Ceritanya semalam saya minta dengan dia rm50 untuk isi minyak tapi masalahnya dia punya tarik muka dengan saya seolah saya susahkan dia

salam. minta tolong hide profie ya..
saya sekadar nak minta nasihat untuk diri sendiri sahaja.. umur saya 27tahun mempunyai seorang isteri dan seorang anak isteri saya berkeja gaji rm1700. dan saya berniaga online.

keuntungan bersih saya stiap bulan 2-3k. besar dari isteri saya. tapi saya tak tahu kenapa.dia pandang saya sebagai suami yang belum mampu . dia tak la jenis boros.

dia berjimat juga la tapi dia rasa macam saya ni tak boleh nak beri apa2. macam mana saya nak menyimpan kalau duit saya setiap hari beli barang keperluan, mana lagi nak kirim dengan mak. contoh pg mana2 saya bayar.

pumpes anak saya bayar. bil minyak motor kereta saya bayar. bil api air dan rumah saya bayar. bil teliphone dia pun saya bayar. pendek kata segalanya saya yang bayar. tapi dia ada juga la belanja.

itu saya tak kisah sebab saya sendiri yang cakap semua biar duit saya ja guna. gaji dia simpan. Ceritanya semalam saya minta dengan dia rm50 untuk isi minyak tapi masalahnya dia punya tarik muka dengan saya seolah saya ni susahkan dia.

saya minta rm50 pun bukan saya tak nak bayar balik. dia setiap hari tanya saya hari ni tak ada customer ke. seolah2 kerja saya ni tak ada masa depan. dia cakap sampai bila saya nak buat kerja jual online..

saya malu dengan dia bila dia cakap macam tu. padahal saya kerja ni income sale saya 5-6k sebulan dan untung bersih 3k kadang lebih. . memang la kadang sehari dua tu tak ada customer tapi bila tutup buku buat kira2 untung saya Allhamdullilah.

dan banyak benda boleh jimat. contohnya anak saya jaga tanpa perlu upah dekat orang. pergi kerja balik kerja dia saya ambik.

saya cuma nak minta orang berikan saya nasihat untuk saya pun tak tau bagaimana saya nak pimpin isteri saya lebih menhormati saya sebagai seorang suami?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version