Kisahnya macam ni bangun tidur konon2 semangat la aku nak masak sarapan buat bekal laki aku siap dah set bnda2 positif

Salam min. Tolong hide profile aku. Nak bg tau ni. Td aku bgun jam 5 pagi. Susukan anak sampai jam 5.30.
Kisahnya macam ni bangun tidur konon2 semangat la aku nak masak sarapan buat bekal laki aku siap dah set bnda2 positif da nak buat rutin harian suri rumah yg hari2 aku buat isnin sampai ahad.

Lpas solat ngaji suma aku start masak. Aku masak mee goreng. Dah siap masak, aku masuk dlm bekas tipuware. Laki aku makan sarapan mee goreng dia ckp dia jemu. Semalam mee bandung ,hari ni mee goreng. Aku dengar macam tu dari semangat aku tinggi terus kosong terus tk de semangat.

Masalahnya sedih bawak sampailah sekarang mee tu tak boleh simpan lama sebab dah nak expired So aku masak la bagi perabih tak nak membazir . Bekal mee goreng tu pn dia tak bawak ke tempat kerja dia. Tak pe la, dia kat luar ada pilihan nak makan macam2, aku ni yg aku masak tu la aku makan. Bosan ke tak aku tolak tepi.

Skrg sambung balik rutin harian aku cam biasa. Baru lpas mandikan anak. Ksian anak aku umur 3 tahun ajak main tp aku buat layan tk layan je. Sori nak, sedih ibu tak hilang2 lg. Semangat masa ibu start enjin pagi2 dah hilang. Buat kerja pn rasa kosong. Jarang aku dgar ucapan terima kasih dari sang suami.

Ucapan i love u apatah lg. Ulang tahun kahwin dia tido awal hahahah. Aku letgo kan je bnda tu. Tk pe. Buat je keje macam biasa. Dah biasa dah. Tk mengarap lebih2 sangat. Sori korang, dengar luahan bnda remeh temeh ni. Kawan takde, mak bapak jauh Mana tau lpas meluahkan ade rase segar sikit nk buat kerja.

2 thoughts on “Kisahnya macam ni bangun tidur konon2 semangat la aku nak masak sarapan buat bekal laki aku siap dah set bnda2 positif”

  1. Good day! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I’m trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I’m not
    seeing very good gains. If you know of any please share.
    Appreciate it! I saw similar article here: Backlinks List

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version