Masalahnya tak sempat keluar berdua hubungan kami kantoi dengan suami nya sampaikan hancur semua

Hide profile saya ye admin.
Saya harap kisah saya ni jadi tauladan kepada anak-anak krt sekalian.
Saya seorang kontraktor yang sering terikat kerja dengan kerajaan.

Sudah beristeri dan mempunyai 3 orang anak. Ini secara tidak langsung saya berhubung dengan staff teknikal jabatan-jabatan kerajaan.

Kisahnya begini. Semua pegawai menjalankan tugas. Dan pastikan arahan mereka diikuti. Ramai pegawai yang saya jumpa semua atas urusan rasmi sahaja.

Banyak ragam saya jumpa dan masalah dapat diselesaikan dengan baik sekali sebab saya sentiasa menjaga kualiti kerja saya kerana bagi saya itu adalah keutamaan saya. Bukan saya nak cerita pasal kerja.

Tapi ni kisah ada seorang pegawai perempuan. Dia menjaga projek saya. Orangnya lembut, sopan tetapi tegas. Saya pula macam mana boleh jatuh cinta pun saya tak tahu.

Dia sangat menjaga etika dalam pergaulan. Arahan diberikan sangat sopan, ajak minum amat payah sekali. Jauh sekali jika mahu membelanjakan sesuatu untuknya.

Namun, saya pula masa tu tak sedar diri apabila ditolak makin geram dibuatnya. Saya jadi angau, benda paling b0d0h saya ‘seru‘ dia.

Ya berjaya, tetapi dia tetap dengan pendirian dia tidak mahu keluar dan makan berdua dengan saya kecuali berteman. Tetapi dia ada respon positif. Padahal sekadar menjawab pertanyaan saja pun saya rasa macam dia jatuh kat saya. Indahnya dunia bagai saya punya.

Hari-hari wasap dilayan sampai saya lupa dia bini orang. Dia pun mula memberi responde dan katanya sudi keluar bedua dengan saya.

Masalahnya tak sempat keluar berdua hubungan kami kantoi dengan suami nya sampaikan hancur semua tetapi dia tenang sahaja yelakan hati dia tak sepenuhnya pada saya. abang kakak dan suami dia menyer4ng saya.

Sakit tu melupakan. Sakitnya cinta yang terhalang. Tapi dia memang best. Lembut,sopan , manja tapi jual mahal.

Yang mahal tu la sebenarnya idaman. Harini saya sedang cuba melupakan. Saya doakan awak bahagia. Awak perempuan yang baik. Pada perempuan diluar sana jaga lah iman seperti dia. Macam merpati. Jinak tetapi dekat dia terbang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version