Sejak mil duduk rumah ni saya sering juga bergaduh dengan suami sebab mil ada juga komplain saya macam2 masak bubur soup tak masinlah nak yang masin dia tu sakit darah tinggi

admind tolong hide profile saya , masa tulis ni pukul 3 pg, baru balik dari rumah mil kemas2 sebab esok nak antar dia balik rumah dia.Ceritanya macam ni 7 bulan yang lalu mil saya kena minyak panas kedua belah kaki , dan retak tangan kiri, saya pula suami isteri bekerja kerajaan , masa pkp hari tu sama2lah jaga , skg masing2 dah mula bekerja jadi nak beri tumpuan sepenuhnya tu minta maaflahlah , mil saya ni boleh dikatakan dah sembuh tinggal kaki sebelah kiri masih kena cuci luka selang 3 hari , suamilah yang uruskan semua, saya pulak ada sakit macam2 kencing manis , kanser , kolesterol , tiroid dan lain2 lagi memang takberdayalah kan , baru2 ni nak kena darah tinggi

Masalahnya mil saya ni luka tu sikit ajet lagi tapi taknak berjalan kencing ke tandas , tapi pergi buang air besar boleh pulak pakai tongkat satu tun, dia berjalan bila pergi hispital dan klinik ajer balik dari situ terus duduk atas katil , makan , tidur tengok tv tulah rutin selama 7 bulan dirumah saya , mana nak kuat tulang tu nanti takberjalan buat etakcise , bukan patah kaki pun , tangan dah buka simen pun masih suruh kita bagi makan ubat buat macam hospital bila cukup time , semua dah sembuh kecuali kaki kiri tu , dan tak mandi dekat 7 bulan cuma kami tolog lap2 badan dan tukar pampers dia hari macam tu, saya sanggup buat semua kerja 2 bulan ajer lepas tu saya ckp dekat suami saya dah penat.

kemudian suami ambil alih tu pun baru2 ni dia mengadu kena sakit belakang , kami suruh mil lap sendiri cuma tolong dia tukar pampers boleh pulak. Sejak akhir2 ni kami rasa mil buat2 berlakon sebab nak stay rumah kami lama2 , sebab saya jadi hairan kenapa bila nak berak boleh ke bilik air , pergi hospital dan klinik boleh pakai tongkat satu tapi bila suami suruh berjalan dalam rumah dia nak guna tongkat empat tu dan buat2 macam orang takberdaya , kami pun kehairanan , doktor cakap tak ada apa2 tapi kenapa dia susah nak jalan bila tak pergi kemana etakcise dalam rumah pun taknak, pelik betul.

Sejak mil duduk rumah ni saya sering juga bergaduh dengan suami sebab mil ada juga komplain saya macam2 masak bubur soup tak masinlah nak yang masin dia tu sakit darah tinggi , pada hal saya dah letak garam dan secukup rasa , saya suruh anak saya rasa dia cakap dah masin , last baru dia cakap nak cili sos tu nak pedas , saya pun ada ckp terkasar cikit kalau nak masin lainkali masak sendiri selepas 6 bulan saya sabar.Baru2 ini anak sulung saya dapat tawaran belajar di sebuah negeri berdekatan tempat tinggal , tapi saya cakap dpt kat tempat jauh , mula2 anak. Saya nak pergi tapi last2 minit dia tak nak dan nak ke fom 6 ajer.

Saya cakap dekat mentua nak hantar anak , dia taknak ikut dia cakap nak balik rumah dia , maknanya dia dah boleh duduk sendirilahkan sebab kami tak ada 5 hari boleh pulak nak duduk sendiri , saya dan suami ingat dia nak balik terus rumah dia rupanya cakap dekat adik ipar saya dia nak balik sekejap lepas balik dari antar anak nanti dia ingat kami nak ambil dia balik, untuk pengetahuan adik ipar saya duduk jauh dan isterinya takbekerja tapi sedang hamil anak keempat so tak boleh buat apalah kan.

Sebenarnya kami hantar dia kerumah dia sebab nak suruh dia berdikari semula sampai bila nak harapkan kami yang dah berkerja dan anak2 pun dah start sekolah oada 15 julai nanti kat rumah pun takada orang. Salah ke perbuatan kami ni dengan menghantar dia balik kalau dia tinggal dirumah dia dah tentu dia akan berjalan pergi masak , dan uruskan diri sendiri , tak adalah hanya duduk sahaja semua orang sediakan. Memang kami serba salah tapi kami pun tertekan juga dan penat sangat .sekian saya harap jangan kecam beri pendapat yang murni sikit dengan masalah saya ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version