kat Langkawi,kami pun pulang. Suami dapat panggilan dari Ibu saudara(adik mak mentua). Dia cakap Mak mentua nangis-nangis mengadu cakap saya tak bagi dia ikut berjalan-jalan.
Saya dengan suami hanya mampu mengucap panjang. Bukan kami nie tak bagi tapi percutian kami ini pun Mak Ayah saya yang sponsor. Yang si N pulak cerita saya habiskan duit Abangnya. Saja nak kikis duit Abangnya.
Setelah 3 tahun duduk di rumah mentua, akhirnya rezeki kami duduk rumah sendiri. Kebetulan,Ayah saya hadiahkan sebuah rumah sebagai hadiah perkahwinan kami. Semua kelengkapan rumah Mak dan Ayah saya yang belikan.
Bila suami cakap nak pindah,Si F cakap,”Tak payahlah pindah. Membazir duit jer. Habis duit Abang aku.”Kemudian suami saya cakap,”Aku tak keluar sesen pun. Rumah dan semua barang kelengkapan rumah Mak Ayah mentua aku yang bagi. Satu sen duit aku pun tak keluar..”Memasing melongo dengar suami saya cakap gitu.
Pindahlah kami berdua. Sejak pindah,tenang sikit hidup. Yelah,bila nak memasak takde mata memerhati or komplen tak puas hati. Nak berehat pun tenang. Kalau tidak,faham sendirilah. Satu hari,Si F nie datang then cakap dengan suami saya nak duduk rumah kami. Dia cakap,”Nie kan rumah Abang L.
Takkan tak boleh..”Sambil tue menjeling saya.Terus suami cakap,”Aku takde hak sebab rumah nie atas nama Kak Z. Bukan nama aku.Kan nie hadiah Mak Ayah Kak Z.”Terus berubah muka si F. Then terus sahaja nak balik. Yang Mak mentua siap called saya,”Kalau orang tanya rumah tue rumah siapa,janganlah cakap tue rumah kau ya..”Terus saya cakap,”Eh,takkan saya nak tipu.
Tak jujur pulak..”Terus letak telefon Mak mentua. Mungkin takut dan malu orang mengata anak lelakinya tak mampu beli rumah. Tapi aku anggap ianya rezeki. Rezeki kami berdua.
Bila dah lama-lama,mereka dah slow sikit.Dah takde macam dulu. Sudah mula berubah. Berkat kesabaran dan doa kami. Alhamdulillah. Begitulah adat berumahtangga.Tak suami,keluarga mentua yang banyak hal. Macam-macam kerenah…