Memang kadang2 rasa benci, meluat. Penat dan letih, rasa down, rasa kecewa sebab saya sorang ja yang berusaha untuk pulihkan dia

Assalamualaikum admin.. saya yang pos pasal suami penagih. ya memang betul saya takut bila berlakunya perceraian. Saya takut bila bergelar janda. demi Allah bukan sebab sayang. Sebab sayang tu dah lama ma ti. Tak dak manusia yg nak bersuamikan penagih. dari awal dia jadi penagih sampai harini saya masih berusaha untuk dia berhenti menagih. Dan saat ini, di saat kasih sayang tu dah tak dak, dan hati dah kosong, saya masih tetap berusaha.

Sebab2 saya masih di sini adalah

1) sebab saya kesian kan anak2

2) sebab duit kerana saya boleh dapat apa yg saya dan anak2 nak. dia datang dari keluarga yg senang. dia bekerja dengan keluarga dia dan dibayar gaji yang mahal

3) sebab dia ayah kepada anak2 saya..saya takmau dia terus hanyut.

Memang kadang2 rasa benci, meluat. Penat dan letih, rasa down, rasa kecewa sebab saya sorang ja yang berusaha untuk pulihkan dia. Hantar dia pergi sana pergi sini, berubat macam2 tempat dah. Tapi masih tetap macam tu. Memang dia dari keluarga yg senang, tapi keluarga dia tak ambik tau langsung. Tak dak usaha nak bawa dia p berubat. Allah nak ikot hati memang pedih.

Kadang2 fikir ni semua kifarah. sebab ayah dia suka mengata hal anak orang. Tah la,nak cakap pon takkena. Kat sini ada dak sapa2 yang tau tempat yang betul2 boleh pulihkan penagih da dah ni. tolong ye bagitau ye. Hanya Allah yang dapat balas kebaikan anada. Maaf berterabur sikit min ayat saya. Tolong hide profile saya min. Terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top