Baru baru ini, ada seorang lelaki berkenalan dengan saya menerusi aplikasi mesengger dan sekarang lebih kurang 6 bln perkenalan kami

Salam.. tolong hide profile sy.Saya nk share dan minta pandangan semua pembaca krt. Sy seorang isteri dan ibu berusia 30an. Perkahwinan saya menjangkau 10 tahun dan setakat ini alhamdulillah bahagia.. Suami saya seorang yang bertanggungjawab dan penyanyang kepada saya dan anak2. Saya dan suami dua2 bekerja sebagai pegawai kerajaan.

Baru baru ini, ada seorang lelaki berkenalan dengan saya menerusi aplikasi mesengger dan sekarang lebih kurang 6 bln perkenalan kami. Pada awal perkenalan kami hanya kawan biasa namun setiap hari berhubung menjadikan hubungan kami makin erat dan rapat. Saya akui saya mula menyukai dirinya dan dia memang ingin melamar saya sebagai isteri. Dia masih bujang, berkerjaya dan lebih muda beberapa tahun dari saya.

Kami hanya berhubung hanya melalui on line sahaj dan tidak pernah berjumpa kerana berjauhan. Saya masih waras dan saya sayangkan keluarga saya sekarang. mustahil saya menikahi dia sedangkan saya sudah miliki anak2 dan suami yang penyanyang dan baik. Saya tahu mesti ramai yang kecam perbuatan saya. Saya cuma meminta agar natizen memberi pandangan dan cara untuk saya melupakan dan memutuskan hubungan dengan lelaki itu.

1 thought on “Baru baru ini, ada seorang lelaki berkenalan dengan saya menerusi aplikasi mesengger dan sekarang lebih kurang 6 bln perkenalan kami”

  1. Wow, amazing weblog layout! How long have you been running a blog for?
    you made running a blog look easy. The total look of your web
    site is excellent, as well as the content material! You can see similar here sklep online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top