Sampai akhirnya saya bincang baik2 dengan suami dan yes saya bagi peluang kedua sebab saya masih fikirkan kebaikan yg dia penah buat utk kami

Assalamualaikum min, first tolong hide profile sy.  Selama ni sy baca je kisah rumah tangga orang, and saya dah cukup bersyukur dengan apa yg saya ada. keluarga kecil kami yg sederhana. tapi betullah langit itu tak selalu cerah. saya diuji dengan ujian yg sgt berat.

Suami seorang yg sgt baik dan bertanggungjwab. Orang kalau tgok dia jaga kami, mmg macam family man dah.cukup makan pakai. almost 10 tahun kawin sy rasa jarang ktorg bergaduh besar. saya ingat sy wanita terbahagia dah.

Satu hari saya dpt info dr seseorang yg suami sy scandal dgn isteri dia dah sebulan. menggigil lutut bila dapat tau. semua tak sangka yg suami sy akan buat mcmni. dia sangat biasa orangnya..saya masih waras lagi ingt hanya wasap2 and call. at last saya dapat tau dah smpai check in hotel beberapa kali.

Saya mmg terkejut hancur hati ni Allah je tau. saya seolah tak perasan langsung bila suami mula menipu sebab mmg tak ada benda yg lain pun jadi spnjg bulan dia menipu. dia ttp sygkan kami anak beranak. bulan tu mmg banyak kami buat aktiviti bersama. nafkah zahir batin pun cukup.

Berat utk terima berita ni, saya hilang waras dan terus bel4sah suami untuk mengaku semuanya. ex dia tu kawan sy jugak. cuma dah lama tak jumpa. saya nak tuntut fasakh,suami merayu2 sbb dia langsong tak terfikir nk smpai ke cerai. dia menangis semahunya untuk minta peluang kedua.

dia mengaku dia terlalai,dia yg contct ex dia, dia jadi ses4t. sebab tu sy tak paham dlm mase dia masih sygkan kami anak beranak tapi kt tmpat keje dia boleh terfikir nk buat on4r.

saya dah pun jumpa perempuan tu saya m4ki & lemp4ng muka dia.Dia mengaku dia layan wasap suami sy sebb dia sunyi suami selalu sibuk tak layan dia.

Dalam smggu lepas kantoi sy tak sggup nak serumah dgn suami sy.saya jadi tk boleh brain macamana dia boleh jadi bdo and tunduk pada n4fsu.

Sampai akhirnya saya bincang baik2 dengan suami dan yes saya bagi peluang kedua sebab saya masih fikirkan kebaikan yg dia penah buat utk kami, dia yakin akan insaf dan bertaubat.amek masa sebulan jugak untuk ok. kadang2 bila teringat saya jadi menangis.

kena fight untuk diri sendiri mmg susah. ada masa terbayang mcmana dorang buat belakang saya. suami saya berusaha  perbaiki diri and sangat jaga hati saya sekarang ni.

sangat tak mudah. tapi tetap cuba hadapi sbb sy masih sygkan rumah tangga ni,sayangkan suami sy. anak2 pun sangat rapat dengan dia.dan masa benda ni jadi kami tak ada bergaduh lgsong.

saya hanya berg4ntung pada Allah buat masa ni agar dapat beri saya petunjuk, dan kekuatan yg tinggi. Tak mudah untuk seorang isteri menghadapi ujian seberat ini.

Adakah saya buat silap kalau saya beri peluang kedua pada suami saya? adakah salah jika saya belom dapat maafkan kawan saya sbb dah khian4t saya sndri? tolong bantu sy yg dilema.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version