Assalamualaikum. Semoga semua sihat di bawah lindungan Allah yang maha pencipta. Terima Kasih KRT saya cuma ingin kongsikan kehidupan saya yang sangat tidak baik suatu ketika dahulu, mungkin boleh jadi pengajaran dan tauladan pada kaum suami pada abad ini juga sebagai peringatan bagi isteri-isteri yang sayang pada keluarga mereka.
Dulu saya pernah berkahwin, bekas isteri saya ni sangat manja dan rapat dengan keluarganya hingga kadang-kadang rumah saya tu selalu sahaja kakak atau abang juga ibu dan ayah mertuanya berkunjung.
Abang dan kakak ipar belum berkahwin, isteri saya sangat baik boleh dikatakan perempuan muslimah taat pada ibu bapa dan taat pada suami tapi berbeza dengan adik beradiknya sangat social.
Saya tidak kisah dan terima seadanya kerana ibu bapa mertua juga boleh dikategori kan warak juga.
Setelah hampir 9 bulan berkahwin saya diuji keimanan lelaki saya. Kakak ipar mabuk pulang lewat pagi sementara saya diminta isteri untuk datang tempat kakak ipar berhibur bagi menjemput kakak ipar pulang bila isteri saya dapat panggilan telefon dari kawan-kawan kakaknya dari tempat hiburan.
Hal ini berlarutan dan seperti menjadi rutin pula hari minggu menjadi tugas saya menjemputnya bila mabuk. Banyak kali juga saya bagi nasihat tapi kakak ipar tidak peduli.
Pada satu hari kejadian malang, kakak ipar ajak saya bersukaria walhal saya datang tunggu di luar kebiasaannya untuk jemput dia pulang seperti biasa.
Secara tak langsung entah bagaimana setelah dipujuk rayu tambah hasutan sy4itan, saya terjebak turut serta dengan minuman memabuk kan setelah dirayu dipaksa disuakan disuruh mencuba minum.
Betul saya menyesal kerana disebabkan mabuk saya tak sedar sudah yang saya telah terlanjur dengan kakak ipar. Saya rasa sangat bersalah kerana semakin terjebak bila dirayu dan selalu diugvt kakak ipar akan beritahu adiknya jika tidak turut serta berhibur dan ‘bersama’ tanpa pengetahuan isteri.
Saya cuba untuk lari dari kesulitan dan selua kejahatan ini tapi selalu buntu cara bagaimana. Amat lah sukar untuk saya berterus terang dengan isteri apa lagi untuk minta pendapat nya yang benar-benar percaya dengan saya.
Lalu saya buat keputusan sendiri dalam keadaan terpaksa, genap 20 Febuari 2021 saya ceraikan isteri talak 1 dengan memberitahu bahawa saya ada perempuan lain.
Hakikatnya memang tiada perempuan lain selain isteri, semua angkara kakak ipar saya yang tak sedar diri, penting diri, lupa diri bila mabuk.
Saya sayang kan isteri saya kerana saya tahu sekiranya saya cerita hal sebenar, sudah pasti dia, ibu dan bapa mertua pasti sangat-sangat kecewa kerana saya gagal menjaga keluarga dan sanggup melakukan perkara tidak baik itu pada keluarganya.
Hidup seorang lelaki sejati hancur kerana wanita dengan sekelip mata. Mungkin ini adalah ujian untuk saya lebih mendekatkan diri pada Allah. Pada Allah sahaja lah saya berserah sujud syukur mampu lari dari terjebak tempat sy4itan yang terkutuk lagi hina.
Masih bujang hingga kini, takut untuk berumahtangga lagi tak sanggup hadapi ujian-ujian berat sebegini. Salam sayang buat isteri ku jika kau terbaca walau kau tidak tahu, semoga cinta kita bertaut kembali dengan lain cara lain versi lain keadaan
Abang sayang awak. Ingat lah para suami dan isteri di luar sana, baik kita ni biar lah ada batasannya. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku tetapi jika perkara itu pada awalnya memang kurang baik, perlu lah kita usaha untuk elakkan demi diri dan keluarga kita. Sekian