Kisahnya saya dan suami berkahwin ketika kami masih muda dan jujur kami berkahwin kerana kami sudah terlanjur dan saya sudah mengandung masa tu

hai min. tolong hide profile saya k. tak tahu nak luahkan kat mana masalah saya ni. saya seorang ibu tunggal dan berumur 36 tahun dan ada 2 orang puteri yang berumur 11 tahun dan 7 tahun.

Kisahnya saya dan suami berkahwin ketika saya dan suami masih muda, masih sekolah dan jujur kami berkahwin kerana kami sudah terlanjur dan saya sudah mengandung masa tu.

saya berpisah dengan suami sejak tahun 2011. kami berpisah (ikut haluan masing-masing) kerana suami saya tidak jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami malah anak-anak pun di abaikan.

duit belanja pun kadang-kadang saja suami beri. itupun tak cukup untuk belanja harian anak-anak. saya ni kerja part time saja,gaji bulanan pun tak lah banyak mana pun.

so, saya mengharap saja lah dengan suami supaya dia bagi duit belanja untuk kami anak beranak. walaupun saya dan suami sudah lama berpisah kami masih berhubung dan saya masih bawa anak-anak jumpa dengan suami saya kerana sejahat apa pun suami saya tu dia tetap ayah kepada puteri-puteri saya.

saya dan suami hanya berpisah (bukan bercerai) sejujurnya saya masih sayang suami saya.. dan masih berharap agar keluarga kami bersatu semula tapi harapan saya musnah selepas saya tahu suami saya kini ada teman wanita…

suami saya akui juga dia ada kekasih hati dan keluarga tahu hal itu. dan suami bercadang supaya kami urus perceraian kami secepat mungkin kerana kami sudah bertahun-tahun sudah berpisah..

saya memang tidak mahu bercerai kerana saya masih sayang suami saya dan dia ayah kepada anak-anak saya. Suatu hari saya add friend teman wanita suami saya di facebook sangat cantik orangnya tinggi dan berkerjaya..

saya pun ambil keputusan untuk diam-diam pergi berkenalan dengan teman wanita suami saya dan dia memang baik tapi saya masih sayang suami saya.

saya tidak mahu kehilangan suami saya oleh itu saya reka cerita dan ceritakan semua keburukan suami saya pada teman wanita barunya dengan harapan mereka akan berpisah dan suami saya akan kembali pada saya dan anak-anak.

Akhirnya saya berjaya memisahkan mereka berdua tapi apabila suami saya mengetahui akan hal ini suami saya semakin membenci saya dan mahu mempercepatkan lagi proses perceraian kami. adakah tindakan saya ini betul?saya betul-betul buntu sekarang ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version