assalammualaikum semua. hidekan profile saya ya min. saya cuma nak luahkan perasaan yang tak tertanggung di hati.. kejadiannya semalam. al-kisah husband balik dari kerja lebih kurang dalam pukul 6 petang. saya pula masak rendang di dapur untuk berbuka puasa. Masa husband sampai kat rumah saya perasan mukanya masam mencuka, difikiran saya maybe husband penat sangat kot bekerja. tapi setahu saya husband bukan kerja teruk pon. Oh ya.. husband baru 2 hari dapat kerja baru. kerani di bengkel besi.
berbalik pada cerita saya tadi. Setelah siap masak, elok azan berkumandang saya pun baru nak hidangkan makanan ats meja. Suami plak bubuh nasi dalam pinggan kami semua. (saya dan ank2).. saya punya nasi dalam pinggan agak banyak suami bubuh. saya pon bagi tahu kat husband kata “banyak nasi nie”.. belum pun sempat saya nak cakap saya nak tukarkan pinggan nasi die dengan saya, dengan muka ketat husbnd buat perangai, tukarkan pinggan nasi saya dengan anak saya yg no 2 (umur 4 thn).. pastu saya cakaplah “kenapa yg buat perangai mcam nie”? tak semena-mena husband lempar jug yang penuh berisi air di atas meja jatuh ke bawah..(mengamuk)..
saya tak faham perkara kecik je pon. Hanya saya cakap kata nasi dalam pinggan saya terlalu banyak, die boleh lempar jug air yg dibancuh untuk berbuka puasa. habis basah satu meja dan lantai. Nak mengadap rezeki. dah la time berbuka puasa.. boleh plak die cari gaduh depan rezeki. saya pon marah lah die buat perangai mcam tu. Saya cakap die dah umur dekat 40 tapi perangai macam budak2 tak matang. Masa baru kami nak makan tiba2 suami macam orang kerasukan die amik kuali yang berisi rendang tadi yang masih suam2 panas tu die curahkan ats kepala saya yang sedang makan. Di hadapan 3 orang anak saya di sebelah saya anak yg berumur 8 tahun Allahuakbar sungguh hati saya betul2 sedih. mak ayah saya sendiri pon tak pernah lakukan begitu pada saya..
Untuk pengetahuan semua, suami saya seorang yang panas baran. saya nak tanya jika saya bercerai secara persetujuan bersama, saya ada baca kalau diselangor boleh cerai melalui prosedur fast track. bagaimana dengan barangan dan harta dalam rumah? uruskan pceraian dulu baru settle kan bab harta ke?. Dan bagaimana pula hak penjagaan ank?. saya punye ank umur 8thn (lelaki), 4 tahun (lelaki), 2 tahun (perempuan). sapa2 ada pengalaman atau tahu dalam prosedur proses penceraian boleh terangkan?
Dan kepada yang pernah bercerai, boleh ceritakan sedikit bagaimana nak move on dengan anak2 yg masih kecil? Untuk bagi semangat pada diri saya. Saya takut nak bercerai kerana fikirkan anak2 dan takut tak boleh nak move on . tapi saya dah lama disiksa suami sendiri. Saya dah penat. penat sangat2. hanya Allah sahaja yang tahu. mintak bagi kata2 semangat buat saya. Saya isteri yang dizalimi.