Dia balik je terus makan rehat, aku ni kene urut dia hingga tengah malam sampai aku tak cukup rehat langsung dan kadang semasa aku tidur dia selalu sangat pukul kepala dan tumbuk badan aku.

aku tak tahu kenapa suami aku layan aku kejam sangat . selalu buat aku penat , penat badan & penat fizikal . dan aku tak tahu kenapa dia layan aku kejam sangat , dia layan macam aku pla cur & orang gaji dalam rumah ni . dia sikit pun tak pernah bagi aku kasih sayang . aku sikit pun tak pernah rasa kasih sayang dari dia , apa yang aku nak apa yang aku teringin makan dia tak pernha hiraukan.

Bawak aku keluar ? 3 tahun kawin dia tak pernah bawak aku keluar bejalan . nafkah sebulan 50 ataupun 100 je dia bagi . dengan duit tu jugak lah aku beli barang dapur . duit untuk keperluan aku ? tak pernah nak bagi. Aku tak pernah pun nak susahkan dia, mintak duit dia atau aku merungut sebab dia tak bagi apa aku teringin & bawak aku keluar. aku tak pernah nak marah dia bagi aku nafkah sikit. aku tak pernah mintak apa apa dekat dia, sebab aku fikir takut dia takde duit nanti.

Aku tak kisah langsung makan nasik dgn kicap pun. tapi dia, kadang lauk tak banyak dia marah akuu, teruskan teraburkan makanan . salah aku kee semua ni? aku nak masak lelebih lauk dia tak beli. kadang aku ni penat sangat sangat, balik keje terus mengemas rumah masak. Dia balik je terus makan rehat, aku ni kene urut dia sampai tengah malam sampai aku tak cukup rehat langsung dan kadang aku tidur dia selalu sangat pukul kepala dan tumbuk badan aku . dia curang dengan aku ? sampai angkut perempuan.

Sampai sekarang dia sorok password phone dari aku . bukan aku tak tahu dia meseg banyak perempuan . kadang siap vc lagi . kadang dia tumbuk aku banyak kali , kadang dia tetiba marah aku tanpa sebab . bila aku nangis lagi dia pukul dan dia tak pernah sekali pun mintak maaf dekat aku . dan sekali pun tak pernah pujuk aku . dan dia selalu sangat hina aku , selalu sangat ingatkan aku pasal ex dia tuu.

Dia selalu cerita macam mana dia buat bende tak elok tu dengan ex dia. setiap hari & setiap masa. dan aku ni susah nak jumpa family aku sebab dia tak bagi aku tidur rumah ibu aku. aku tak tahu la semua ni salah aku ke. aku tak penah pun abaikan tanggungjawab rumah walau aku sakit hati, penat. aku buat a-z dalam rumah ni. kadang aku teringin sangat nak rasa kasih sayang dari seorang lelaki, yang boleh jaga aku, bimbing aku. tapi laki aku tak penah nak jaga aku, lagi dia sakitkan aku ada lahh. dia biarkan jee aku ni.

Aku ni tak tahu kenapa bila dia ada aku rasa takut sangat walau dalam rumah sendiri , aku rasa tak tenang. kalau dia pukul aku tu takde bekas pun , dan aku sebenarnya penat sangat dengan diri aku, aku rasa aku nak keluar dari semua ni. tapi aku tak ada bukti apa apa untuk aku becerai. and laki aku ni memang takkan nak jejak dekat mahkamah pun. aku kadang menangis pun diam diam aku tahan taknak bagi dengar suara pun sebab aku takut.

Aku taktahu nak buat apa . tapi aku penat sangat ya allah . aku taktahu apa kebaikan laki aku untuk aku fikir baik baik tentang dia . ” dia suka marah aku , pukul aku , pukul kalau dia nak sesuatu pastu aku tak ikut , campak makanan , tak besembang dengan aku , tak jaga aku , tak penah mengalah dengan aku , selalu buat aku terasa sakit sangat.

Aku jujur , aku tak tahu macam mana nak hormat dia balik , aku taktahu kenapa aku tawar hati nak hormat dan cakap baik baik dengan dia . sebab setiap kali dia ada , aku rasa sakit sangat hati and aku tak boleh nak cakap baik baik dengan dia , dia tengking aku kadang aku pandai menjawab senjak dia suka sangat seksa fizikal mental aku ni . aku dah cuba nak hormat tapi aku susah sangat.

Bila aku diam dia akan selalu cakap pasal perempuan lain dekat aku . sebab tu semua aku jadi macam ni . tolong aku aku penat sangat , aku nak bebass ya allah dari lelaki ni . tapi aku tak tahu sebab aku tak ada bukti nak bawak ke mahkamah . yelahh nak urusakn bukan senangg . makan tahun lagi kalau laki aku taknak lepas . apatah lagi takdee bukti . sebab tu laa aku menangiss kadangg sebab aku penat sangat . macam mana aku nak keluar dari kesakitan ni .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version