Assalamualaikum. Saya bercinta dengan suami sebelum kahwin lebih kurang 10 tahun, manakala dalam perkahwinan 5 tahun. Dalam tempoh tersebut kami dikurniakan 2 cahaya mata yang sangat comel yang berusia 5 tahun dan 3 tahun. Saya boleh dikategorikan sebagai wanita yang jelita.
Sebelum berkahwin dengan suami ramai lelaki ingin berkenalan dan menjadikan saya sebagai isteri tetapi disebabkan sangat mencintai suami dan saya teruskan perkahwinan ini walaupun ketika itu beliau tiada kerja tetap.
Saya bekerja sebagai pegawai polis dengan pendapatan lebih kurang RM6200 manakala kini suami seorang kakitangan kerajaan dengan Gred 11 dengan pendapatan lebih kurang RM 2300 sebulan. Saya juga mempunyai rumah di Kuala Lumpur (yang kini kami duduki), kereta sendiri,
segala bil maintenance, bil utilities, pengasuh anak, perabot rumah saya sediakan. Suami hanya beri wang bulanan sebanyak RM 1,000 kepada saya. Walaupun begitu saya sangat bersyukur kerana tidak mengalami masalah kewangan, malahan wang saya sentiasa berlebihan untuk simpanan bulanan.
Kami juga sentiasa bercuti dalam negara dan menginap di hotel-hotel mewah, segala perbelanjaan saya yang keluarkan. Namun begitu saya tidak pernah berkira, mungkin disebabkan saya redha dan ikhlas dengan suami duit saya sentiasa ada.
Segala makan minum saya sediakan, walaupun penat bekerja saya sediakan makanan untuk beliau.
Beliau merupakan seorang suami dan bapa yang sangat peyayang dan bertanggungjawab, tidak pernah memarahi atau memukul kami, suami yang banyak membantu saya menguruskan anak-anak dan mengemas rumah, menantu yang baik, serba serbi baik tentang suami.
Walaupun perkahwinan kami nampak indah namun, saya sangat kecewa kerana mendapati suami mengambil g4nja sebelum kahwin lagi. Bulan lepas saya terdetik untuk memeriksa beg suami agak terkejut menjumpai g4nja. Beliau mengaku telah mengambil g4nja sejak 7 tahun lalu.
Saya perasan mta suami selalu merah, suka dengar muzik sambil tidur, kuat makan, sentiasa ceria, cepat mengelabah, namun tidak pernah terdetik dalam diri terfikir suami mengambil g4nja. Bukan itu sahaja kesalahan beliau, suami juga pernah terk4ntoi mencvri wang dalam akaun bank saya dengan jumlah lebih kurang RM 700 (suami tahu no.
pin kad atm) sering screenshot dan saved gambar wanita sksi diinstagram untuk dikongsikan bersama rakan-rakan di group whtsapps. Saya juga ada mengadu kepada ibu mertua agar menasihati anaknya namun bila saya sem4k hp suami tiada call dan whstapp dari ibu mertua.
Ikutkan hati memang saya nak h4lau suami dari rumah dan membuat laporan kepada majikan beliau untuk mengambil tidakan tatatertib buang kerja atas kesalah positif d4d4h jenis ganja THC.
Saya sangat kecewa saya hilang kepercayaan kepada suami, saya bercadang untuk bercerai dengan beliau.
Suami pun tiap-tiap memohon maaf walaupun saya tak layan, beliau juga menyesal atas perbuatan tersebut dan berjanji untuk tidak mengambil g4nja lagi.
Saya juga tidak bertegur dan bersama suami walaupun satu rumah. Saya kuatir tindakan saya ini akan menyebabkan saya berderhaka kepada suami. Saya mohon pandangan semua adakah tindakan saya tepat untuk bercerai dengan suami kerana telah saya hilang kepercayaan, sayang dan hormat kepada suami. Mohon admin hide detail saya. Terima kasih