Masalahnya sekarang sejak saya berkahwin dengan suami dan apabila suami update status si Ex tersebut kan button like love

Assalamualaikum admin, mohon hide profile saya ya. Maaf jika kisah saya panjang. Tetapi perlu saya luahkan untuk dapat pendapat dari warga KRT.

Saya dengan suami dah berkahwin sejak 4 tahun lepas saya isteri ke2 selepas isteri pertama mohon cerai. Sekarang saya agak pelik dengan seseorang iaitu EX suami saya.

Tak tahu lah ex yg macam mana yg jenis tak boleh move on walhal dah berkahwin dan mempunyai anak. Si Ex dah berkahwin lain dan mempunyai 3 org anak bersama suami.

Masalahnya sekarang sejak saya berkahwin dengan suami dan apabila suami update status si Ex tersebut kan button like love. Saya sentiasa perhati je.. Bila beliau tidak dpt perhatian suami saya, beliau mengambil perhatian keluarga mertua saya.

datang rumah beraya itu tiada apa² masalah bagi saya… Tetapi siap update gambar dengan mertua saya..konon nak tunjuk dgn saya yg dia rapat dgn mertua saya.

Saya agak pelik kenapa ketika suami saya dgn isteri pertamanya, Si Ex tidak pernah update apa2 pasal mertua saya. Adakah Si Ex tidak move utk kebahagiaan org lain??

Sampai sini sahaja penulisan saya, maaf mengambil masa para pembaca di KRT. Jika kalian punya pendapat, lontarkanlah. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk terus hidup dan beribadah kepadaNya. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top