Sewaktu bujang aku seorang gadis yang menjaga maruah kerana aku percaya kalau kita baik nanti akan jumpa jodoh yang baik tetapi sangkaanku meleset kerana lelaki yang menjadi suamiku bukan seperti yang aku impikan

Keluar mulut harimau, masuk mulut buaya begitulah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan realiti hidupku yang malang ini. Dari zmn kanak2 hingga dewasa aku tak bahagia seperti kanak2 lain. Aku mnjadi mangsa penderaan mental dan fizikal oleh ayahku sendiri. Ibu mengatakan ayah ada gangguan mental mnyebabkan dia menjadi panas baran dan kaki pukul. Bila tamat persekolahan, aku mndapat keputusan cemerlang dan ingin menyambung pengajian dalam bidang keagamaan namun dihalang oleh ayahku kerana dia tak mampu nak tanggung aku lagi. jadi aku merantau cari kerja dibandar. dari cleaner sampai la sekarang aku brjaya mendapat kerja kerajaan walaupun aku hanya lulusan spm, aku bersyukur.

Sewaktu bujang aku seorg gadis yang pemalu, tak bersocial, menutup aurat, menjaga maruah. Kerana aku percaya kalau kita baik nanti akan jumpa jodoh yang baik sebab impian aku ialah untuk menjadi isteri mithali. aku berusaha mendalami ilmu agama, belajar memasak, dsb. Tetapi sangkaanku meleset. Lelaki yang mnjadi suamiku bukan seperti yang aku impikan. Orang kata bercinta 10 tahun pun belum tentu kita kenal perangai sebenar pasangan kita. inikan pula aku dengn dia yang bercinta tak sampai 6 bulan terus nikah. semasa bercinta semuanya baik2 sahaja yang dipaparkan olehnya. selepas beberapa lama baru terbongkar satu demi satu perangainya yang membuat aku ‘sakit jiwa’.

Suami Kaki perempuan, kaki judi, kaki ketum, kaki lepak, lebih pentingkan kawan dari isteri, sehingga aku rasa diabaikan dan kesunyian. pergi klinik, beli barang dapur, atau kemana sahaja, sering seorang diri. aku ni dah la tak ade kawan dan saudara mara di negeri orang. ada suami pun macam takde..dahla sejarah kecurangan dia dah buat aku cukup sakit jiwa smpai pernah aku cuba untuk b nuh diri. dan sekarang aku sedang menjalani rawatan psikiatri. Tetapi makin lama aku hidup dgn dia, aku jadi makin benci padanya, mungkin krna aku belum memaafkannya. aku jadi pemarah, suka mengamuk, aku dah berubah dari seorg wanita yang berusaha untuk mnjadi isteri mithali, kepada seorg isteri derhaka.

Aku dah tak tahan hidup dengannya aku terlalu bnyak menangis daripada senyum.
Sama seperti hidup dengan keluargaku dulu. Jadi sekarang aku buntu. aku hanya ada anakku yang berusia setahun lebih sebagai sumber kekuatan aku. Aku berniat untuk memohon pertukaran bertugas di kampung halamanku di pantai timur. tapi masalahnya aku masih trauma dan takut jika konflik dengan ayahku berulang kembali. aku tak boleh dduk di kampung lama2 kerana nanti ada sahaja perkara yang ayahku tak puas hati. aku takut aku jadi lagi sakit jiwa jika kembali menetap di kampung halaman. Lagi satu masalah aku, adalah masalah kewangan. aku boleh dikatakan hampir muflis. gaji aku dahla tak seberapa, aku pernah buat pinjaman peribadi sehingga sdh mencapai tahap limit.

Pinjaman tu dulu aku guna untuk tolong suamiku untuk lunaskan hutang dia. bantu dia macam2 (masa tu aku belum tahu perangainya), duit pinjaman aku tu juga bnyak dihabiskan untuk bantu ibu, ayah dan keluarga aku di kg, selebihnya, segala perabot, utiliti, dan perkakas rumah kami semuanya beli guna duit pinjaman aku. Hasilnya sekarang, 0oleh krna pinjaman peribadi telah mencapai limit, aku belum dapat membeli rumah.
Suami aku tu janji nk bayar bulanan pinjaman tu separuh, tapi janji tinggal janji, kerana alasannya dia dah belikan sebiji kereta rm40k untuk kegunaan aku pergi kerja..Boleh ke mcm tu? hutang duit dibayar dgn liabiliti, sedangkan kereta tu bukan aku yang nak.

kalau satu hari nnti kami bercerai katanya,dia nak jual kereta tu, dan nilai wangnya akan dibahagi dua dia dan aku.
Tapi sampai sekarang dia taknak ceraikan aku. Kalau aku berjaya mohon tukar bertugas di kampungku, adakah aku dikira nusyuz? dia sdh pasti takkan balik pantai timur (kami sama2 asal pntai timur) sebab disana gaji murah tak setimpal dengan komitmennya yang tinggi. Aku tak kisah kami pjj. Sebab aku rasa itu sahaja cara aku perlahan2 mengundur diri dari dia dan seterusnya meleraikan ikatan perkahwinan yang tak bahagia ini.. Tapi jika dduk di kg aku bimbang konflik kekeluargaan tercetus kembali. Jadi kemana aku harus membawa diri skrg ni aku buntu. Oh maaf. cerita aku mmg panjang sbb dah lama aku pendam Aku sgt tertekan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top