Kisahku seorang doktor yg berkahwin dgn engineer penganggur terhormat. Dari awal perkahwinan rupanya suamiku kerja tak tetap tapi tak pernah berterus terang sebelum berkahwin

Assalamualaikum admin. Sy mohon share kisah sy. Mungkin ada di luar sana yg boleh bantu nasihat sy untuk jadi lebih kuat. Terima kasih daun keladi. Kisahku seorang doktor yg berkahwin dgn engineer penganggur terhormat. Dari awal perkahwinan rupanya suamiku kerja tak tetap tapi tak pernah berterus terang sebelum berkahwin. Paling lama menganggur setahun. Takpa ku hadap. Bayar rumah bangloku sendiri & menanggung expenses aku & suamiku.

Keretanya gah buatan german, berguarantor kan isteri. Bila dpt offer kerja gaji tak sampai separuh dariku selepas setahun menganggur, bermula lah kecurangan suamiku. Bangga menunjuk ke perempuan2 gold digger kereta mewah & rumah besar yg sebenarnya titik peluh isteri yg berkorban demi membahagiakan suami.

Suatu hari tika nafsu memuncak, terlupa isteri dan anak, suami suarakan hasrat perlu ke kursus di Pasir Gudang 2 hari. Hatiku tak sedap tp demi Allah kerana aku percaya dia 100% aku izinkan tanpa byk soal. Ku minta ingin ikut bersama, di halang katanya penempatan hostel lelaki.

Dua malam dia di sana, tidur malam aku tak lena, termimpi2 suamiku curang. Anak merengek melalak lain mcm tak seperti mlm selalunya. Sebut2 mama. Mungkin dia tau papa nya sedang enak dibuai dosa cinta naf su dan syai tan. Tak pernah anakku panggil papanya sejak mula pandai bercakap. Mungkin dia tau dia mmg takkan sempat kenal papanya sebelum umur mumayyiz. Hari suamiku balik, wajah dia nmpk sugul . Kusam tak berseri & seakan wajah pendosa . Mengelak dariku. Rampas fon dariku. Tapi sempat aku ambil semula ketika dia leka. Mlm tu Allah gerakkan hati tgk fonnya. Tertera ‘ hai syg rinduu moment2 dgn u ‘ Asbab aku puasa haritu Allah tunjukkan aku kebenaran.

Conversationnya fresh seakan tiada conversation siang td & smlm. Rupanya habit dia, delete segala perbuatan curang. Ternyata msj kepada manager nya, sy cuti 2 hari. Bukannya kursus 2 hari seperti yg dikatakan. Sampai hati abg. Sy minta abg cuti utk spend masa dgn sy , abg kata abg syg cuti. Rupanya. Abg simpan cuti utk jumpa perempuan tu. Hostel rupanya hotel. Perempuan yg check in kan. Bukti semua dihapuskan. Geliganya akal abg menutup dosa. Sampai hati abg tipu saya.

Hati berkata dia berzi na. Bila ditanya dia tak mengaku. Malam sebelum terkantoi sempat kita bersama, aku rasa kau lain, suamiku . Berat sungguh hati nk terima kau semula suamiku. Walau tak ber zina sekalipun kau tetap menghampiri zina. Walau kau tak ngaku, aku tau hatiku instinct ku selalu benar. Tak mungkin aku terima kau sbb pengorbanan aku yg besar dibalas kecurangan maha dasyat disebalik topeng muka family guy & soft spoken kau suamiku.

Terima kasih si isteri orang beranak 2 kerana tunjukkan aku diri suamiku yg sebenar. Sisi sebenar suamiku yg selama ni aku anggap mulia rupanya munafik. Demi Allah sebelum ni suamiku nampak seperti seorang muslimin sejati. YouTube MAZA hari2. Pandai sungguh kau berlakon wahai suami. Tak perlu tunggu akhirat, dunia Allah dah tunjukkan. Aku menyesal kenal kau. Bagiku , matinya seorang suami dlm hidupku. Yg tinggal hanya sisa baki kenangan. Suamiku, kau bukan lagi suamiku sejak kaki kau melangkah naik bas ke Pasir Gudang malam ahad berniatkan maksi at & menipu diriku yg taat percayakan kau mencari rezeki. Moga anak laki kita, membesar dgn sihat & soleh & tak mengikut jejak langkahmu. Moga kau bahagia dgn jalan yg kau pilih. Dan aku dgn jalanku bersama hatiku yg hancur berkecai. Selamat tinggal suamiku tersayang.

1 thought on “Kisahku seorang doktor yg berkahwin dgn engineer penganggur terhormat. Dari awal perkahwinan rupanya suamiku kerja tak tetap tapi tak pernah berterus terang sebelum berkahwin”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top