Dalam pada Masa tu Ada seorang lelaki muncul dalam hidup saya dan dia seorang yang sangat baik alim dan dia juga tahu saya isteri orang.

ASalam warga krt. tolong hide nama fb sebab ni member punya fb. saya mahu minta pendapat sama warga krt tentang masalah dalam rumahtngga saya.. saya telah bernikah dengan suami saya sejak tahun 2012..

masa saya baru kenal dia, dia seorang penagih Dan kaki minum. tapi lama kelamaan kami bercinta. Masa baru bernikah dia berjanji akan berubah Dan tidak akan melakukan pekara-pekara begitu lagi.

Tapi itu cuma kata-kata manis Masa baru bernikah. kini kami sudah mempunyai Dua cahaya mata. saya Dan dia berkerja berkerja sama-sama di sebuah company swasta.

sebelum ini segala perbelanjaan dia yg uruskan jadi saya tidak pun terfikir bukan-bukan tapi Makin lama Makin menjadi-jadi Gaya dia lagi balik… dia balik lagi menagih, hutang sini Sana, kuat minum.

Saya sudah beri dia nasihat banyak Kali tapi smpai kering air liur bercakap pun dia tidak peduli. sekarang dia tidak pernah bagi anak duit belanja Dan duit belanja makan.

sekarang saya sendiri menanggung perbelanjaan anak dan belanja Rumah. Makin lama Makin teruk perangai dia dan tidak boleh dikawal. saya berasa tawar hati.

Sejak itu saya tidak pernah menegur perbuatan dia. saya sudah lali hingga sekarang. saya bosan dengan perangai dia tapi saya kesian Dan berharap dia berubah tapi setelah di fikir Kan balik, saya sudah putus asa.

Dalam pada Masa tu Ada seorang lelaki muncul dalam hidup saya dan dia seorang yang sangat baik alim dan dia juga tahu saya isteri orang.

kami Mula berchat di whatsapp Dan lama kelamaan kami Mula rapat. perhubungan ini Makin kuat Dan saya rasa disayangi. Hingga kami sudah terlanjur berkali2.

lelaki itu berani mahu berjumpa dengan keluarga saya utk menyatakan tentang kami. dia serius dengan hubungan kami tapi saya masih bersama suami saya.

Apa pandangan warga krt tentang masalah saya ini? Adakah saya perlu tetap bertahan atau berundur diri..? sebab saya sudah tawar hati dengan suami.

tolong beri saya pendapat apa yang perlu saya buat. Jangan kecam saya. saya hanya manusia biasa yang hanya ingin bahagia tapi adakah saya patut bertahan dengan dia?terima kasih krt..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version