Minggu seterusnya diuji saya dapat tau suami ambik barang terlarang masalahnya dia kata ambik sebab stress kerja and badan sakit sakit.

Assalamualaikum warga KRT. Saya nak luahkan perasaan yang terbuku di hati ini. Saya sedang mengandung anak keempat. Masa ni laaaa banyak ujian boleh kata setiap minggu diuji.

Mula2 kewangan, suami bagi duit, pesan kat saya jimat jimat, banyak tu je I boleh bagi. Saya pun beringat, saya saving duit yang dia bagi. Kadang mengidam apa pun saya sabar kumpul duit sikit sikit baru dapat beli.

Minggu seterusnya diuji, saya dapat tau suami ambik barang terlarang. Saya jadi marah! Dia kata dia ambik sebab stress kerja and badan sakit sakit. Dia pinjam sana sini untuk beli barang terlarang tu, sedangkan dengan saya dia suruh jimat jimat.

Saya dan suami PJJ, seminggu sekali dia balik kalau ada duit, kalau takda duit dua minggu sekali jumpa. Ujian kedua saya dapat tau dia tengok video terlarang. Bila tanya kenapa katanya sunyi la, tak mampu tahan la.

Ujian ketiga saya dapat tau pukul 3 pagi dia chat dengan perempuan lain, profile picture gambar memakai pakaian dalam sahaja. Benda tu screenshot kat dalam phone dia. Tapi dia cakap dia tak buat. Habis tu siapa hantu ke.

Nak trace balik pun tak boleh sebab dia dah delete screenshot tu. Hm. Pastu ujian terakhir, dia kata scammer curi duit dia 400 ringgit. Dalam account dia, nampak transaction duit keluar dia kata dia tak buat. Atas nama perempuan mana entah.

Entah entah yang haritu dia chat tu tak. Saya dah dekat 2 minggu cari jawapan. Penat, dengan mengandung dengan jaga anak membesar 3 orang. Pergi check up KK haritu berat turun 3kg dalam masa sebulan. Serabut fikir masalah dengan HB turun. Sedih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version