Yang paling buat aku terkilan bila seminggu aku dalam pantang dia pergi Th4i 8 hari sampaikan Aku tak tau dia amik cuti

Hi Admin, tolong ye hide kan profile Aku. Aku kawin 2006, 4 tahun baru dapat anak. Dalam tempoh 4 tahun tu walau laki Aku curang ke apa Aku tak amik tahu, Aku relax je. Nafkah isteri memang sampai sekarang tak pernah bagi bulan2. Aku tak kisah sebab nak Jaga hati sendiri.

Selama 4 tahun tu 3 bulan je duduk menyewa, pastu laki Aku kata kita kena pindah, Aku pun ikut je la. Tak banyak soal, rupanya dia tak bayar sewa. 2006 Dec, kami duduk rumah parents Aku, rumah tu takde orang duduk. Off course la sewa dia tak bayar, jangan kata sewa bill api air pun dia tak bayar.

Masa aku mengandung, dia ada je kat rumah, Aku pergi kerja dia tak pergi, makan gaji buta. Sampai boss dia datang rumah tu cari dia, tinggalkan note kat post box, Aku balik Aku amik note tu. Baru Aku tau dia MIA kat tempat keje.

Yang Aku pelik dia tak pergi keje, tapi duit gaji dia habis jugak, duduk rumah free je. Pernah Aku balik keje lepak ngan kawan kat mamak je pun, portion makan dia Aku kena belanja. Sedih Aku semua finances atas bahu aku.

Masa mengandung baju pregnant pun mak Aku belikan, dia? Lagi sebulan nak deliver, baju baby persiapan baby langsung takde. Anak yang di tunggu 4 tahun tapi satu sen pun dia tak kisah. Aku masuk hospital lama,2 minggu before deliver Aku dah masuk hospital.

Kebetulan Dec aku dapat bonus, Aku bagi dia ATM aku. Aku bersalin csec, 3 hari lepas deliver Aku discharged from hospital. Balik tu sebenarnya Aku tak tau nak duduk rumah sendiri2 ke or dengan parents aku, ada laki pun macam takde, dia pun tak kisah Aku nak berpantang macam mana.

So Aku decide balik rumah parents aku. Masa balik tu Aku tanya duit Aku ada lagi tak, Dia kata dah habis. Sedih gila aku, bonus+gaji Aku tak merasa pun, baby baru Aku pun tak merasa. Dapat 26 hb, 5hb dah habis.

9 hari boleh joli dengan duit Aku, masa aku dalam hospital, gaji dia jangan cakap la. Memang Aku tak pernah tanyapun. Untuk pengetahuan korang gaji dia lagi banyak dari Aku.

Dalam 2-3 hari discharged, Bila asyik kena tukar pampers Aku ingatkan baby diahrea, Aku menyusu badan, so Aku bawak pergi clinic, dalam kereta aku duduk belakang, ada kasut perempuan. Aku sedih gila masa tu, nasib baik Mak Aku ikut, takdela Aku meroy4n.

Aku lagi risaukan masalah baby, yang sebenarnya mmg kerap tukar pampers if breastfeed. Paling aku terkilan bila seminggu aku dalam pantang dia pergi Th4i 8 hari sampaikan Aku tak tau dia amik cuti, sebab Bila Aku tanya Bila dia balik Dia kata tak tahu lagi. So Aku ingatkan Takdela amik cuti bagai.

Aku tau pun sebab Aku call office dia, kakak ofis tu yang bagitau dia cuti. Cuti parteniti dia pergi Th4i. Aku dalam pantang kot, anak sulung pulak tu, dengan baru nak adapt ngan anak aku, dia ta fikir langsung, mujur Aku duduk dengan parents aku. Dalam tempoh seminggu tu tak dapat call tak dapat contact, mak dia pun tak tahu dia kemana.

Serious Aku benci ngan mak dia, tak ajar anak,tak amik kisah. Dahlaa masa kawin pun Aku buatkan loan, Untuk hantaran aku. Tapi Bila Abang dia nak kawin 2006 jugak ye, dia boleh bagi 5k utk Abang dia. Loan aku, Aku yang bayar. Bukan sekali ye, 2011 Abang dia lagi sorang kawin, pun dia bagi 5k.

Tapi time dia kawin ada diorang kisah? Loan aku buat tu Untuk Hantaran aku Dan lebihan loan, belanja Majlis kawin rumah dia. Macam j4ntan pulak Aku ni. Aku takkan halalkan dunia akhirat. Nantilah aku sambung emo sangat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version