Salam semua, saya nak minta pendapat korang, apa yang perlu saya buat jika suami saya selalu chat perempuan di media social dan bermanja manja. saya dapat tahu yang dia bergaul dengan kawan sekerja nya juga tiada batasan.
Ceritanya berapa hari lepas adik perempuan saya beritahu kalau suami mengajak dia menjalinkan hubungan tanpa pengatahuan saya, perkara ni slalu terjadi pada saya, smpai saya rasa tawar hati. dah berapa kali dia mintak maaf untuk bnda yang sama.
Saya dibuang keluarga kerana memilih suami dan sekarang saya tak tau nak mengadu pada siapa. bila saya tnya kenapa dia buat mcm tu pada saya, katanya dia saja sakit kan hati saya, sebelum niy dia buat mcm tu pada org lain saya masih lagi bertahan.
tapi sekarang dia buat mcm tu pada adik saya sndiri, saya nekad untuk tinggal kan dia, saya ajak dia ke perjabat agama tapi dia tak nak cerai kan saya, saya tak tau apa yang dia nak kan daripada saya sebenarnya.
Sekarang memang saya masih tak boleh terima apa yg dia buat pada adik saya dan sentiasa bermain main di minda saya. saya dan dia mempunyai anak seorang berusia 1tahun 6bulan.
anak saya memang sayang pada bapa nya. saya risau kalau kami berpisah anak saya akan sakit. anak saya terlalu kecik untuk faham semua ni.
Adakah sbb saya berkerja dan dia mengambil kesempatan untuk berhubungan dengan orang lain , saya berkerja sebab saya tak nak kami hidup susah , dan saya sentiasa bantu dia bayar semua bil , apa yang dia bayar semua saya akan bayar separuh ,
maksud nya saya buat ini untuk meringan kan beban nya , tapi lain pulak yang jadi , sekarang dia malas kerja , dan slalu tak pergi kerja , sampai saya cakap kat dia kenapa saya pulak yang kene kerja dan awa duduk rumah ,
Tanggungjawab siapa sebenarnya ni , apabila saya cakap dengan dia , dia slalu tak amik kesah , dia anggap semua ni mcm tak serius je , sepajang perkahwinan saya dan dia , tak pernah pun dia bagy saya duit belanja ,
duit gaji dia hanya cukup untuk bayar bil dan belanja diri dia je , mak ayah dia pun dia susah nak bagy duit .. apa perlu saya buat.