Alhamdulillah sepanjang 14 tahun perkahwinan kami, suami tak pernah lupa sebab dia kahwin dengan saya dia jaga saya dengan baik.

WAJARKAH BERPISAH DISEBABKAN KELUARGA MERTUA. Assalamualaikum semua warga KRT. Saya ingin berkongsi tentang kehidupan rumahtangga saya.. Bukan la niat untuk membuka AIB keluarga atau memalukan diri sendiri, sekadar meluahkan. Saya kehilangan mak ayah ketika usia masih muda dan hidup sebatang kara sebagai yatim piatu.. Masa tu saya sudah berkawan dengan suami..
Lepas kematian arwah mak, suami menyatakan hasrat dia untuk berkahwin dengan saya sebab dia nak jaga saya..

Saya terima lamaran dia ketika tu disebabkan saya takut dan tak ada tempat untuk bergantung hidup.. Di usia semuda itu, sepatutnya saya masih dibangku sekolah dan hanya memikirkan kerja sekolah.. Tapi percaturan hidup saya Allah dah tentukan begini. Alhamdulillah sepanjang 14 tahun perkahwinan kami, suami tak pernah lupa sebab dia kahwin dengan saya dia jaga saya dengan baik.. Tanggungjawab dia laksanakan begitu sempurna.. Senang cakap semua PERFECT..

Tapi ujian datang dalam pelbagai cara kan.. Saya di uji dengan penerimaan keluarga mertua terhadap saya. Ye, saya bukan la menantu pilihan.. Saya sedar diri, saya masuk kedalam keluarga mereka tanpa di alu-alukan seperti biras2 yang lain. Saya jugak bukan la dari keluarga yang baik2. Mungkin disebabkan itu layanan terhadap saya juga sangat la berbeza.. Bukan salah mereka andai mereka tak dapat menerima saya..
Ini takdir hidup saya, saya kena belajar untuk redha..

Saya hadap semua kata2 dan penghinaan mereka terhadap saya.. Tak pernah sekali pun saya menjawab atau membalas apa yang mereka kata pada saya.. Saya hormat mereka lebih dari hormat saya pada suami.. Apa yang saya terasa saya hanya mendiamkan diri dan tersenyum seolah2 saya tak ada perasaan.. Tanpa saya sedar, perasaan saya dah M4TI!!
Setiap kata2 penghinaan, kutukan dan perbuatan mereka terhadap saya dan anak2, seolah2 terus bermain difikiran saya..

Hati ni terasa perit sangat dan dada ni terasa terlalu sebak.. Saya sendiri tak tahu kenapa baru sekarang saya terasa dengan semua ni sedangkn dulu saya boleh ok je.. Saya masih ingat lagi ayat penghinaan yang ditujukan pada saya “SEDAR SIKIT DIRI KAU TU CUMA KUCING JALANAN, JANGAN NAK TUNJUK BAIK”
ALLAHU. Saya tahu salah saya masuk dalam keluarga ni tanpa di undang. Saya ingin perbetulkanya semula. Saya dah luahkan segalanya pada suami dan minta dia lepaskan saya secara baik tapi dia enggan.. Dia cakap pada saya kenapa nak hancurkan kebahagian kita disebabkan orang lain?

Selagi saya bersama dia selagi tu perkara ni tak akan berakhir. Suami bersumpah atas nama anak2 kami andainya saya tinggalkan dia sebab mereka, meraka semua bukan lagi ahli keluarga dia..
Saya nak undur diri dari keluarga dia bukan nak dia tinggalkan keluarga sebab saya. Mungkin saya ni seorang yang tak tahu bersayaukur kan ataupn terlalu memikirkan tentang orang.. Sebenarnya saya terlalu sayangkn mereka semua.. Saya hanya ingin menumpang kasih sayang.. Tapi sekarang saya dah tak mampu untuk hadap semua tu lagi. Saya tahu saya berdosa pada suami. Saya sendiri pun terluka dengan apa yang terjadi.. Doakan semoga saya tabah hadapi semua ni dan dapat selesaikan semuanya tanpa menyakiti sesiapa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version