Sampai saya melahirkan anak yang ke 4 Saya diuji lagi ya Allah. Dia merayu dan menafikan semuanya Saya mudah je memaafkan sebab mungkin saya terlalu syangkan suami

Assalamualaikum. Hope hide Kan profile saya. Di sini saya ingin meluahkan apa yang terpendam di hati. Saya bukan nak buka aib suami. Mungkin orang akan kata saya isteri derhaka kerana menceritakan aib suami. Saya tidak mempunyai sahabat untuk meluah. bila nak luah pada keluarga sendiri takut keluarga membenci suami. Bila luah pada belah mertua mestilah dia nak anak dia tidak terjejas kerjaya dia. Tapi tiada seorang pun yang memahami hati dan perasaan saya. Saya sudah berkahwin selama 11 tahun nak masuk 12 tahun.

Saya mempunyai 4 orang anak lelaki. Yang sulung dah 10 tahun. Dari mula berkahwin saya dah tersiksa rasa. Saya bagi peluang sampai saya bersalin anak ke dua saya diuji lagi. ya Allah. Masa tu saya betul2 stress dgn keadaan saya dalam pantang. Saya bertahan lagi. Sampai saya melahirkan anak yang ke 4 Saya diuji lagi ya Allah. Dia merayu dan menafikan semuanya Saya mudah je memaafkan sebab mungkin saya terlalu syangkan suami.

Saya diuji lagi bila anak yang bungsu berumur 2 tahun lebih. ya Allah apa lagi dugaan yang Engkau berikan padaku tidak terdaya rasanya. budak perempuan yang sama rupanya tak pernah pun dia Lost contact. saya sedih bila suami jujur terlanjur dengan budak perempuan tu dan memang pernah berjanji akan berkahwin. Hati dan perasaan saya sangat2 kecewa. saya sangat2 tawar hati. Lalu saya memberi tahu suami saya boleh tolong uruskan pernikahan dia dan saya sendiri akan meminang bagi pihak dia tapi satu syarat selepas semua selesai saya nak dia lepaskan saya dan anak2.

Masa tu memang itu keputusan saya. Dalam hati saya tau suami bimbang dgn kehancuran kerjaya dia. bukan bimbang dgn perasaan saya. Saya teramat kecewa sangat2. suami memohon maaf dan menyatakan dia taknak berkahwin kerana sayangkan saya dan anak2. saya tetap dgn keputusan saya. saya berdoa supaya Allah SWT redho kan hati saya dgn terima segala apa yang Allah dah takdirkan untuk saya. ikhlaskan hati saya dengan memaafkan suami supaya saya lebih tenang.. Alhamdulillah..

Allah terima doa saya. Budak perempuan tu msg saya bagi tahu taknak panjangkan lagi kes ni dan taknak berkahwin dgn suami dan dia memohon maaf pada saya. Saya ikhlas memaafkan dia dan suami.
Cuma sekarang hati saya sangat2 kecewa dan terkesan dengan apa yang berlaku. Suami cuba menambat hati saya kembali tapi semua jadi tawar bila saya teringat apa yang dia telah buat pada saya. saya cuba untuk melupakan semuanya tapi terlalu payah.. memaafkan sangat mudah tapi melupakan sangat2 susah.

Demi anak2 saya bertahan. biar saya derita dgn perasaan saya tapi bukan anak2 saya. airmata ni selalu mengalir bila teringat. semoga saya lebih kuat dalam menghadapi keadaan ini. Saya bukan dendam tapi saya lebih simpati kpd suami. Abg. Saya minta maaf luahkan isi hati kat sini. Saya mungkin bukan isteri yang sempurna. Saya harap kejadian ni dpt abg jadikan ikhtibar. Andai berlaku lagi saya minta maaf memang takdpt terima abg dalam hidup saya. cukuplah apa yang saya dah rasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version