Masalahnya suami saya ni duduk dengan adik lelakinya yang waktu tu masih bujang jadi bila waktu suami saya pergi ke kerja akan tinggal mereka berdua

Asalam admin , hidekan profil saya . Saya nak cerita kisah saya dan nak minta pendapat haram min siarkan. Saya berkahwin dengan suami orang tapi masa dia menjadi suami orang istrinya yang pertama ni dorang memang berenggang kerana isteri pertqma tidak pandai melayan kehendak suami.

Ada waktu waktu je dorang bersama dan lebihan pulak istri pertamanya ni selalu ke rumah mak nya. Masalahnya suami saya ni duduk dengan adik lelakinya yang waktu tu masih bujang jadi bila waktu suami saya pergi ke kerja akan tinggal mereka berdua istri pertamanya dengan anak anak dan adik bujangnya.

Suami saya ni selalu berbuka puasa dengan saya jadi macam istrinya ni selalu la tinggal dengan adik bujangnya tu dalam bulan puasa ni memang suami saya kerap keluar tak lekat rumah.  Isteri pertama ni pula macam lebihkan adik bujangnya itu sehingga abaikan suami.

Dan sekarang ni saya ni disalahkan oleh pihak keluarga lelaki dorang tuduh saya yang saya nak dorang bercerai semua . Padahal saya pun tk masuk campur . Suami saya buka cerita pun dorang tak percaya (adik beradik suami ) .

Suami saya makin naik benci degan istri pertamanya dan ingin lafazka cerai tapi banyak halangan oleh keluarga lelaki dan keluarga istri pertamanya . Pendapat semua yang baca ni .

Apa perlu saya buat ye ? Berdiam diri ? Sebab nama saya buruk sedangkan saya taktahu pape tapi saya yang kene . Dari awal lagi dorang memang tak suka pada saya

Jadi bila dah jadi macamni dorang atack saya yang nak musnahkan lagi . Terima kasih min jika siarkan cerita ni . Maaf agak panjang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version