Suami saya ni ada seorang kawan perempuan dia cantik putih glowing muka dan tetapi kawan dia ni isteri orang dan suami saya suka berkawan dengan dia

Assalamualaikum admin tlg hide facebook saya ya. Saya nak tanya pada isteri-isteri didalam group KRT. Saya nak tanya, apakah perasaan korang kalau husband kita layan orang lain lebih dari pada kita? Sampai kita ni macam terabai. kita ni isteri dia kita ni surihati dia dan bakal ibu kepada anak-anak dia, tapi dia layan orang lain lebih dari kita sedangkan kita nim isteri dia. apakah perasaan korang bila suami kita layan orang lain lebih dari kita walaupon hanya kawan ???

Suami saya ni ada seorang kawan perempuan dia cantik putih glowing muka dan tetapi kawan dia ni isteri orang dan suami saya suka berkawan dengan dia Tetapi suami saya layan lebih kawan dia daripada saya sedangkan saya ad depan mata dia nim. Saya ad mintak izin dengan dia nak beli produk kecantikan dan kesihatan dia tak izinkan.. Saya bukan apa saya tak cantik ke? Tapi bila saya fikir balik memang saya tak cantik pon. saya tahu tapi saya seorang isteri nak rasa bahagia, dihargai, disayangi, tapi suami saya sikit habuk tak layan saya, kalau layan dia layan marah² macam tu.

Suami orang zaman lening memang macam ni ke? Saya start kawin dengan suami saya semasa umur saya 19 tahun suami saya 31 tahun.. Dulu suami saya sayang sangat² saya dia layan saya macam dia betul2 sayang saya nak kawin dengan saya sangat² tapi sekarang dia lain dah sekarang ni, malam ni dia wak alasan moto tak boleh nak start sebab apa sebab dia nak tido tempat rumah bujang dia dulu bersama dengan kawan lelaki dia, saya kecewa dengan suami saya.

Apa lagi dia nak sebenarnya? Kalau dia cukup bosan dengan saya, dia sepatutnya terus terang dengan saya.. Berapa lama saya nak tahan macam ni isteri-isteri semua, tolong lah bantu saya ataupon memberi semangat pada saya please. Saya merayu sangat2 pleasse tolong saya para isteri² semua .. Sampai disini sahaja terima kasih. Saya harap para isteri² semua tlg saya kali ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version