Masalahnnya bila saya cakap pasal kawin dia kata nak cerai kan isteri nya dulu tapi ternyata sampai bila saya mau tunggu macam ni perut makin lama makin membesar

As salam admin saya terpaksa pakai fb no 2 ni untuk tutup aib saya , nama saya amy (bukn nama sebenar) umur 23 tahun pernah berkahwin tahun 2016 sudah bercerai awal tahun 2018 atas sebab bekas suami kawin dengan seberang dan kami tak mempunyai anak

Cerita saya sebenarnya pasal saya berkenalan dengan seorg lelaki agak tua sikit dan ada ciri2 lelaki idaman saya dia sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak , saya kenal dia dekat fb mase tu dia tegur saya dekat fb dan kami berjumpa pada awal bulan 3 , pada mulanya saya hanya niat nak berkawan sahaja , tapi saya tak sangka yang hubungan kami bole pergi sampai sejauh ni.

Pada awal bulan 9 dia mengajak saya tinggal bersama dia dan dia hantar isteri dan anak nya ke kg demi saya untuk tinggal bersama saya dan saya turut kan apa dia mahu sebab saya terlalu sayang dan cintakan dia.

Hubungan kami tak lagi seperti kawan malah hubungan kami seperti suami isteri dan sekarang saya dah mengandung anak nya 7 week saya beritahu dia saya dah mengandung malah dia terkejut dan menyuruh saya gvgurkan kandungan ini .

Saya pertahankan kandungan ni sampai satu tahap kami bergaduh besar , saya mula nekad saya nak lari dari sini nak selamat kan bayi dalam kandungan ni , tapi dia larang saya keluar dari rumah ni sebab dia takut kalau saya pergi orang cakap dia tak bertanggungjawap.

kawan dia ada msg saya dan cakap jangan keluar dari sini dan mahu tolong saya supaya bayi ni selamat dan dia bertanggungjawap , dia mahu kami ditangkap jais supaya dia bertanggungjawap dan tanggung atas perbuatan nya.

kebetulan pulak saya nak keluar dari alam d0sa saya taknak ulang lagi apa yg jadi sekarang ni pada awal saya setuju sebab saya dah takdew pilihan lain nak keluar dari d0sa ni dan saya tak mau anak saya membesar tanpa seorang ayah. dah puas saya pujuk dia saya nak bela anak ni dia tak mau , saya dah takdew jalan lain mcm mana nak lembut kan hati dia.

Masalahnnya bila saya cakap pasal kawin dia kata nak cerai kan isteri nya dulu tapi ternyata sampai bila saya mau tunggu macam ni perut makin lama makin membesar. saya dah tak ada pilihan lain lagi melain kan setuju cadangan kawan saya panggil jais untuk serbu rumah kami supaya keluarga dia tau perangai dia dan dia bertanggungjawap atas kandungan saya .
Saya cume nak mntk pendapat dan mohon sangat jangan la hina saya sebab saya tau jalan saya salah dan saya menyesal saya cume mau kan jalan penyelesaian untuk masalah saya , saya dah bersedia kalau Allah nak hukum saya tapi jangan la hina saya jangan kecam saya , saya cerita atas nak mntk pendapat sahaja .. saya hidup tertekan sangat lepas jadi macam ni .. as salam dari saya .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version