Untuk pengetahuan semua suami ada rupa berpewatakan menarik berkulit putih serta pembersih dan pandai menjaga penampilan sayagkan anak2

Salam admin & semua. Saya sedang cari calon isteri untuk suami. Bukan untuk jadi madu saya. kalau serasi dan serius saya akan undurkan diri.

Untuk pengetahuan semua suami ada rupa berpewatakan menarik berkulit putih serta pembersih dan pandai menjaga penampilan sayagkan anak2 suka duduk rumah jarang2 keluar lepak dengan kawan. bkerja swasta/bkerja sendiri.

ada ijazah kejuruteraan. Calon isteri yang dcari. Berumur bawah 35 tahun status belum bkahwin. berperwatakan menarik sedap mata memandang. Ada kerja tetap sebaiknya yang bekerja kerajaan. Boleh bertolak ansur bantu suami cari pendapatan.

pandai dan rajin memasak selera negeri selatan. Tapi suami dan saya dah ada anak 3 orang. Sebolehnya saya cari calon isteri baru yang boleh terima anak2 kami. sayangkan bakal anak2 tiri macam anak sndiri.

Saya nak suami bahgia dengan isteri baru. Saya bnyk kekurangan. Tak dapat nak bantu suami dari segi kwangan dan harta benda. tak pandai masak. Suami mgkin paling m4lang dpt saya sebagai isteri.

Biras2 dan kakak2 ipar saya semua bkerjaya dan kerja kerajaan. hanya saya seorang menantu suri rumah. Saya pernah bekerja tapi gaji tak cukup nak bayar pgasuh anak2, jadi saya bhenti dan buat bisnes sndri.

Tapi hasil tak seberapa. saya rasa saya seorg yang sgt loser dan tak sesuai untuk suami dan memalukan mertua. saya segan nak bjumpa/btegur dengan kenalan mertua dan kawan2 suami sebab saya seorg penganggur, suri rumah sahaja tak cantik dan gemvk.

jadi rendah diri tiap kali jumpa kluarga suami mereka akan berborak tentang kerjaya, rumah dan gaji/bonus. saya tak tau nak borak apa. Saya kerap mengasingkan diri cuba sibukkn diri dari berborak bsama2.

Saya tau suami takbahgia dengan saya. jadi saya nak undur diri. saya nak hidup sndri bahgiakan diri sndri. mungkin ni takdir saya, ujian buat saya. saya terima dan redha kalau saya miskin sampai bila2.

dunia ni hanya smentara. Jadi biarlah suami bahgia dengan isteri baru yang boleh bahgiakan dia dan sesuai dengan dia. Dia suami yang baik dan setia. Cuma kdg2 agak takmatang dan kadang ada angin/panas baran sikit.

Kalau sesiapa yang brminat nak bkenalan dengan suami saya. boleh tinggalkan komen nanti saya akan pm no fon suami. Saya buat semua ni ats kerelaan sendiri suami taktau. jadi saya harap sesiapa yang sudi, mohon rahsiakan semua ni dan usaha sndri untuk memikat hati suami saya. Terima ksih admin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version