Yang terbaru malam tadi kata2nya amat mengguris hati saya bila dia cakap dia lanhsung sudah tidak ada perasaan dengan saya sampai takda selera nak bersma.

Assalamualaikum admin. tolong hide profile saya ya. Saya tak ada kawan untuk meluah. nak meluah dengan family malu. saya dan suami beza 6 tahun. suami muda dari saya. kami baru kawin awal tahun ni dan sekarang saya tengah mengandung. sebelum berkhwin dengan suami saya seorang janda anak 1. kami bercinta juga sebelum kahwin dan family kedua belah pihak saling merestui. tapi ceritanya begini min.

Sebenarnya sebelum khwin lagi memang saya selalu dapat suami kantoi chat dengan perempuan lain tapi saya maafkan sebab chat mereka tidak ada yang lebih dari batasan sekadar bekenalan saja. walaupun begitu saya tetap sakit hati. Then awal perkahwinan pun saya ada dapat dia chat pempuan lain alasannya suka2 saja sebab bosan. Kami begaduh sampai dia naik tangan dekat saya. saya kecik hati min.

Dia cakap dia sakit kepala pikir kewangan sebab saya tak bekerja. tu la dia chat2 perempuan untuk release. oh ya min saya ni behijrah ikut suami bekerja tu yang saya takda kerja lagi d sini. kwn pun takda min. Kdg kata2 suami buat saya teguris min. Yang terbaru malam tadi kata2nya amat mengguris hati saya bila dia cakap dia lanhsung sudah tidak ada perasaan dengan saya sampai takda selera nak bersma. Saya menangis smpai pagi min.

Selama saya mengadung ni saya btul2 tertekan. emosi saya tak stabil. Saya tak salahkan suami 100% sebab kadang dia cakap dia tak suka saya masam muka selalu. saya pun tak mau juga bermasam muka tapi kalau teringat yang dia pernah chat2 prempuan automatik saya masam muka min. Saya ka yang salah min? Suami memang da janji takda lagi chat perempuan. yaa memang setakat ni takda lagi saya dpt dia. saya ka yang tak memaafkan dia sebab kenapa benda tu selalu dalam pikiran saya smpai saya rasa tak bahagia.

Suami pun cakap naik bosan da sebab saya da tak percaya dia. Bukan senang min nak pulihkn kepercayaan. sekarang saya nampk dia pgg fon pun saya bole masam muka ya Allah. suami smpai cakap kalau bgini trus better kita cerailah. dia taktahan. Saya ka yang salah. sekarang saya cuba yang terbaik untuk ambik hati dia lagi. pagi td dia pegi kerja bgs2 juga cium peluk saya. saya yang bermslh tak bole melupakan apa yang pnh berlaku. tolong bagi nasihat yang positif sahaja yaa. saya risau kalau negatif buat saya tambah stress. baru2 ni check up Hb saya rendah huhu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version