Assalamualaikum min. Tolong hide kan akaun fb saya yer min. Minta maaf yer sebab agak panjang tulisan saya ni. Saya peminat setia group ni tapi sekadar membaca, jarang hantar komen. Saya dapati ramai wanita dalam ni yang amat membenci poligami dan sering mengutuk luahan hati isteri no 2. Isteri no 2 sering di tuduh perampas, sehingga segala kesedihan yg mereka kongsikan dibalas dengan komen2 seperti padan muka, rasa lah sbb nak sangat kawin dgn suami org, baru kau tahu macamana rasa isteri pertama, dah ini jalan yang ko cari jadi hadap la sampai bila2, dan macam2 lagi.
Saya ambil contoh komen2 anda yang saya rasa masih sedap di dengar, ada yang komen sampai tak ingat dunia. Mengguris hati org yg meminta nasihat & juga ramai lagi yg senasib yg juga terkesan dgn komen anda. Siapa yang pernah mengimpikan utk menjadi isteri no 2 atau 3? Tanyalah kepada mereka yang menjadi isteri ke 2 atau ke 3 tu. Tiada sapa pun. Lumrah manusia kalau diberi pilihan, mesti berkehendakkan yang terbaik dlm segala segi, nak yg cantik, yang kaya, yang baik, dan yang pasti nak hak kita seorang, tiada yang nak berkongsi.
Tapi kita harus sedar yang rezeki ajal maut bukan terletak di tangan kita. Contohnya kalau rezeki terletak di tangan kita, kita nak kerja yg bagus2, bergaji besar & hidup mewah. Tapi kalau guna logik akal, semua orang di dunia ini mahukan sebegitu. Bagaimana pula dgn kerja2 sebagai buruh binaan, wakil penjual, penyapu sampah, pembasuh tandas atau senang cakap kerja2 yg kotor & busuk ni siapa yang nak buat kalau semua mahu kerja yang bagus dan bergaji besar? Sebab itu lah rezeki itu tidak terletak di tangan manusia.
Begitulah juga dengan jodoh. Tak kahwin lah orang-orang yang cacat, hodoh, miskin dsb kalau jodoh itu terletak di tangan manusia. Pemilik hati kita adalah Allah swt. Dia yang hadirkan rasa sayang dan benci dalam hati kita. Berkahwin monogami atau poligami adalah ketentuan Allah. Kalau Dia berkehendak, pasti akan tertunai. Allah kata kun, fayakun. Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Tiada siapa yang dapat menghalang kehendaknya.
Kalau sudah tertulis di loh mahfuz yang sepolan itu adalah jodoh anda, takkan dapat diubah oleh sesiapa pun kecuali dengan kehendakNya. Kita hanya boleh berdoa, dikabulkan atau tidak, juga atas kehendakNya. Kalau sudah di takdirkan untuk menjadi isteri ke2 misalnya, siapa kita untuk mengubah ketentuan Allah? Apa kuasa yang kita ada? Bolehkah kita mengatasi kuasa Allah swt? Ada yang mengatakan itu jodoh yang ‘dicari’, sendiri yang buat keputusan, sendiri yang sanggup bermadu jadi rasakanlah. Sedapnya mulut menghukum orang lain kan. Kalau ada pun yang berjaya menepis jodoh daripada berkahwin dengan suami orang, maka fahami lah bahawa tidak tertulis jodoh anda dengan orang yg berkenaan, sebab itulah masih mampu menepis. Kalau tidak, tidak akan mampu menepisnya kerana kun fayakun.
Setiap orang Allah duga dengan dugaan yang berlainan. Sabar lah dengan apa saja dugaan yang kita hadapi. Semua yang ada dengan kita adalah milik Allah, termasuklah anak & suami. Yang pasti milik kita adalah amal ibadat kita sahaja.
Kepada yang amat membenci isteri ke2 itu, anda patut bersyukur kerana anda tidak Allah pilih untuk menjadi isteri ke2 seorang lelaki. Mungkin anda akan lebih memahami sekiranya anda di tempat mereka tapi tak perlu lah membenci dan mengutuk orang yang Allah pilih dengan dugaan tersebut. Jika tiada yang baik untuk diucapkan, baiklah berdiam.
Saya kesian dengan orang yang ingin meminta pandangan pembaca yang memegang gelaran isteri kedua ni. Seolah segala masalah berpunca dari mereka sendiri hanya kerana berkahwin dgn suami orang. Seolah mereka tiada hak untuk bahagia hanya kerana menjadi isteri kedua. Mesti ada yg tertanya adakah saya isteri kedua? Sebenarnya saya mengenali beberapa orang yg ditakdirkan menjadi isteri kedua. Mereka tak mengidamkan utk berkongsi tapi mereka tak mampu menolak. Mereka juga berakhlak baik, malah ada yg lebih baik daripada isteri pertama. Malah mereka juga bahagia kerana redha dengan ketentuan Allah.
Saya berpendapat, kalau kita tahu tanggungjawap masing2, tahu hak & batas masing2, sebenarnya berpoligami adalah lebih bahagia daripada perkahwinan monogami. Tak hairanlah ada isteri yg sanggup menghadiahkan suami mereka dengan isteri baru.. mengapa? Sbb mereka sudah merasai kemanisan berpoligami.
Saya bukan nak promote hidup berpoligami tapi saya nak pembaca faham yg tiada salahnya menjadi isteri kedua. Sesiapa yg ditakdirkan suami mahu beristeri lagi, mohon Allah jadikan suami kita adil kepada isteri2nya & redha, insyaAllah. Bertahajud & mohon Allah permudahkan apa yg terbaik untuk kita dan jauhkan apa yg memudaratkan. Kerana apa yg kita rasa tak baik utk kita, adakalanya adalah yang terbaik untuk kita dan apa yang kita suka sangat ada kalanya tak baik utk kita. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Jadilah orang yang beriman kepada Allah & mengharapkan redha Allah. Jangan lupa salah satu rukun iman yg wajib kita percaya iaitu percaya kepada qada & qadar Allah. Apa yg Allah takdirkan utk kita adalah yg terbaik utk kita sebenarnya. Semua hadir dengan hikmah yang tersendiri. Segala yg baik datangnya dari Allah, yang tak baik adalah dari diri saya sendiri. Mohon maaf sekiranya ada yg terasa hati.