Saya pelik dan rasa tak percaya. Kenapa setelah bertahun tahun kami mengenal hati budi, ibu bapa dia tak nak berterus terang langsung tentang hal penting ni.

Assalamualaikum admin. Saya dan isteri dah lama kenal, sejak zaman sekolah lagi. Kami kini dah berkahwin hampir setahun. Saya ingat saya dah memang betul betul kenal isteri dan keluarga dia. Tapi hakikatnya saya ditipu. Dua minggu sebelum kami bernikah, pejabat agama hubungi saya dan isteri atas sebab yang saya memang tak duga: isteri saya sebenarnya berstatus anak tak sah taraf.

Saya pelik dan rasa tak percaya. Kenapa setelah bertahun tahun kami mengenal hati budi, ibu bapa dia tak nak berterus terang langsung tentang hal penting ni. Dan lebih pelik, nama isteri saya ni berbintikan nama ayahnya, bukan nama Abdullah atau 99 nama Allah. Hakim memberi pilihan pada saya sama ada nak teruskan juga dengan pernikahan ini atau tarik diri. Tapi atas dasar cinta, saya teruskan juga walaupun terpaksa bernikah di pejabat agama, berwalikan wali hakim.

Orang kampung tertanya kenapa tak bernikah di rumah, dan mereka coverline cakap macam macam sedangkan merekalah punca semua ni. Sakitnya hati saya selama ni ditipu. Tapi macam yg saya katakan, disebabkan cinta saya teruskan juga. Masalah saya sekarang, adakah saya patut bawa isteri untuk tukarkan nama binti kepada Abdullah atau 99 nama Allah? Apa hukumnya kalau dibiarkan saja dia dengan nama sekarang? Tq admin.

5 thoughts on “Saya pelik dan rasa tak percaya. Kenapa setelah bertahun tahun kami mengenal hati budi, ibu bapa dia tak nak berterus terang langsung tentang hal penting ni.”

  1. Thanx for the effort, keep up the good work Great work, I am going to start a small Blog Engine course work using your site I hope you enjoy blogging with the popular BlogEngine.net.Thethoughts you express are really awesome. Hope you will right some more posts.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version