Penah sekali dia mak dia call suruh balik kg tapi duit takde tapi sanggup min dia paksa aku jual gelang hantaran dulu dia bagi

Assalam, min tolong hide kan fb aku. Salah ke aku mintak cerai, Dah bertahun2 aku sabar, makan hati, mengalah dengan suami aku. Rasa perit min, aku teringin hidup macam orang lain. Bahagia. bole kesana sini, nak buat apa pun senang takde halangan. Aku tak mintak pun suami aku banyak duit, belikan aku macam2, cukup lah ade waktu aku perlukan dia. Layan aku baik2 dah cukup . Dulu , mak aku selalu pesan cari laki yang boleh jaga mak pak dia nanti bila aku sakit ke apa dengan harapan dia bole lah jaga aku. Tapi tu semua tipu min memang lah bole jaga makpak dia , time istri dia dia abaikan.

Suamiku hanya lebihkan kelurga dia . Aku dah penat , letih berebut kasih sayang . Aku rela min undur diri . Aku selalu dok pk ulang2 bila aku lepaskan satu bebanan , hidup aku pasti lebih bahagia .
Rutin harian dia pergi kerja. balik kerja terus blik kg. ade masa siket , Ade duit skit , hari cuti ulang benda yang sama , blik kg . Tiada masa untuk aku dengan anak2 . raya2 ni orang lain elok2 bole je p beraya kesana kesini . Aku teperap je kat rumah . hari2 lain aku nak p ke mall 2-3bulan sekali pun susah . Ya , bole je nak jaga orang tua , berpada2 lah anak yang lain pun ade juga . ramai . bukan suami ku sorang .

ni tak , siket2 nak suami aku pergi buat . kalau ade duit lebih kami balik lah . ni hari2 suruh balik , mcam dah takde orang lain . Gaji suami aku bukan besar min , cukup2 mkan . hari2 balik pun nak pakai duit . kadang belum sampai gaji duit dah takde. Penah sekali dia mak dia call suruh balik kg tapi duit takde tapi sanggup min dia paksa aku jual gelang hantaran dulu dia bagi . aku pergi gadai dengan nangis min . Padahal orang tua dia tak sakit pun min . sampai hati kan anak beranak tu buat aku camtu . aku pendam je sampi ke harini .

pada aku ade duit nak balik balik lah , takde duit diam2 duduk rumah . dia tak sanggup je begolok bergadai semata nak puaskan hati orang lain . kadang aku tak paham min , hidup aku ni tak macam orang lain . nak buat apa pun susah . takdapat. aku dah penat min jaga hati aku sendri , orang lain tak paham . dan tak akan pernah paham .dia bab jaga kebajikan makpak diaserba serbi ckup , tiada cacat cela . tapi bab tanggunjawap kat aku out . kadang aku tak paham dengan orang camni . Bila anak aku sakit mintak hantar pergi klinik cakap tak duit nak isi minyak , kalau pergi pun bising2 . mulut tak henti2 memaki . kalau makpak dia laj je dia pergi.

kalau aku sakit atau anak aku sakit mulut takhenti2 bising macam aku menyusahkan , membebanakan , membawa malang kat dia. aku memang tak de hati nak jaga makpak dia .bila kita layan orang baik2 , orang lain pun layan kta baik2 tu je aku nak cakap . sebab dia sendiri pun takpenah cakap baik2 dengan aku . layan aku elok2 , dulu masa aku sakit semua orang takde layan aku elok2 . semua buat macam sampah . hari2 maki hamun aku mcam aku tak punya perasaan . ya aku ingat lagi aku mintak dia teman ketika aku sedang duji aku sakit teruk . hanya mampu berbaring , aku mintak dia teman aku . dia cakap , nanti lah kalau engkau nak mampus baru aku teman (tunggu) .

tergamam aku tanpa setitik pun air mata jatuh .sebab ni first time aku kena transfer hospital jauh dari famly aku . hanya dengan satu perkataan mampu buat aku bangkit ke harini . Aku tak mintak dia memilih antara kelurga dia dengan aku . biar lah aku undur diri . sebab aku tahu dia tak mampu belaku adil . sebenarnya banyak lagi nak aku luahkan kat sini , tapi tak apa lah semoga allah bersama orang2 terinaya cam aku .
doakan aku di murahkan rezeki . di beri kesihatan yang baik utuk membesarkan kan anak2 ku. Aku percaya semgkin besar ujian buat aku , semangkin allah sayang
sekian assalmulaikum.

7 thoughts on “Penah sekali dia mak dia call suruh balik kg tapi duit takde tapi sanggup min dia paksa aku jual gelang hantaran dulu dia bagi”

  1. Awesome blog! Do you have any tips and hints for aspiring writers? I’m planning to start my own blog soon but I’m a little lost on everything. Would you advise starting with a free platform like WordPress or go for a paid option? There are so many options out there that I’m totally overwhelmed .. Any ideas? Many thanks!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version