Betol la apa aku rasa bekas laki aku kene tangkap dengan seorang perempuan dan aku kenal perempuan tu ialah Kakak angkat aku sendiri min.

Salam admin . Aku B , 23 tahun dan ade anak sorang berumur 2 tahun . Aku seorang janda. Aku jadi janda gara2 janda jugak huhuhu. Macam lucu kan. Aku tangkap bekas suami aku dengan perempuan lain kat sebuah rumah . Selama ni aku kumpul bukti min dan kekuatan je. Sebab bagi aku selagi aku tak nampak dengan kepala mata aku sendiri selagi tu aku tak percaya apa orang cakap. Aku sanggup beli henfon baru dan aku ade download satu applikasi ni dimana aku dapat detect mana location henfon tu berada. Aku buat sorok henfon tu dekat dalam kereta bekas laki aku min , aku letak bawah seat die. Aku siap on gps jadi aku boleh tengok kat mana die berada. Bekas laki aku tak tahu min huhu .Aku pinjam kereta kawan aku yang bekas laki aku tak kenal.

Aku pon follow la gps tu , sampai kat sebuah rumah. Aku pusing2 jumpa kereta bekas laki aku min. Masa tu aku terfikir nak telefon jais, aku bagi alamat semua dorang pon sampai tak lama lepas tu . Betol la apa aku rasa bekas laki aku kene tangkap dengan seorang perempuan dan aku kenal perempuan tu ialah Kakak angkat aku sendiri min. Menangis aku min. Aku kenal dia dah cukup lama. Dari sebelum aku kenal bekas laki aku. Selama ni aku cume syak tapi aku tak sangka betol. kakak angkat aku ni janda , umur dia dah 36 . Bekas laki aku sebaya aku je.

Aku follow van dorang kena angkut smpai office dorang . Masa tu aku turun , pegawai tu tanya aku siapa , aku jwab aku isteri mamat tu. Aku mntak izin jumpe dorang. Masa tu bekas laki aku merayu2 , menangis minta aku bagi dia peluang . aku bagi dia dan kakak angkat aku tu penampar min.

kalau ikut hati aku nak terajang kan je dua2 , tapi aku masih pikir panjang. Aku mntak bekas laki aku lepas kan aku secara baik tapi dia taknak . Terpaksa aku fight kat mahkmah tuntut fasakh dan alhamdulillah allah tu permudahkan. Lepas kuar mahkmah bekas laki aku ade datang dengan kak angkat aku tu nak mintak maaf ewah2 berani2 tunjuk muka dekat aku , aku masa tu tak tahu la syai tan apa yang merasuki aku sampai aku bole tampar dan baling barang2 dekat dorang. Aku tersedar sebab aku dengar suara anak aku menangis sebab aku dah macam orang gila menjerit . Dorang larik min . Hati aku ni hancur , setiap kali tengok muke dorang da rah aku mesti naik sampai kepala . Sekarang dia meroyan nak aku kembali , aku dah bwak diri aku dengan anak jauh dari dia . Aku belom bersedia lagi nak jumpa dia . Nak terima memang tak mungkin lah . Memaafkan memang mudah tapi nak lupakan memang tak mungkin.

Sekarang ni kakak angkat aku tu nak bekas laki aku tu bertanggungjawab sebab aku dengar crite die dah mengandung tapi bekas laki aku taknak . Pelikkan bila dah ade peluang taknak pulak kawen , masa ade bini kau dok mengatal dengan orang lain . Bila dah tak ada taknak pulak . Selama ni dorang berlakon depan aku . Pernah kakak angkat aku tu tumpang tido rumah aku sehari , tengah malam tu aku bangun tengok bekas laki aku tak ada . Aku trun bawah tengok dorang duduk rapat2 tengah borak , masa tu la sebernanya aku dah syak pasal dorang . Moral of the story baik mcm mana pon orang dengan kita tak kisah siapa jangan terlalu percaya . dan buat wanita2 yang terasa dicurangi please bertindak bijak agar kita tak diperbo dohkan. Tq semua . doakan aku kuat besarkan ank aku.

4 thoughts on “Betol la apa aku rasa bekas laki aku kene tangkap dengan seorang perempuan dan aku kenal perempuan tu ialah Kakak angkat aku sendiri min.”

  1. It is really a nice and helpful piece of information. I am glad that you shared this helpful info with us. Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.

  2. I have not checked in here for some time because I thought it was getting boring, but the last several posts are great quality so I guess I?¦ll add you back to my everyday bloglist. You deserve it my friend 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version