salam admin. tolong hide profile. saja nak luah. saya dah kahwin dalam 5 tahun. ada anak sorang. macam ni ceritanya isteri saya ni kerja memang gaji besar. masalahnya bermula lepas2 ada anak ni. ya kerja saya taklah sesibuk dia.
mungkin seminggu dalam 3 hari je kerja. so memang anak tu saya yang jaga selalu. start umur 1 tahun ke atas saya la yang selalu jaga anak, makan, mandi, bangun malam. yelah saya faham juga dia kan kerja. masa saya kerja barula dia jaga. Btw saya kerja sehari pun dalam 3 jam je.
Ok di snilah saya selalu sakit hati dengan dia ni. mungkin dia gaji besar kan. kadang2 terkilan juga bila dia kadang2 kata duit dia habis yelah duit saya memang setiap bulan tu tak cukup. Gaji saya setakat 800. tolak hutang bagi dengan ibubapa dekat kg.
Masalahnnya bila saya pinjam duit isteri mesti kena m4ki siap dia ungkit hutang saya sebanyak 20k dengan dia , susah bila dapat isteri berkira padahal gaji dia pun adalah rezeki saya. Kalau saya tak izinkan dia kerja, mampu ke dia dapat duit banyak?
Dia adalah hak saya, jadi apa dia miliki ada milik saya termasuk segala gaji yang dia dapat, saya pun ada juga usaha nak tambah pendapatan, tapi tinggal pun tempat pedalaman (sebab istri kerja sini, dan tak dapat pindah). nak cari part time pun susah. yelah mana lagi nak jaga anak. kalau upah orang pun tak berbaloi dgan kerja part time..
Nak cari kerja pula kat sini susah (saya ada lesen m. kren dengan lori) jadi saya teruskan je dengan kerja 3 hari seminggu tu. Saya tak kata dia jahat cuma dari segi kewangan tu buat saya terkilan bila dia cakap macamtu.
memang perempuan yang gaji besar ni suka ungkit benda2 camnie ke? serius la terkilan. Nak marah pun malas. sebab saya ni kuli je. saya faham je seperti menumpang. ada komen membina tak.
Saya cadang nak pindah kampung halaman semula. bawa nak saya sekali, istri biarlah dengan kerja dia di pedalaman. sebab yelah. dah merantau ni sedara pun saya ada.
sekurangnya dekat tempt tinggal sendiri senang nak cari kerja, plus boleh upah sedara jagakan anak. ni pun tengah fikir istri kata nak tambah anak tahun ni. nanti takut saya terpaksa lagi komitmen nak jaga anak. Tolong komen yang berna