hide profile ku min just wanna share.
Kisahnya aku bercinta dengan officemate aku tapi gaji aku kecil dan dia pula sudah berumah tangga dalam proses cerai. Sekarang aku resign dan tak ade keje lagi.
tugas aku hantar anak sekolah, ambik anak. wife aku keje gov gred 41, dia tak hormat aku langsung min.. tapi dia baik dengan mak aku. Hadiahkan mak aku macam2,
mesra dengan mak aku siap tidur sekatil kalau kami balik kampung. dia seorang ibu yang baik kepada anak2 tapi bukan isteri yang baik..
Aku tak boleh nak belikan barang mahal2 macam kawan2 dia dan wife aku ni, kalau ikut rujukan aku dengan 2/3 org ustaz… dah dikira nusyuz. Dia dah failkan cerai dan aku nak ceraikan dia dari 5 bulan lepas..
walaupun aku tak rela kerana aku sayang dia sebab kami dan berbelas tahun bersama cahaya mata pun dag 3 orang…
Berbalik pada officemate aku dia baik sangat min walau aku ni menganggur dia support aku kalau aku tak ade duit dia bantu aku terlalu banyak min dia tolong aku sampai tak terbalas budi dia..
Aku plan nak kawin dengan dia tahun depan dan sekarang Alhamdulillah. aku dah ada kerja yang baik.. mengajar di kolej swasta je la.. plan nak kawin dengan oficemate aku dipercepatkan..
tapi tiba2 wife aku meroy4an min katanya dia sayang aku. Dia menyesal dengan sikap dia.. dia tak boleh hidup sorang. dia sangat perlukan aku. kalau tanya aku sayang ke tak tak wife aku.
memang aku sayang sangat kat dia min, belas tahun hidup bersama dan aku buat keputusan untuk berbaik balik.. dan tiggalkan officemate aku ni. Tapi aku sangat sayangkan dia juga.
Dia asyik tanya bila kes cerai aku selesai, tapi dalam masa yang sama, aku dah ubah fikiran taknak bercerai. Aku nak kedua2 mereka jadi isteri aku. Isteri aku tak tahu lagi kalau aku kenal orang lain. Tolong aku macam mana nak mulakan..