Saya telah memaksa dia untuk bersumpah dengan Alquran pada bulan 5 lepas dan dia telah bersumpah tidak akan menghubungi wanita tersebut

Salam Warga KRT. Saya sudah mendirikan rumah tangga 17 tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata perempuan yang sulungnya umur 16 tahun. Sepanjang perkahwinan.. saya tak pernah ada masalah besar dengan suami. Saya banyak berkorban untuk suami. Suami saya adalah pegawai kerajaan beruniform. Bulan 4 lepas ada seseorang datang dalam hidup saya yg tak dikenali memberitahu kawannya bercinta dengan suami saya. Alangkah terkejut nya saya melihat gambar2 mereka berdua. Luluh hati saya. Selama berkahwin saya tak pernah melihat perangai yang pelik pada suami saya. Segala tangung jawab semua tidak pernah dia abaikan. Lebih2 lagi perihal anak. Tak pernah tidak balik malam.

Setelah menyiasat, wanita itu adalah seorang pegawai kewangan yang pernah membantu suami saya. Dia juga telah berkahwin dan mempunyai anak anak. Cuma saya dapat tahu dia telah berpisah dgn suaminya. Suami saya tdak mengaku mempunyai hubungan cuma dia memohon maaf. Saya telah memaksa dia untuk bersumpah dengan Alquran pada bulan 5 lepas dan dia telah bersumpah tidak akan menghubungi wanita tersebut.
Di pendekkan cerita, dua minggu lepas saya tergerak hati untuk serkap jarang dan msg wanita tersebut. Alangkah terkejut nya saya apabila wanita itu membuat pengakuan mereka memang bercinta lagi.

Lagi saya kecewa apabila wanita tersebut mengaku bahawa suami saya selau memberi bunga, hadiah dan pernah memberi cincin dan ingin menjadikan wanita tersebut sebagai isteri. Saya mencabar untuk dia memberi bukti, dia telah menghantar semua mesej2 cinta dari suami saya. Saya betul betul tak menyangka tergamak suami saya bermain cinta belakang saya. Saya telah membawa diri dan meninggalkan anak anak dirumah. Sebenarnya saya menunpang dirumah kawan saya tapi saya memberitahu saya menyewa ditempat lain. Saya benar benar kecewa dan ingin memberi pengajaran kepada suami saya.

Suami saya menjadi tidak betul setiap hari mesej merayu rayu untuk saya kembali kerumah. Dia juga telah memberitahu telah meninggalkan perempuan tersebut. Dia juga mengatakan sudah bertaubat dan ingin berubah dan mendengar semua kata kata saya. Sebelum ini juga dia memang tak pernah buat salah pada saya sebab dia suami bertanggung jawab. Kini saya telah kembali semula pada keluarga kerana memikirkan hal anak anak yg masih bersekolah. Tetapi saya masih ada rasa sangsi yang dia akan mencari wanita tersebut kembali walaupun sekarang memang saya telah melihat dirinya sangat berubah dan luar biasa. Wanita tersbut telah banyak menjadi teman komunikasi dibelakang saya. Dia juga bekerjaya , ada rupa dan harta. Mungkin dia hanya nak hancurkan hidup suami saya.

Saya telah block wanita tersebut selepas saya menghantam bertalu talu di whatsapp tanpa balasan. Sekarang ni apa yang saya rasa adalah kepuasan dan cuma saya nak berkongsi diluar sana, mcamana saya nak hindarkan dari rasa sangsi sedangkan suami saya dah tak pegang hp dan dah tinggalkan perempuan tu sepenuhnya. Saya memang jenis kuat cemburu dari awal kahwin sampai sekarang . Bukn cemburu buta saya cuma mengharap sekeluarga dapat jumpa disyurga dengan tidak membuat dosa seperti maksiat mata memandang perempuan lain dan sebagainya. Hampir keseluruhan keluarga saya kawal dan menjaga dengan baik.. tetapi tuhan masih menguji saya dengan wanita dur jana.. Apa pandangan Warga KRT?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version